Salam Jumaat kawan-kawan,
Bulan puasa ni aku tak set lagi bila dan macamana aku nak kekalkan rutin senaman aku. Tak tau kenapa, Ramadhan tahun ni tahap malas aku ni boleh dieja dengan huruf besar - M-A-L-A-S 😂. Tapi kalau boleh part senaman ni aku tak nak culas sebab nanti stamina jatuh menjunam. Penat tau lari tiap-tiap hari pastu lepas raya pancitttt.
Anywayyyyy, simpan kat sini progress untuk minggu ketiga dan minggu keempat 🏃🏻♀️.
![]() |
| Throwback progress larian #1 - minggu pertama |
![]() |
| Throwback progress larian #2 - ada penambahbaikan dari segi jarak dan pace |
![]() |
| Progress larian #3 - Alhamdulillah, jarak dah bertambah dari 3km+ ke 4km (gambar di Taman KLCC tu diambil 2 hari sebelum puasa) |
Outdoor vs Indoor Run - Mana Pilihan Aku?
Memandangkan musim sekarang tak menentu kadang-kadang hujan waktu pagi, jadi kalau tak buat outdoor run, aku turun ke gym dan buat indoor run pulak. Tapi jujurnya, aku lebih prefer outdoor run sebab lari atas treadmill bosan yakmat! 😂 First day buat indoor run aku cuma mampu habiskan 1km sebelum kebosanan melanda. Bila dah bosan, motivasi pun menjunam. Sudahnya aku berhenti dan buat strength training pulak. Itu je la kelebihan bila buat indoor run - dah bosan boleh tukar jenis senaman sebab dalam gym ada banyak equipment lain. Kali kedua aku menggagahkan diri buat sampai 4km tu pun banyak kali stop - jalan dulu atas treadmill lepas tu sambung lari lagi. Tapi untuk bulan puasa ni, memang no choice kena buat indoor run je sebab aku plan nak turun ke gym lepas setel memasak dan sebelum berbuka puasa. Tapi semalam tak start lagi sebab first day puasa penatnya luar biasa pulak huhu...
![]() |
| Outdoor run vs indoor run. Dah bosan lari buat strength training pulak ikut video Apple Fitness+ |
Downside of Running
Sebenarnya orang tahap obese macam aku ni tak digalakkan sangat berlari sebab it's a burden to joints. Tapi aku degil sebab aku sejenis tak penyabar nak berjalan lama-lama. Maka aku berlari jugak. Sudahnya minggu ke-4 aku berlari, dah mula sakit lutut dan kena shin splint:
![]() |
| Aku kena dekat bahagian dalam atas buku lali macam dalam gambar sebelah kanan ni (sumber gambar: https://advancedorthosports.com/) |
Since then, takde pilihan kena kurangkan frekuensi berlari dari setiap hari ke selang 2-3 hari untuk bagi kaki aku recover. Tang lutut tu pulak, masa berlari elok je tapi lepas berlari mulalah rasa sakit mencucuk setiap kali nak bangun dari duduk atau tengah solat. Memandangkan bulan puasa ni nak kena solat terawih, maka mungkin aku kena banyak berjalan je la dari berlari. Takut nangis pulak nak bangun masa solat terawih huhu...
Tempat Favourite Berlari
Antara Taman Tasik Titiwangsa dengan Taman KLCC, aku prefer jogging di Taman KLCC walaupun lebih 'berbukit' dari Taman Tasik Titiwangsa (Titiwangsa mostly flat terrain dan sesuai untuk beginner macam aku). Sebabnya Taman KLCC tu aku rasa lebih redup manakala Taman Tasik Titiwangsa pulak lebih terbuka. Lagi satu, dekat Taman KLCC ada trek berlari yang permukaannya lebih lembut jadi lebih mesra lutut. Aku belum cuba lagi Taman Botani Perdana pulak macamana. Lain kali kalau datang mood nak tukar scenery boleh la cuba berlari kat sana pulak.
Outfit Pilihan
Ni pulak outfit setiap kali aku turun berlari - jaket Uniqlo hitam dan tudung sarung ni memang pilihan aku la 😜. Sis takde masa nak lilit shawl kalau nak pergi berlari. Jaket Uniqlo best sebab ringan dan breathable. Lepas lari biasanya lencun dengan peluh sebab tu aku prefer pakai jaket warna hitam. So kalau terserempak makcik yang berlari pakai outfit macam ni dekat Taman Tasik Titiwangsa / Taman KLCC, tegur je la confirm tu aku 😂.
| Botol air wajib bawak bila turun workout, sekali duduk je boleh habis 500ml. Sebab tu bulan puasa kena workout sebelum berbuka. |
Apapun, harap lepas raya prestasi aku tak jatuh sangat sebab aku aim nak capai 5km. Bukan sebab nak join run mana-mana, lebih kepada kepuasan bila dapat achieve milestones. It's not easy but it's doable. Kalau ada tips macamana nak kurangkan impak kat lutut masa berlari, share kat komen ye gais! Maklumlah kita ni dah 40an, lutut dah mula meragam sikit 😂.





27 Comments
Wow…masih boleh berlari. Akak dah lama tak lari, jogging pun tak, cuma briskwalk je.
ReplyDeleteMoga tercapai misi Carneyz dan dapat cara atasi masalah kaki tu.
Masih tapi skrg tgh berehat sekejap sbb nak bagi kaki recover. Itulah, takde cara lain kena kurus jugak agaknya kak 😅 sbb saya ni jenis kaki kecik (pakai kasut saiz 5) mmg tak balance sbb badan obese 😆
DeleteSemoga terus kekal dan bersemangat
ReplyDeleteAmeen YRA! 💪🏻 🏃🏻♀️
Deletelinda memang tak berlari...lebih pada briswalk je...tapi, lama dah berhenti ni, bulan puasa lagi la malas, mudah mudahan bulan raya nanti insofff... kena slow jogging la kot, memang tang lutut tu, linda pun ada time terasa juga, belah kanan je..belah kiri ok je
ReplyDeleteSebelum ni mmg buat brisk walk tapi tu la, tahun ni azam nak cabar diri-sendiri berlari smp 5km atau lebih 😅 klu brisk walk, nak habiskan 10k langkah ambik masa 2 jam lebih tapi klu berlari 4km baru 40 minit dan dh dpt 7.5k langkah hihi. Selebihnya saya buat recovery walk sampai dapat 10k.
Deletefuhhhhhh kuat lagi tu akak boleh berlari.. mmg terasa boringggg gilerrr indoor hehehe
ReplyDeleteGigih sbb nak sihat 😅 org kata bila rajin lari, lama2 perut kempis (menyingkirkan lemak visceral dekat perut) dan nak improve bacaan gula jugak. Lari atas treadmill takde view sbb tu boring walaupun dah sumbat telinga dgn earphones hehe
DeleteSemoga kekal bersemangat :)
ReplyDeleteTQ sis! 🫶🏻
DeleteBagus konsisten. Hehe kena jalan laju sahaja daripada berlari.
ReplyDeleteSemalam dah cuba berlari atas treadmill tapi lari pace leha2 je la tak macam pace biasa. Dapat jugak habiskan 3km hehe. Tak boleh la berjalan, rasa bosan pulak haha!
Deletebagusnya konsisten berlari! saya asal lari je stop jalan, pastu sambung lari, jalan balik haha. camne la orang yg boleh lari 10 km non stop tu
ReplyDeletePernah 2x join run ambik 10km 6-7 tahun lepas. Memang bosan sis! Smp skrg tak teringin nak lari half / full marathon sbb kitonyo jenis cepat bosan hihi.
DeleteSebelum puasa pun dah lagi besar ejaan nya untuk kita ni. Tak tau dapat angin dari mana. Malas dan slow je thinking.
ReplyDeleteRamadhan Kareem Carneyz dan family 🥰
Ramadhan Kareem kak Mulan! Ya, smp skrg masih lagi mood malas tu melanda cuma dah kurang sikit hehe
DeleteWowwww!!! Bila la kita nak ada semangat mcm awak ni haha
ReplyDeleteBosan kat rumah kak Ret, sebab tu pergi berlari hehe.
Deletetruskan semangat...dh nmpk berat turun tu
ReplyDeleteTQ kak 🫶🏻 belum kurus lagi, tu ilusi optik je hehe
Deletedear carneyz. i'm backkk...ni tgh slow2 BW niii...waaa tabik spring la u sgt fit utk berlari2 tuuuu.keep it up dan i jeles sbb u akan slim down kaw2 by raya tuuuu
ReplyDeleteWelcome back from your hols, MZ! Haha, tu la azam tahun ni nak cuba lari smp 5km. Hopefully boleh la maintain berlari time bulan puasa ni 🤲🏻
DeleteBulan puasa ni workout kena berpada je la takut effect pula kan....moga kita dikurniakan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteInsha Allah boleh, cuma nak kena manage time je sbb saya suka pilih time sebelum buka puasa nak buat workout sbb lepas buka puasa boleh terus minum air 😄
Deletedulu penah juga rs sakit2 bwh lutut tu. sy try buat warm up lama sikit.... dari 15 minit naik ke 30 minit then utk lari pula, utk tempoh seminggu, sekadar 1.5-2KM je dulu. x nak rushing2... lps tu ok dah...
ReplyDeleteLamanya kena buat warm up tu, 30 minit ye. Boleh la dipraktikkan ni.
DeleteDah coba pakai knee support tak? Saya lumayan ampuh pakai knee support ini utk cegah lutut sakit saat berlari Carneyz. Lebih stabil. Memang awal macam gerah, tp lama2 biasa. Terlebih kalau angkat beban, atau squat, pakai knee support membantu sangat.
ReplyDeleteSaya macam tak lihat Carneyz obese. Trakhir kita jumpa, justru lebih kurus dari sebelumnya.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .