Cuti Deepavali kiteorang tak kemana-mana sebab anak-anak akan menduduki peperiksaan UASA minggu depan. Jadi minggu ni since dieorang cuti sampai Rabu, aku suruh dieorang fokus buat ulangkaji. Tapi dah namanya budak-budak kannnn... banyak betul gangguan kat rumah ni. Nak main dengan kucing la, main dengan gajet la, baca buku cerita la. Hmm. Sudahnya semalam aku angkut la si adik ke Perpustakaan KL supaya dia boleh fokus ulangkaji. Yang kakak pulak 'selamat' sebab ada latihan Adipatra di sekolah.
 |
Aku bagi la jugak dia bawak iPad tu sebab nak rujuk buku teks dalam tu. Lagi satu sebab kiteorang subscribe apps Pandai, kalau dia ada masalah boleh tanya kat chatbot dalam apps Pandai |
Sementara dia buat ulangkaji, maknya apa lagi buat kerja-kerja blogger ler... Edit dan pilih gambar memang makan masa tau, jadi aku ambik kesempatan sambil pantau Khadeeja belajar, sambil tu aku edit gambar, reply mesej dekat blog posts dan jugak blogwalking.
 |
Dah setel ulangkaji, Khadeeja bagitau nak pinjam buku jadi aku pun tunggu dekat kerusi bahagian lobi sementara dia pergi pinjam buku cerita |
Agak lama jugak kiteorang lepak di Perpustakaan KL, dari pukul 10 pagi sampai 2.30 petang. Bila perut dah berkeroncong, baru la kiteorang keluar. Mula-mula nak singgah di 4Fingers, tapi masa nak pulangkan payung dekat pintu stesen seberang (ingatkan nak hujan sebab tu sewa payung guna apps Payunglah), ternampak pulak O'Briens dekat bangunan OCBC sebelah stesen LRT Masjid Jamek. Tetiba teringin pulak nak makan sandwich Tripledecker Chicken kat sini, so cancel 4Fingers kiteorang singgah di O'Briens untuk makan tengahari.
 |
Teringat masa teman mak buat kimoterapi dekat hospital Pantai KL, aku selalu lepak dekat O'Briens sementara tunggu dia buat kimo |
 |
Classic Tripledecker Sandwich untuk aku dan Chicken & Mozzarella Toastie untuk Khadeeja |
Aku suka menu O'Briens sebab semuanya menu sihat dan tinggi protein. Roti tu pun guna roti wholemeal yang lebih sihat.
 |
Makan berdua je, lepas tu tapau Rotiboy untuk si kakak |
Alhamdulillah portion sandwich besar dan mengenyangkan. Yang Khadeeja punya tak habis sebab dia lebih suka sandwich aku so dia makan separuh sandwich. Yang tak habis kiteorang tapau bawak balik. Esok pagi boleh panaskan dan makan untuk sarapan pulak.
Best study dekat library, lebih fokus la kan...
ReplyDeleteSandwich tu nmpk sedap dan mengenyangkan 👍🏻
Ye sis, baru la dia boleh fokus buat ulangkaji sebab dah takde gangguan dan mak dia duduk sebelah je tengok dia buat ulangkaji sambil blogging hehe
DeleteLibrary kat Bangi ni ada tapi tak besar sangat tapi paling suka library di Shah Alam. Memang selesa sangat. Senyap la jugak.....sandwich tu sedapnya....simple tapi mengenyangkan. O'Briens baru tutup cawangan di IOI City Mall.
ReplyDeleteAah pernah ke Perpustakaan Raja Uda, memang best, besar & moden 👍🏻 tapi kalau nak lepak sana macam jauh la pulak 😅 lama tak makan sandwich O'Briens sekali-sekala layan ok jugak. Suka crispy bacon chicken dalam tu.
DeleteBagus ni, ilmu dapat, kenyang pun dapat. Kalau di rumah memang banyak gangguan, kucing tu satu, satu lagi, katil, hihihi.
ReplyDeleteHaah tau takpe SK. Budak2 ni cepat betul distracted. Bawak ke library takde pilihan kena mengadap buku je hehe
Deletesaya suka obrien! terliur la plak!
ReplyDeleteSedap kan sandwich O'Briens? Paling suka tripledecker sandwich tu la
DeleteMakanan tak habis elok ditapau, tak membazir kan.
ReplyDeleteTenang saja kalau duduk di library.
Kena tapau Kak Amie, wrap tu rege RM20 sebijik 😂
DeleteBest nya lepak library, aman tenteram belek baca buku. Sandwich tu, yummmeh.
ReplyDeleteAah Kak Mulan, anak pun boleh fokus ulangkaji dekat library. Sandwich tu favourite saya dekat O'Briens tapi selalu mintak taknak letak bawang sebab tak minat bawang 😜
DeleteSerius saya hilang fokus melihat sandwich itu :-)
ReplyDeleteSandwich sihat ni Sodep, orang2 mcm kita boleh makan hihi
Deletesandwich tu.. aduhh, betul-betul menggangu. kena cari la balik keje ni..
ReplyDeleteHehe sila2x...
Deletebagus subscribe apps pandai tu... bagusnya anak rajin ulangkaji, yang kat rumah nie, jenuh perambat.hahaha..lepas tu mak give up...sebab semua kena mak duduk depan mata, baru jalan...mak juga yang salah
ReplyDeleteDia kena angkut pergi library baru boleh buat ulangkaji Linda. Kalau kat rumah hmmm jgn harap 😜 Pastu mak kena duduk dekat sebelah, pantau dieorg belajar hehe
DeleteNampak post di Perpustakaan Kl, teringat Etuza ada ke Perpustakaan Negeri Sabah baru2 ni..boleh duduk relex sambil membaca ..suasana damai,kecuali kedengaran sura kanak2..mereka ni masih tahap meneroka , asbab itu ada yang tak diam asyik bunyi2 hehehe..
ReplyDeleteBiasalah tu budak2 belum boleh kawal diri dengan baik. Sebab tu ibubapa kena pantau jugak supaya anak2 tak terlalu bising, dan perpustakaan selalunya tak benarkan kanak2 masuk ke bahagian dewasa supaya tak mengganggu ketenangan hehe.
Delete