Salam Isnin kawan-kawan,
Cerita jalan-jalan sepanjang bulan Jun ni dah berakhir jadi aku boleh la fokus dengan cerita birthday staycation pulak.
![]() |
| Happy birthday to me! (Kredit foto: Suami Terchenta) |
Sehari selepas birthday aku, kiteorang pergi staycation di salah sebuah hotel (macam biasa) Marriott Bonvoy.
Setiap tahun, alhamdulillah Suami Terchenta meraikan birthday aku dengan staycation 😄. Dia memang dah sedia maklum wife dia tak minat handbag / kasut / barang kemas mahal, cukup belanja staycation semalam dah buat wife happy. Happy wife, happy life gitchewww....
Tahun ni kiteorang pilih St. Regis KL yang terletak di KL Sentral. Sebabnya, kiteorang belum pernah lagi menginap di sini jadi nak merasai pengalaman menjadi tetamu di hotel St. Regis pulak.
Macam biasa, tempahan dibuat melalui aplikasi Marriott Bonvoy. Masa online check in, aku inform siap-siap yang ini ialah birthday staycation supaya pihak hotel akan sediakan room decor dan jugak complimentary birthday cake dalam bilik.
Apa yang menarik di St. Regis ialah setiap bilik disediakan perkhidmatan butler (butler service) 24 jam, evening turndown service dan complimentary pressing (menyeterika) untuk 2 helai pakaian setiap malam. Bilik di St. Regis ni antara yang terbesar di bawah jenama hotel Marriott dan boleh menempatkan 4 orang tetamu.
Untuk tetamu yang memandu kereta ke sini, parking di sini complimentary cuma perlu validate nombor plet kereta je setiap kali keluar.
Kami sampai di hotel pada pukul 3 petang. Masa ni ramai jugak tetamu tengah check in. Rupa-rupanya ada 2 wedding serentak yang akan berlangsung malam tu. Sementara menunggu giliran untuk check in, aku meninjau keadaan lobi hotel yang mewah dan elegan:
![]() |
| Suasana lobi hotel St. Regis |
![]() |
| The Drawing Room |
Selepas check-in dan dapat kunci bilik, kami terus naik ke bilik. The moment of truth. Teruja nak tengok bilik di hotel St. Regis ni. Dalam website katanya bilik dan suite di St. Regis ni 'the largest in the city', tapi mungkin ni sebelum W Hotel, Grand Hyatt dan Park Hyatt ada kot. Anyway, aku tak dapat nak buat perbandingan apple to apple sebab di W Hotel dulu kiteorang tempah bilik suite dan di St. Regis pulak, bilik biasa je. Jadi mungkin betul la kot, bilik ni terbesar dalam kategori bilik hotel biasa.
![]() |
| Dari hallway, terus nampak ruang tamu bilik. Di kiri hallway ada bilik walk-in wardrobe dan sebelah kanan pulak ialah bilik air hotel |
Tatahias bilik ni menonjolkan elemen mewah dan elegan dengan penggunaan warna beige pada sofa dan langsir hotel. Berbeza dengan tatahias di bilik suite W Hotel yang full of vibrant colours, warna di bilik di St. Regis ni agak muted tapi dengan understated elegance. Karpetnya yang berwarna kelabu tu dihiasi dengan corak bunga yang minimalis supaya tak nampak terlalu kosong.
![]() |
| Ruang tamu bilik |
Aku sengaja tempah bilik dengan 2 katil Queen sebab di St. Regis ni takde bilik suite dengan 2 bilik tidur. Tapi memandangkan bilik ni datang dengan 2 katil Queen jadi agak selesa la untuk satu katil tu menempatkan 2 orang - satu katil untuk aku dan Suami Terchenta dan satu katil lagi untuk anak-anak. Salah satu katil ni dihias dengan belon dan tulisan rentang 'Happy Birthday'.
![]() |
| Bilik kami dilengkapi dengan 2 katil bersaiz Queen |
![]() |
| Birthday decor yang disediakan di hotel St. Regis |
![]() |
| Berangan-angan nak ada walk-in wardrobe dengan meja solek macam ni 😌 |
Another feature yang menarik di hotel ni ialah bath tub yang sangat luas (boleh muat 2 orang) dan sambil berendam tu boleh menonton tv jugak. Sinki bilik air pun ada 2 - his and hers la konsepnya gitu. Tandasnya canggih - penutup tandas tu terbuka secara automatik bila kita berdiri di depan, ada pemanas tempat duduk, udara pengering 🤪 dan auto flush selepas digunakan. My only problem dengan bilik air hotel ni ialah ruang shower dan tandasnya takde dinding pemisah. Kalau kita mandi kat tempat shower ni, air mengalir sampai ke ruang tandas. Dengan lantai marmar yang licin, jadi agak merbahaya jugak dan berisiko tergelincir.
The highlight of bilik di St. Regis ni ialah butler service. Masa kiteorang check in, kiteorang disambut oleh our own butler. Nama dia Novia, berasal dari Sukabumi (dapat tau bila aku cerita yang aku baru balik dari Sukabumi). Miss Novia bagi room tour masa kiteorang mula-mula masuk bilik. Lepas tu dia bagi handwritten note dengan coklat premium untuk kiteorang. Sweet betul dia ni.
![]() |
| Coklat premium yang dihadiahkan oleh Novia, our butler |
Part paling best about butler service ni ialah kita boleh request minuman panas anytime kita nak - kopi, teh atau hot chocolate. Cuma perlu dial for butler service dan dia akan hantar minuman tu ke bilik. My favourite ialah teh tarik dan hot chocolate. Yang best nya, it's complimentary 🤭. Apa lagi, kiteorang pun order minuman panas beberapa kali sepanjang berada di bilik hihi.
Oh ya, selain birthday decor, pihak hotel turut bagi 2 biji kek. Satu tu dengan ucapan "Happy Birthday Carneyz" ditulis menggunakan coklat frosting tapi yang menulis tu salah eja pulak - Carneyz tu jadi Carneyt. Ceitt.
Dah namanya staycation, aktiviti utama ialah lepak dalam bilik je sepanjang hari kecuali masa keluar nak pergi makan malam. Kiteorang pergi makan malam di Nu Sentral tapi instead of jalan kaki, kiteorang naik shuttle complimentary yang disediakan oleh St. Regis. Fefeeling jadi mak datin kejap naik Vellfire siap dengan chaffeur sambil baca majalah orang have-have padahal nak pergi makan kat mall sebelah je hihi.
![]() |
| Perbualan angan-angan dalam kepala aku: 'Hantar saya ke mall ye, saya nak pergi shopping ni'. 'Baik, Datin.' 😆 |
Aku dan Suami Terchenta bersetuju dari segi perkhidmatan dan layanan eksklusif, St. Regis ni ialah the best hotel bawah jenama Marriott Bonvoy di KL setakat yang kami pernah duduk sepanjang menjadi ahli Elite MB. Suami Terchenta siap kata, 'Kita mesti staycation di St. Regis KL ni setiap tahun' 😆. Insha Allah, semoga ada rezeki kita setiap tahun dapat staycation di sini. Memang best dan berbaloi-baloi kalau nak merasa layanan istimewa seperti tetamu VIP.
Next entry, aku akan review breakfast di The Brasserie, St. Regis pulak. Staycation memang wajib ambik pakej breakfast barulah betul-betul enjoy experience staycation 😄.















22 Comments
wowww mewah sungguh pakej ni dan VIP lah layanannya!!! teringin nak merasa ;) bilik gini rate above RM2k ker ni pernite?
ReplyDeleteTak sampai RM2k per nite sebab book under MB member rate MZ 😄 Mahal lagi dok dekat W Hotel last year tapi St. Regis dari segi servis lebih best dan fefeeling VIP 🤭
DeleteSis ni pun member Marriot tapi jarang guna sebab kalau staycation suka hotel mana yang sempat hahaha.. lepas ni nak gak laa kumpul point..
ReplyDeleteTapi yerr, best lagi staycation dari hadiah, dapat simpan kenangan bersama..
Betul tu Sislin. Dapat kumpul kenangan dgn family tu yg penting 🥰
Deletemmg best btul servis tu...mmg feel2 mak datin la sbb pegi mall naik vellfire tu....kita tgk bff dh pegi sini sbb die pn member marriot...tgk die order complimentary iced chocolate byk kali..sedap katanya....wah ada chocolate premium & cake juga
ReplyDeleteMemang sedap kak. Saya pulak asyik order teh tarik sebab teh tariknya kaw & tak manis sangat 🤭
Deletememang mewah betul hotel dia... berbaloi baloi
ReplyDeleteAlhamdulillah, seronok staycation di St. Regis ni. Semoga ada rezeki Linda merasa jugak staycation di hotel ni 😊
Deleteluas betul bilik suite dia, memang selesa. hehe saya pulak suka part boleh request minuman panas tu berkali-kali. memang kembung minum hot chocolate la sampai malam :p bestnya siap disediakan shuttle jugak
ReplyDeleteNi bilik biasa je, bilik suite St. Regis harga atas RM10k semalam. Semoga ada kemampuan nak book bilik suite di hotel ni 🤲🏻
DeleteTapi tu la, walaupun bilik biasa tapi ada servis butler & shuttle service utk semua guest 😊
Wah, untunglah Datin Carneyz! Mewah sungguh layanan di St. Regis KL ni. Paling best mesti bab butler service yang boleh hantar teh tarik dengan hot chocolate complimentary tu, memang rasa macam VIP betul. Syoknya siap ada Vellfire hantar pergi mall sebelah..Walau NuSentral je kan....
ReplyDeleteItulah syok berangan2 jadi mak datin ni SA 😜 harapnya tahun depan atau hujung tahun ni ada rezeki stay sini lagi 😄
DeleteSekali sekala jadi Mak Datin. Terima Kasih atas perkongsiannya.
ReplyDeleteMana tau betul2 jadi mak datin satu hari nanti hihi
DeleteBoleh nampak feeling Carneyz ala ala terasa dilayan macam mak datin. Nampak mewah hotelnya. Kalau layanan terbaik pasti nak repeat lagi.
ReplyDeleteYe, sempat berangan2 jadi mak datin bila dapat layanan special kat St. Regis ni sis Ezna hihi
Deletebestnya, tapi kita tak mampu nak dok hotel mahal2 gini.
ReplyDeleteInsha Allah, semoga ada rezeki Ammi menginap di St. Regis KL ni 🤲🏻
Deletewow weeeeee
ReplyDeleteantara hotel paling best kat KL kotttt
dari service sampai ke bilik
semuanya tip top
sy tolong amin kannnn
aminnnn
Memang, tip-top dari segi servis, bilik dan layanan 👏🏻
DeleteTerima kasih Anies hehe
Saya langsung cek St Regis jakarta 1 malam berapa. Ternyata tak setinggi yg saya bayangkan juga. 😄. Teringin pula jadinyaaa. 5 malam lagi tahun ini blm tahu stay di hotel MB yg mana 🤭🤭.
ReplyDeleteSaya lihat karpet dia, kalau Karni tak sebut itu karpet, saya pikir memang lantai granit. Tp ada bunga pula, ternyata karpet 😍😍😍. Cantiiiik designnya.
Aiiiih dr Sukabumi pula butlernya yaa. Macam tahu je Karni baru balik dari sana 😄😄.
Harap2 lah fasilitas hotel St Regis yg di KL ini sama dengan JKT, ada shuttle Vellfire 🤭. Kadang MB ini beda2 juga tiap tempat kan
St. Regis ni ialah antara top-tier luxury brand di bawah kumpulan Marriott. Selain St. Regis, Ritz-Carlton dan JW Marriott juga dikira jenama 5 bintang bawah Marriott. Kalau di St. Regis mmg service level mereka sama di mana2 maksudnya akan ada butler service juga di Indonesia atau di New York 😃
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .