Throwback kisah bulan lepas, masa BFF aku outstation ke KL. Dia ajak keluar makan malam sama-sama. Memandangkan dia duduk di Traders KL, jadi aku pun ajak dia dinner di Avenue K. Sebenarnya dah lama teringin nak cuba hamburg di Wagyu & Rice, jadi bila geng kaki makan ada kat KL haruslah aku ajak dia JJCM sekali.
![]() |
| Sementara tunggu BFF aku habis training, aku lepak di Gula Cakery di KLCC. Suka lighting dekat Gula Cakery ni sebab nampak on point 🤠|
Akhirnya pukul 6 petang BFF aku pun muncul. Kiteorang berjalan ke Avenue K sambil berborak-borak macam biasa la kan, pantang jumpa BFF aku memang potpetpotpet je sepanjang jalan 😅. Tau-tau dah sampai depan Wagyu & Rice:
![]() |
| Restoran Wagyu & Rice terletak di tingkat 2, Avenue K. Susun atur restoran ni simple je - meja panjang dan kerusi menghadap kawasan memasak macam dekat restoran Teppanyaki |
Lepas duduk, kiteorang diberikan kod QR untuk membuat pesanan makanan. Kiteorang masing-masing ambik set A5 Shimomuragyu Wagyu Hamburg dengan harga RM39 satu set.
![]() |
| Menu di Wagyu & Rice |
![]() |
| Chef tengah memasak hamburg yang kiteorang pesan |
![]() |
| Set wagyu hamburg ni lengkap dengan nasi, salad, sup miso dan condiments. |
My verdict? OK la, sedap la jugak. Cuma aku tak dapat bezakan daging wagyu tu dengan daging biasa 😅. Dari segi harga, bagi aku berpatutan sebab datang dengan hidangan lengkap.
![]() |
| Aiskrim matcha ni pun sekali dalam set tu jugak |
Bagi aku la kan, daging wagyu ni aku lebih appreciate bila order dalam bentuk steak atau yakiniku. Selain dari tu, aku tak boleh bezakan pun dengan daging biasa.
![]() |
| TQ to my BFF sebab teman aku cuba nasi hamburg! |
Siapa yang dah pernah cuba hamburg di restoran Jepun ni? Apa komen korang pulak?
Untuk sesiapa yang teringin nak mencuba nasi + hamburg ni, boleh pergi ke Avenue K:
Alamat: L2-5, Level 2, Avenue K, Kuala Lumpur.
Masa operasi: 11 pagi - 10 malam
Laman web: https://wagyuandrice.com/







19 Comments
Boleh cuba la nanti sini..harga pon ok la xdela kayangan sangat hehe
ReplyDeleteYa, harga tu kira marhaen la utk daging wagyu hehe
Deleteoh dkt avenue k ada Wagyu Hamburg juga..biasa tgk yg femes Donkai je dok lalu lalang...kalo dkt Donkai tu kalo wagyu a5 dlm range rm 44-rm49..tk pernah cuba lg..dok tgk review org je ckp sedap...nanti nk try juga la
ReplyDeleteRasa macam overhyped je kak. Biasa je kat tekak saya hihi
DeleteGik masih lom connect belah ne Avenue K tp nama mall familiar.. hehe.. kmk blom gik pernah encerik dagin wagyu
ReplyDeleteMall tok mun kitak keluar dekat stesen lrt klcc, kitak exit belah kanan (mun mok ke klcc exit belah kiri)
DeleteEh benar juak.. dlm klcc ya ada exit to avenue K.. ok ok dh dpt idea sine... tq
DeleteBoleh la try nanti kalau ke situ.
ReplyDeleteSenang je nak ke sini Cie. Naik LRT turun kat stesen KLCC lepas tu masuk Avenue K dan pergi ke tingkat 2.
DeleteMasakan Jepun yg uncle pernah makan setakat ni hanyalah Tepanyaki... Yang lain belum cuba
ReplyDeleteTeppanyaki pun saya suka. Pendek kata, saya suka makanan Jepun tapi makanan Korea saya kureng 😅
DeleteBest dapat makan bersama BFF :)
ReplyDeleteTu la, BFF tu pulak jarang2 jumpa sbb dia duduk dekat Sarawak 😅
DeleteLengkap dan nampak sedap semuanya. Betul, sy setuju dengan pendapat Carneyz. Steak wagyu tu lagi confident ia wagyu betul2, hahaha.
ReplyDeleteKan SK? Bila buat jadi hamburg ni takde beza pun dengan daging biasa. Kesimpulannya kalau nak menikmati daging wagyu, kena ambik menu steak / yakiniku.
DeleteSetujuuuu. Kalau dibuat Hamburg , bagi saya pun sama saja rasanya. Krn dah tercampur dengan tepung juga. Beda cerita kalau dalam bentuk steak, barulah rasa wagyunya keluar 🤤❤️❤️
ReplyDeleteKan fanny? Saya kira akan ada rasa wagyunya jugak ternyata takde 😅 kesimpulannya, lebih baik beli steak / yakiniku je.
DeleteSeronok dapat makan bersama teman ..terbaik saya kira, alhamdulillah..
ReplyDeleteAlhamdulillah, teman baik pun sama2 suka makan macam saya 🤣
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .