Kita kembali dengan siri jalan-jalan ke Eropah musim panas!
Sambungan dari sini:
Mula-mula sekali, aku nak minta maaf la ye sebab entry kali ni memang banjir dengan gambar-gambar 😅. Sila jangan muntah hijau tau korang hihi.
Day 7 - Amsterdam.
Kiteorang ke Amsterdam menaiki tren Eurostar. Sebelum check out dari tempat penginapan, kiteorang singgah di Maison Bayat tak jauh dari apartment kiteorang untuk membeli pastri buat alas perut dalam tren. Maison Bayat ni ialah bakery yang terkenal di kalangan pelancong Muslim sebab makanan kat sini halal.
 |
| Maison Bayat |
 |
| Last pemandangan Paris sebelum bertolak ke Amsterdam |
 |
| Harap-harap dapat jejakkan kaki ke Paris lagi |
 |
| Posing dulu depan tren Eurostar yang kiteorang naik ke Amsterdam |
Tren Eurostar ke Amsterdam berlepas dari stesen Gare du Nord pada pukul 8.05 pagi. Harga tiket tren ni dalam RM336 seorang. Dari pengalaman aku, better naik tren dari naik flight sebab tak payah nak beratur untuk pemeriksaan imigresen dan cop passport. Rasa lebih seamless travel dalam Eropah berbanding di Asia.
 |
| Dalam tren |
 |
| Hasil memborong di Maison Bayat. Pastri di Paris kat mana-mana pun sedap 😋 |
 |
| Aku beli hot chocolate dekat kafe dalam Eurostar ni, siap dapat coklat |
Perjalanan dari Paris ke Amsterdam mengambil masa hampir 4 jam. Sepanjang perjalanan tu, aku ambik peluang untuk tidur sebab rasa tak cukup tidur sepanjang trip ni 😅.
Finallyyyyy sampai jugak ke Amsterdam Centraal, stesen keretapi utama di Amsterdam. Lebih kurang KL Sentral kita la, cuma bangunannya klasik European architecture. Lawa uolss!
 |
| Amsterdam Centraal |
 |
| Dalam bangunan Amsterdam Centraal |
Amsterdam ni ialah bandar yang sangat cantik. Nama Amsterdam berasal dari perkataan sungai "Amstel" dan perkataan "dam" empangan. Asalnya, tempat ni ialah sebuah kampung nelayan yang terletak di sebuah kawasan berpaya. Kampung ni selalu dilanda banjir disebabkan kedudukannya di muara Sungai Amstel. Disebabkan kerap banjir, jadi penduduk di situ pun buat empangan atas sungai ni pada kurun ke-13. Akhirnya nama Amsterdam tu pun melekat sampai sekarang.
 |
| Kagum dengan kecantikan bandar Amsterdam sebaik je keluar dari Amsterdam Centraal |
 |
| Ni ialah laluan tram. Di Amsterdam, mod pengangkutan yang popular ialah basikal (fiets), tram, metro dan feri (boleh naik secara percuma!) |
Dari Amsterdam Centraal, kiteorang berjalan kaki ke hotel sebab jarak hotel dalam 700 meter je dari stesen keretapi. Dekat Amsterdam, korang kena berwaspada dan sentiasa peka dengan sekeliling sebab orang-orang kat sini bawak basikal laju giler! Kita pejalan kaki kena alert dengan bunyi loceng basikal. Dekat sini, basikal lebih banyak dari orang ye 😂. Penduduk Amsterdam memang lebih suka berbasikal ke mana-mana dari bawak kereta.
 |
| Pemandangan ikonik di Amsterdam - terusan, bot, cathedral dan bangunan canal house atau grachtenpanden |
Sepanjang di Amsterdam, kiteorang menginap di Quentin Arrive Hotel. Harga untuk 4 malam ialah RM559 seorang. Murah kan? Tapi kenapa murah? Sebab takde lif! 😂 Kalau korang bawak luggage besar dan berat, bersedia la kena mengangkut beg naik tangga yang sempit. Tu la yang terjadi dengan dua orang member aku tu. Memang kena bekerjasama angkut beg naik.
Tapi dari segi bilik ok je. Kiteorang ambik bilik untuk 3 orang, jadi dapat katil seorang satu. Bilik air dia besar dan ada water heater. Dan paling best, ada kipas meja! Kalau tak azab weyh, berkicap dalam bilik tu! 🥵 Dekat Eropah susah nak cari hotel / penginapan yang ada aircond melainkan duduk di hotel yang mahal.
 |
| Bilik hotel Quentin Arrive untuk 3 orang (kredit foto: Jen) |
Disebabkan kiteorang sampai lebih awal dari waktu check-in, jadi kiteorang kena tinggalkan luggage dekat luggage storage room dulu sementara tunggu bilik kiteorang ready. Sementara tu, kiteorang keluar jalan-jalan cari makan dulu.
 |
| Lorong kecil di sebelah hotel kiteorang |
Bersambung di entry seterusnya...
Dulu berangan nak smp amsterdam semata2 nak tgk tulip haha tp skrg x tau kesampaian ke idok
ReplyDeleteTu la, time kiteorg pergi ni musim tulip dah habis. Next year nak travel ke Europe dah kena bayar ETIAS nak masuk Europe huhu..
DeleteKalau entri travel, memang banyak gambar. Maklumlah, kita tulis untuk rujukan dan kenangan akan datang. Cuma yang membacanya tu mungkin kurang selesa mata tengok entri berjela 😅
ReplyDeleteCantik sangat bangunan stesen kereta api Amsterdam. Klasik!
Alamak…memang gitu ya kat Eropah, boleh pulak takde ekon. Takde lift tu macam biasa jugaklah kan, kat Malaysia pun gitu kalau ambil hotel bajet.
Aah kak, sebab kat sini musim panas tu sekejap je dalam 3-4 bulan lepas tu dah start sejuk. Jadi mungkin dieorg rasa tak berbaloi pasang ekon kot hehe
DeleteTak apa banjir dengan gambar Carneyz. Satu hari nanti apabila kita baca semula memang serta-merta kenangan itu terus menjelma dalam ingatan.
ReplyDeleteHaha, saya ok je nak letak banyak gambar tapi takut pembaca tak selesa pulak kak 😅 sebab tu bila entry banyak gambar saya pendekkan penulisan supaya tak berjela2 sangat
Deletesaya baca entry ni dgn penuh rasa excited sbb memang ada worktrip next year to amsterdam cuma belum konpem (tgh tunggu surat rasmi)...apa2 hal bolehlah saya tanya carneyz yer...anyway, gmbr semua cantik2 laaa...hrp2 ada la rezeki saya jejak kaki kat amsterdam tu.. (paris saya dh pernah pergi, masa tahun 2011, pun naik eurostar dari london to paris)
ReplyDeleteHaha boleh je MZ. Nanti bawak family sekali ke atau MZ pergi dengan colleagues je?
DeleteHahahahahaha murah Krn tak ada lift yaaa. Jadi ingat saat di Belarus 🤣🤣. Tapi saya tak masalah angkat Luggage besar kalau cuaca winter. Letih tapi kita tak panas sangat saat bawa ke atas 🤣. Kalo summer, double combo letihnya ðŸ¤
ReplyDeleteTapi memang teringin lah nak ke Belanda . Apalagi banyak peninggalan dan sejarah Indonesia di sana. Raka dulu saat masih di Jerman, tiap Minggu ke Belanda , naik mobil sebab dekat. Hanya utk membeli barang2 dapur Indonesia yg banyak dijual di supermarket sana 😄. Di Jerman tak banyak soalnya
Ya di sana banyak pengaruh Indonesia jugak dari segi perkataan Belanda. Hari pertama saya sempat makan malam di restoran Indonesia sebab dah bosan asyik makan pizza je 😅
DeleteSeronok tengok gambar Carneyz,rasa macam ikut sekali...musim panas buat gambar semua cantik
ReplyDeleteYe, tu je la kelebihannya selebihnya kena tahan cuaca panas kat sana, bahangnya menyengat! 😮💨
Deleteamboi cantik canti betul bangunan diorang kat sana ye.... Tapi bab pastry tu paling menarik hati... kat sini semua tu mahal mahal belaka
ReplyDeleteYa, salah satu sebab saya suka jalan2 kat Eropah ialah bangunan dieorang cantik2 dan klasik. Pastry kat sana murah2!
Deletecantiknya Masyaa Allah...
ReplyDeleteCantik kan Amsterdam ni kak Ana? Tapi kena tahan bau ganja sebab kat sana orang bebas hisap rokok ada ganja hehe
Delete