Tarikh 15 Disember lepas, kiteorang menyambut ulangtahun perkahwinan ke-19. Syukur Alhamdulillah, rasa pantas je masa berlalu know2 dah 19 tahun hidup bersama 🤭.
Tahun ni dapat hadiah yang bermakna dari Suami Terchenta iaitu sehelai sejadah dari jenama Naelofar 🥰. Hadiah ni dia yang pilih ke? Oh no... semestinya la tak, but it's fine! 🤣 Aku pun tak mengharapkan Suami Terchenta tetiba nak surprise aku belikan hadiah sebab dia memang bukan sejenis lelaki yang romantika d'amor. Dalam rumahtangga kiteorang kalau nak something, terus-terang je cakap, "Abang, saya nak sejadah baru untuk hadiah ulangtahun perkahwinan. Boleh tak?" Kan communication is key in a marriage, hahahaha!
Bila dia kata "OK" aku pun apa lagi zapp terus sambar sejadah Naelofar ni! 😜 Geram betul tengok design sejadah Naelofar yang sweet-sweet semuanya, sampai rambang mata nak pilih design yang mana satu aku suka. Last-last aku pilih yang ni:
![]() |
| AMOUD sejadah warna rose |
![]() |
| Kotak sejadah yang eksklusif |
![]() |
| Unboxing sejadah Naelofar |
Alhamdulillah, sejadah ni aku plan nak letak dalam bilik tidur dengan harapan lepas ni makin rajin nak bangun tahajud. Azam tahun baru 2026, jwanjiii!
Apapun, terima kasih buat Suami Terchenta dah belanja sejadah sweet satu untuk Isteri Terchenta ni. Semoga perkahwinan dan keluarga kita terus dilimpahi sakinah, mawaddah, warahmah sampai ke hujung nyawa 🤲🏻. Ameen Ya Rabbal Alameen!



happy 19th anniv utk carneyz dan hubby. moga bahagia till jannah! lawanya sejadah tuuuu!! bab request hadiah tu, bolehlah kita geng yayyy i memang akan ckp nak apa, cthnya nak suruh dia byr bling2..even kdg2 i byr dulu lps tu dia bayar semula lps dpt gaji..kira acilah kan hahahh dpt hadiah idaman!
ReplyDeleteTQ MZ! Kan, dah berbelas2 tahun kahwin, dah masak perangai suami memang takdenya nak berkias2 atau diam2 je kalau nak something hehehe.
DeleteSemoga banyak pahala suami sebab Puan Carneyz banyak buat solat di atasnya. Amin.
ReplyDeleteAmeen YRA 🤲🏻 🥰
DeleteSweetnya warna sejadah pilihan Carneyz. Kita sama la, nak apa² kena minta, tak payah nak berkias², hahaha. Happy Anniversary to u both.
ReplyDeleteTQ SK. Ya, buat apa nak senyap2 je pastu makan hati sorang2 hihi. Nak apa2 bukak mulut mintak je hehehe
Deletesama je kaedah nya.. berkias tak dapat.. hahaha...
ReplyDeleteselamat ulangtahun yang ke 19.. semoga terus bahagia.. semoga azam untuk tahjaud berjaya dan sampai dekat linda juga semangatnya...aamin
Zaman nak berkias2 tu awal2 kawen je, bila suami tak faham, merajuk hahaha! Sekarang kita direct je mintak, bila dia bagi kita happy 😁 Selalunya dia bagi je, sebab kita pun faham takkan nak mintak benda bukan2 di luar kemampuan dia ☺️
DeleteAamiim yra.
ReplyDeleteEppi annibersari
Terima kasih Wak 😊
DeleteSelamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke -19. Bersemut selalu.
ReplyDelete