Aktiviti Semalam

Cuti Deepavali kiteorang tak kemana-mana sebab anak-anak akan menduduki peperiksaan UASA minggu depan. Jadi minggu ni since dieorang cuti sampai Rabu, aku suruh dieorang fokus buat ulangkaji. Tapi dah namanya budak-budak kannnn... banyak betul gangguan kat rumah ni. Nak main dengan kucing la, main dengan gajet la, baca buku cerita la. Hmm. Sudahnya semalam aku angkut la si adik ke Perpustakaan KL supaya dia boleh fokus ulangkaji. Yang kakak pulak 'selamat' sebab ada latihan Adipatra di sekolah.


Perpustakaan KL
Aku bagi la jugak dia bawak iPad tu sebab nak rujuk buku teks dalam tu. Lagi satu sebab kiteorang subscribe apps Pandai, kalau dia ada masalah boleh tanya kat chatbot dalam apps Pandai

Sementara dia buat ulangkaji, maknya apa lagi buat kerja-kerja blogger ler... Edit dan pilih gambar memang makan masa tau, jadi aku ambik kesempatan sambil pantau Khadeeja belajar, sambil tu aku edit gambar, reply mesej dekat blog posts dan jugak blogwalking.


KL Library
Dah setel ulangkaji, Khadeeja bagitau nak pinjam buku jadi aku pun tunggu dekat kerusi bahagian lobi sementara dia pergi pinjam buku cerita

Agak lama jugak kiteorang lepak di Perpustakaan KL, dari pukul 10 pagi sampai 2.30 petang. Bila perut dah berkeroncong, baru la kiteorang keluar. Mula-mula nak singgah di 4Fingers, tapi masa nak pulangkan payung dekat pintu stesen seberang (ingatkan nak hujan sebab tu sewa payung guna apps Payunglah), ternampak pulak O'Briens dekat bangunan OCBC sebelah stesen LRT Masjid Jamek. Tetiba teringin pulak nak makan sandwich Tripledecker Chicken kat sini, so cancel 4Fingers kiteorang singgah di O'Briens untuk makan tengahari.


O'Briens
Teringat masa teman mak buat kimoterapi dekat hospital Pantai KL, aku selalu lepak dekat O'Briens sementara tunggu dia buat kimo

Chicken & Mozzarella Toastie
Classic Tripledecker Sandwich untuk aku dan Chicken & Mozzarella Toastie untuk Khadeeja

Aku suka menu O'Briens sebab semuanya menu sihat dan tinggi protein. Roti tu pun guna roti wholemeal yang lebih sihat. 


O'Briens
Makan berdua je, lepas tu tapau Rotiboy untuk si kakak

Alhamdulillah portion sandwich besar dan mengenyangkan. Yang Khadeeja punya tak habis sebab dia lebih suka sandwich aku so dia makan separuh sandwich. Yang tak habis kiteorang tapau bawak balik. Esok pagi boleh panaskan dan makan untuk sarapan pulak.

8 comments:

  1. Best study dekat library, lebih fokus la kan...
    Sandwich tu nmpk sedap dan mengenyangkan 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye sis, baru la dia boleh fokus buat ulangkaji sebab dah takde gangguan dan mak dia duduk sebelah je tengok dia buat ulangkaji sambil blogging hehe

      Delete
  2. Library kat Bangi ni ada tapi tak besar sangat tapi paling suka library di Shah Alam. Memang selesa sangat. Senyap la jugak.....sandwich tu sedapnya....simple tapi mengenyangkan. O'Briens baru tutup cawangan di IOI City Mall.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah pernah ke Perpustakaan Raja Uda, memang best, besar & moden 👍🏻 tapi kalau nak lepak sana macam jauh la pulak 😅 lama tak makan sandwich O'Briens sekali-sekala layan ok jugak. Suka crispy bacon chicken dalam tu.

      Delete
  3. Bagus ni, ilmu dapat, kenyang pun dapat. Kalau di rumah memang banyak gangguan, kucing tu satu, satu lagi, katil, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah tau takpe SK. Budak2 ni cepat betul distracted. Bawak ke library takde pilihan kena mengadap buku je hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Sedap kan sandwich O'Briens? Paling suka tripledecker sandwich tu la

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .