Makan Tengahari di Ume Tei @ BookXcess MyTown

Selepas sesi memanjakan diri di Isfahan Hammam & Spa, tiba-tiba adik kata tunang dia nak belanja kiteorang makan pulak. Kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan 😄. Mula-mula adik nak ajak kiteorang ke Ma La Tang di Petaling Street tapi kakak aku malas nak drive ke sana jadi kiteorang decide nak makan di MyTown je la. 

Dari Turkish hammam, kiteorang ke restoran Jepun pulak haha. Mentang-mentang bakal adik ipar tu gaji dalam SGD, amik kesempatan kita 🤭. Barulah international vibe sikit 😜

Adik bawak kiteorang ke Ume Tei yang terletak dalam kedai buku BookXcess. Antara kiteorang bertiga, aku sorang je yang tak pernah lagi makan kat sini. Adik dan kakak aku dah pernah makan kat Ume Tei ni, dan dieorang kata sedap. Aku ikut je cadangan dieorang, janji jangan bawak aku pergi restoran Korea je sebab makanan Korea memang tak lalu langsung di tekak aku 😅. Kalau makanan Jepun, memang favourite aku hihi.


Ume Tei Japanese Restaurant
Restoran Jepun Ume Tei

Harga makanan di sini surprisingly tak la mahal sangat (set makanan dari RM30+ - RM40+) tapi dari segi rasa, bagi aku premium 😍. Aku pesan set salmon sashimi dengan nasi, sup miso, chawanmushi, acar ubi bit, salad kentang dan agar-agar:


Ume Tei Japanese Restaurant
Set salmon sashimi (harga kalau tak silap RM38)

Ikan salmon nya segar, manis dan potongan pun tebal. Puas hati!

Yang ni pulak pesanan adik aku - salmon belly:


Ume Tei Japanese Restaurant
Perut ikan salmon (RM30)

Tak cukup dengan salmon belly tu, dia pesan jugak set tempura oyster ni:


Ume Tei Japanese Restaurant
Harga dalam RM40+

Ni pulak set yang dipesan oleh kakak:


Ume Tei Japanese Restaurant
Salmon butteryaki set (RM35)

Setiap hidangan set ni datang sekali dengan teh hijau (Japanese green tea).

Alhamdulillah, makanan kat sini sedap-sedap belaka, portion besar dan harga pun ok. Lain kali boleh repeat makan kat sini.


Ume Tei Japanese Restaurant
Semoga murah rezeki adik ipar belanja kakak-kakak ipar makan 🥰

Post a Comment

12 Comments

  1. salmon sashimi pernah mkn tp ngaso2 kwn punya je la...tk brp kena ngan tekak...menarik tgk set Salmon butteryaki & tempura tu

    ReplyDelete
  2. Byk juak dish dlm 1 set ya.. berbaloi.. mun kmk mmg mst share ya mcm x mampu jak nk ngabis semua

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan makanan jepun ni.. setakat empire sushi je lah.. hihihi

    ReplyDelete
  4. adik ipar dah offer kena laju2 setuju,kakak ipar nak minta2 memang malu la kan hehe

    ReplyDelete
  5. peminat2 makanan jepun bolehlah try makan kat sini... harga pun tampak berbaloi tu

    ReplyDelete
  6. Mytown tu 4 trafik light je dari rumah uncle

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan makanan begini tak kena tekak. lagi2 salmon tu. kalau peminat makanan begini memang suka la.

    ReplyDelete
  8. Tooosss kitaaa, kalau japanese foods saya memang sukaaaa juga. Eh tapi Korean pun saya suka 🤣😄😄😄.

    Memang nampak sedaaap semua menu. Makanan jepang inikan, makan banyak tuh tak lah guilty sangat, sebab rata2 sehat 😄

    ReplyDelete
  9. orang nak lanje makan kan.. apa lgi tak kan nak elak org dari buat pahala hahahaha :D

    ReplyDelete
  10. bestnya mkn2 ;) fav menu my boys lah ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .