Me Time

Salam Jumaat kawan-kawan,

Aku ni kan, sejenis homebody, maksudnya aku prefer duduk rumah dari keluar rumah haha. Kalau orang tanya aku - tak bosan ke jadi suri rumah? Jawapan aku - tak. Kebanyakan masa aku memang suka habiskan di rumah buat hal sendiri. 

Tapi kadangkala aku akan keluar jugak just to break the monotony. Macam Isnin lepas, aku keluar me-time lepas hantar Khadeeja ke sekolah. Tak jauh pun, dekat Sunway Putra je. Tu pun sebab aku rasa macam nak buat pedicure memandangkan dah lama tak pergi.


pedicure
Pergi masa weekdays best sebab salon selalunya kosong je takde customer lain

Dah setel pedicure, aku pergi cuci mata pulak dekat Kaison, N.A.E Kitchenette, Brands Outlet etc. Dekat Kaison aku jumpa pewangi bilik yang sumpah, sedap giler bau dia! Bau ala-ala lobi hotel / shopping mall:


kaison
Pewangi bilik di Kaison - terus sambar sebotol sebab aku jatuh cinta dengan baunya yang macam di lobi hotel 😍

kaison
Tertarik jugak dengan framed art ni tapi malas nak angkut bawak balik

Dekat N.A.E Kitchenette pulak aku hampir-hampir tergoda nak beli mangkuk kecik yang comel-lote ni tapi mujurlah akal masih waras lagi hahaha!


N.A.E Kitchenette
Mur-mur je tau! Boleh buat mangkuk sup

N.A.E Kitchenette
3 biji RM10 - berbaloi tu.

Tetiba teringat nak beli tuala muka untuk bawak masa jogging / workout di gym. Jadi singgah di Home's Harmony beli tuala muka. Beli satu tuala muka berharga RM5+ je (ada promo). Tak ambik gambar sebab ada salesman kat sebelah, segan pulak sis 😆.

Akhir sekali, singgah di pasaraya Mercato untuk beli - alamak, lupa aku beli apa tapi barang dapur la. 


Mercato
Rambang mata bila lalu bahagian buah-buahan ni

kurma Palestin
Ni saja la aku nak tunjuk kurma dari Palestin - aku dah check memang confirm dari Palestin dan bukan label je Palestin tapi dari ladang kurma Israhell. Aku beli sekotak kecik sebelum 1 Ramadhan lepas memang sedap kurma Medjool ni tapi tak berapa sesuai untuk orang yang nak jaga diet

Keluar dari Sunway Putra hampir-hampir pukul 2.30 petang jadi boleh terus ambik Khayla balik dari sekolah. Berakhirlah me-time aku yang simple tapi fulfilling 😄. Alhamdulillah 'ala kulli haal.

Post a Comment

17 Comments

  1. Menarikkkkk yg room spray tek.. klak carik juak... kaison nang best k cuci mata... mun dpt semua jak mok embak balit tp ya lah sine nk engkah nak? mangkuk ya nang kaccccccc.... sabar sabar.. bln posa oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, yalah tek. Lagi2 kitak mok masuk rumah baru kelak, mesti lebih agik godaan mok angkut balit barang2 di kaison ya nak 😜

      Delete
  2. seronok jugak me time jalan sorang2 weekdays shopping mall lengang sikit ramai orang bekerja. tak menyesal ke tak borong mangkuk tu. hihihhi. geram nengok tu cantik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat penulisan ni, masih lagi tgh memikirkannya hihi. Buat masa ni mcm belum ada keperluan, tak tau la klu tetiba terasa nak buat open house raya nanti baru timbul rasa menyesal sbb tak beli hihi

      Delete
  3. Berwarana-warni mangkuk?
    Betul ke kurma itu harga RM42 lebih? Terkejut juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye mangkuk dekat N.A.E Kitchenette ni memang berwarna-warni dan bercorak2. Harga pulak berpatutan. Hampir2 tergoda nak beli hihi.

      Memang tak hairan dengan harga kurma Medjool Palestin yg dapat jolokan 'raja kurma' sebab isinya yang tebal, manis, lembut walaupun berserat.

      Delete
  4. Tak sabar nak pergi healing ni. Ke manakah?

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat me time di waktu weekdays. Tiada kesesakan, tiada gangguan :)

    ReplyDelete
  6. sama la mcm i bab2 me time ni..i kdg2 kuar sorang2 beli groceries etc esp time lunch hour ;)

    ReplyDelete
  7. yessss mmg bessst me-time cuci mata cmni sbb rasa seluasss alam tu kita yg punyaaa ehehehe

    ReplyDelete
  8. sy dah lama tak buat manicure... arghhh kena tggu nk dkt raya kot hahahaha 'kuku lebaran' ;-)

    ReplyDelete
  9. Samaaaaalah kita. Saya tak pernah bosan di rumah. Apalagi kalau dah dalam kamar. Hidupkan Ac, tutup pintu. Puas lah main games, atau sekedar baca buku. Saya baru semangat kluar, jika sedang traveling. Tp saat dah balik traveling, mulailah time to recharge 🤭.

    Ya Allah, memang menggoda iman mangkuk2 kecil tuh. Tapi kalau teringat lemari penyimpanan kecil, memang tak mungkin dibeli hahahah

    ReplyDelete
  10. mmg kena ada me time....syok mcm2 bole buat...cantik la bowl yg colorful tu...rambang mata

    ReplyDelete
  11. Best tau time org pergi keje, kita pergi lepak2 mall ber-me time. Selalu timing weekdays camni fnb suka buat harga murah. Geram je saya buat promo time waktu bekerja haha

    ReplyDelete
  12. Tertarik pula dengan mangkuk 3 biji RM10 tu.Cantik!

    ReplyDelete
  13. N.A.E Kitchenette sini paling SA suka kalau ke Sunway Putra Mall tu....memang lama kat dalam ni..memang bawak balik la beberapa mangkuk..Bahaya ni tempat ni...sakanya besar...x leh keluar tangan kosong de...

    ReplyDelete
  14. Wah.menarik..cantik cantik tu dek..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .