Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 6)

Salam Khamis kawan-kawan,

Entry kali ni tak tau la ada orang sanggup nak baca ke tak hahaha! Sebab entry kali ni panjang dan banyakkkk gambar ye, kawan-kawan 😜. Takpelah, tulis kat sini simpan buat kenangan dan rujukan di masa depan kot-kot la ada rezeki nak ke Lembang lagi 🤲🏻. Kalau tak cerita kat blog dan simpan dalam galeri gambar je, confirm la lepas tu lupa! Jadi baik la aku simpan ceritanya kat blog.

Sambungan dari sini:


Floating Market Lembang

Dari Orchid Forest Cikole, kiteorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Floating Market Lembang. Mula-mula aku ingatkan floating market sini konsepnya sama macam floating market kat Hat Yai tu (boleh beli makanan dari penjual yang menjual makanan dari dalam perahu. Idok yer... Masa aku kat sini, aku tak perasan ada perahu yang menjual makanan tapi lepas aku Google, rupa-rupanya kena beli tiket dan naik perahu menyeberang tasik ni untuk ke pasar terapung. Haa... gitulah konsepnya.

Tujuan utama ke sini ialah nak naik rainbow slide je sebenarnya hehe. Tapi dah alang-alang masuk ke sini kami pusing la satu tempat ni. Banyak tarikan menarik terutamanya untuk kanak-kanak, jadi kalau sesiapa yang ada anak-anak kecik boleh la bawak dieorang ke sini kalau ke Bandung.


Floating Market Lembang
Rainbow slide ni punca kiteorang ke sini 🤪

Floating Market Lembang
Ada welcome drink sekali dalam harga tiket masuk ke sini. Gambar kecik: Bergambar di pintu masuk ke Floating Market

Tapi sebelum naik rainbow slide, kiteorang naik 'tren' dulu keliling tasik. Walaupun masing-masing dah berusia, tapi masih excited naik keretapi ni hahaha! Ni kalau anak buah aku ada sekali, mau 7-8x dia request nak naik lagi sebab dia suka sangat keretapi. Setiap kali dia ke KL, kakak aku la kena bawak dia naik LRT dari hujung ke hujung ye 😅.


Floating Market Lembang
Keretapi ni pusing satu tasik ni jadi jimat tenaga nak menapak 🤭

Lepas naik tren dan jalan-jalan tengok barang-barang jualan (sempat la menyopping souvenir sikit), barulah kiteorang pergi ke tempat rainbow slide tu. Sampai kat situ, kena naik tangga yang tinggi uolls! Bila sampai kat atas, tengok-tengok kena bayar cash la pulak. Ada sepasang suami isteri dari Malaysia dah naik ke atas rupa-rupanya dieorang tak de duit kecik / cash. Muka dieorang dah nampak kecewa sikit (penat kot naik tangga tu, baru tau bayar cash sahaja!). Tapi bila Fanny offer guna duit cash dia, dieorang nampak lega. Bayar secara transfer duit ke akaun TnG Fanny. Siap tolong ambik video untuk kiteorang.


Floating Market Lembang
Tergelak aku setiap kali tengok gambar ni - masing-masing mulut terbuka luas sebab tengah menjerit 🤣

Kiteorang turun slide berdua dan kena pegang pelampung kawan sebelah. Kak Retna dan Sislin turun dulu dan dari atas lagi dieorang dah menjerit. Lepas tu giliran aku dan Fanny. Mula-mula aku ingatkan ni macam naik water slide rainbow di i-City tu, jadi rilek je la. Sekali kauuu... berpusing-pusing ye pelampung aku dan Fanny dah serupa baju dalam mesin basuh kiteorang dibuatnya! Itu yang auto menjerit 🤣 🤣! 


Tahu Susu Lembang

Mengenangkan perut dah berkeroncong mintak diisi, kiteorang singgah di Tahu Susu Lembang untuk mengalas perut. Lembang terkenal dengan tauhunya (di sini panggil tahu) yang rangup di luar dan lembut di dalam. Teksturnya tak sama dengan tauhu yang kita selalu makan kat Malaysia. Sedap sangat tau! 


Tahu Susu Lembang
Singgah makan di tahu susu lembang

Tahu Susu Lembang
Dekat tempat ni ada macam-macam gerai yang menjual produk berasaskan susu soya. Btw, susu kedelai tu bukan susu keldai ye. Kedelai dalam Bahasa Indonesia ialah soya. Kiteorang sempat beli bolu susu Lembang jugak kat sini untuk dibawa balik

Tahu Susu Lembang
Tahu sini makan macam tu je takde cicah cili kicap ke apa. Dieorang bertiga selamba je ngap cili padi tu. Aku tak sanggup, takut ceri-beri pulak sebab kepedasan 😅 

Dusun Bambu

Next, kiteorang ke Dusun Bambu. Ada dua tarikan yang kiteorang aim di sini iaitu menaiki Sampan Sangkuriang dan bermain water coaster. Kiteorang ambik pakej Serenity Walk dan add on aktiviti water coaster. Untuk info lebih lanjut aktiviti dalam Serenity Walk ni termasuk harga, boleh rujuk kat blog Kak Retna.


Dusun Bambu
Dari kawasan parkir / kaunter tiket, kiteorang naik buggy masuk ke dalam. Kemudahan dekat sini lengkap - ada restoran, kedai menjual souvenir, surau, tandas dsb.

First stop - Sampan Sangkuriang. Dekat sini kiteorang dibawa naik sampan tradisional atas tasik sambil bagi makan ikan koi. Dalam pakej kiteorang termasuklah photoshoot beramai-ramai dan jugak individu. Selesai sesi naik sampan, kiteorang pilih gambar yang kiteorang nak dan staff kat situ cetak dan bagi gambar sekeping seorang.


Dusun Bambu
Antara tarikan yang menarik di Dusun Bambu

Dusun Bambu
Antara gambar-gambar kiteorang yang diambil oleh staff Dusun Bambu

Dari aktiviti bersampan tadi, kiteorang berjalan ke wall air terjun dan ambik gambar di situ. Pit stop terakhir di sini ialah ke acara kemuncak iaitu water coaster.


Dusun Bambu
Aktiviti yang dinanti-nantikan!

Kiteorang diberi baju hujan tapi staff kat situ tak explain pun cara yang betul pakai baju ni. Sepatutnya baju tu kena tuck in dalam seluar tapi kiteorang tak tau. 


Dusun Bambu
Masa ni tengah happy2 lagi tunggu giliran nak naik water coaster

Dalam otak aku pulak, aku ingatkan macam main glass slide dekat i-City yang santai-santai aje dan air tak masuk pelampung pun. TAPIIIII... sangkaan aku meleset. Tak sama langsung! Yang ni dah la laju, lepas tu pelampungnya melambung-lambung ke kiri dan kanan slide ni. Terjerit-jerit aku dan Sislin dibuatnya! 🤣 Aku tak sempat nak tekan record video button gara-gara hampir-hampir nak terpelanting keluar dari pelampung hahaha! Sampai kat bawah, basah seluar kiteorang sebab air masuk dalam pelampung masa tengah melambung-lambung tu. Terpaksa la shopping seluar baru kat kedai souvenir! 😂


Dusun Bambu
Gambar kiri: Muka rilek dan happy je sebelum meluncur ke bawah. Gambar kanan: Muka tengah menjerit ketakutan! 😂

Dusun Bambu
End up menyopping seluar baru kat sini. Nasib baik harga berpatutan dan design pun lawa-lawa!

Makan Malam di Bebek Waluya

Sebelum pulang ke hotel, kiteorang singgah makan malam di Bebek Waluya. Of course la menu utamanya ialah itik (bebek), tapi kalau tak makan itik boleh pilih ayam. Aku pilih paket (set) bebek goreng sekali dengan nasi dan teh ais. Daging itiknya lembut dan juicy sangat! Gu pulak dengan jukut goreng (bayam air yang digoreng crispy) dan sambalnya sekali (boleh pilih sambal merah, sambal ijo atau sambal tomat), berselera betul dibuatnya.


Bebek Waluya
Makan malam yang betul-betul membuka selera selepas membuat pelbagai aktiviti di siang hari

Shopping baju di Heritage Factory Outlet Bandung

Pak Anton menghantar kami pulang ke hotel sebab dah tamat tempoh perkhidmatannya. Tapi kiteorang deal dengan dia untuk bawak kiteorang jalan-jalan lagi esoknya sebelum menghantar kiteorang ke stesen Whoosh. Lepas dah letak barang-barang di hotel, kiteorang naik Grab pulak ke Heritage. Dekat sini harga-harga baju dan seluar murah-murah tau. Aku beli dua helai seluar untuk kakak dan adik aku, sepasang seluar jeans (ala tak ingat pulak brand apa) dan sehelai t-shirt Ralph Lauren untuk Suami Terchenta. Aku rasa total semuanya tak sampai RM200. Berbaloi sangat.


Heritage Factory Outlet
Shopping baju lagi!

Mengopi di Taeun Coffee & Works

Dari Heritage, kiteorang jalan kaki balik ke hotel. Dalam perjalanan balik, kiteorang sempat singgah mengopi di Taeun Coffee & Works.


Taeun Coffee & Works
Singgah mengopi sebelum pulang ke hotel

Dengan tu berakhirlah aktiviti hari kedua kami di Bandung. Aktivitinya padat tapi menyeronokkan. Dekat bilik pulak, kiteorang buat aktiviti bertukar-tukar hadiah. 


gift exchange
Tukar-tukar hadiah for fun je

Lepas tu masing-masing pening kepala nak mengemas beg sebab barang-barang dah beranak-pinak! 😅 Terpaksa la esoknya aku beli beg kanvas besar untuk simpan barang-barang yang tak muat dalam beg (sebab esoknya nak singgah ke Kartika Sari beli brownies dan bagelan).

Last but not least, gambar-gambar posing beramai-ramai dan juga gambar OOTD aku 🤭. Next entry, jalan-jalan di pasar lama, beli brownies dan bagelan Kartika Sari, makan tengahari di Kampung Daun dan sempat singgah urut badan di ZEN Family Reflexology sebelum balik ke Jakarta menaiki Whoosh.


Bandung
Posing2 di Floating Market dan Mystical Forest @ Dusun Bambu

Bandung
Dari kanan ke kiri: Menaiki Sampan Sangkuriang, menikmati kecantikan bunga di Floating Market dan wall air terjun di Dusun Bambu

Post a Comment

26 Comments

  1. i can imagine how fun the trip was...best sgt!!! bebek tu i mcm terliur la plak...cute jer nama bebek hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila travel dgn geng masuk air macam ni la kiteorg, MZ hehe. Teringat masa darjah satu dulu cikgu muzik ajar lagu 'potong bebek angsa' sambil main gitar 🤭

      Delete
  2. Hahaa hoyeeee dah nak habiss... chaiyok ayoh kita setelkan trip ni cepst²..byk lagi trip akan menyusul hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tido pukul 2 tau siapkan assigment ni hahaha

      Delete
  3. floating market tu ada pegi juga dlu...eh ada rainbow slide skarang..dlu tkde..sronok naik perahu tu...byk aktiviti btul tu...mmg fun la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg fun, lagi2 dgn geng travel yg masuk air macam dieorg ni. Betul2 healing trip kali ni hehe

      Delete
  4. kalau buat aktiviti air ni tak sahla tak basah kan.. walaupun dah pakai baju hujan bagai xD
    nasib baik ada tempat boleh beli seluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dah kira extreme basah sampai kena ganti seluar 😂 main glass slide kat i-City dari awal sampai akhir herlokk je kering 😝

      Delete
  5. Tergelak saya ketika lihat ekspresi Mbak Fanny. Nampak panik sekali rupanya. Padahal dia biasanya paling suka wahana ekstrim macam ni, hahahaha.

    Water coaster tu percuma pakai jas hujan ya. Sebab, pada akhirnya tetap basah juga. ihihi

    Liat post mbak Carneyz yang kesekian, rasanya kok makin pengen ke Bandung ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kerana petugas di sana tak bilang bajunya harus dimasukkan ke dalam seluar jas hujan. Itu yg bikin basah 😅

      Delete
  6. Seronok bangat aktiviti uolls ni. Semua pun sporting ikut aktiviti dan berposing.

    Ye betul, tauhu Indonesia sedap sangatttt. Rasa fresh, takde bau kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Geng travel yg ni mmg sejenis gila2 dan kelakar sis 🤣 tu yg buat trip ni memorable 😄

      Teringin nak bawa balik tahu Lembang yg belum digoreng lagi tapi takut cepat rosak.

      Delete
  7. Menanti episod yang selanjutnya.

    ReplyDelete
  8. wahh bestnyer gi bandung jakarta ghitewww., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat! Lagi2 pergi dengan geng gegurls ni 😜

      Delete
  9. Seronok sangat..pergi dengan family vibes dia lain..pergi dengan kawan² vibes dia lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jujur, pergi dgn kawan2 lebih meriah 🤣 lagi2 kalau geng2 travel tu jenis sekepala dan masuk air macam dieorg ni 🤪

      Delete
  10. Bestnya ..alhamdulillah..syukur kesempatan traveling meriahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki semuanya dari Allah 😊

      Delete
  11. Tak sangka kita kena scam dengan baju hujan kannn hahahahaha
    Tapi inilah hari yang penuh gembira buat kita semua kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya hari ni paling kita kuat gelak kan hahaha! Tak habis2 gelak. Tu yg best bila travel dgn geng masuk air 🤣

      Delete
  12. Potong bebek angsa, masak dalam kuali, mama minta dansa, dansa dua kali, sorong ke kanan, sorong ke kiri....lalalalalalala....haha ingat lagi la lagu ni Carneyz. Bab shopping ni kalau travel dengan family kurang tapi lebih kepada sight seeing. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, kalau travel dgn family more to sightseeing. Tapi kalau travel dgn kawan2, awassss... ada je yg menghasut beli itu ini! 😂

      Delete
  13. Saya memang tak akan bisa menyamai speed kalian menulis 🤣🤣🤣🤣. Tapi dah diputuskan, kalau kemarin2 saya update tiap Selasa, skr ini sebab banyak yg tertangguh, jadi posting 2x seminggu, Selasa dan Jumat 😂😂.

    Memang seruuuu lah kalau ingat bandung 😄. Apalagi ada banyaaak yg baru di sana. Krn kalian saya jadi bisa visit tempat2 kayak floating market dan dusun bambu. Krn first time juga kesana 🤣.

    JD teringiiiin ajak anak2 saya ke rainbow slide.

    Tahu susu Lembang itu memang bedaaa. Even di JKT aja ga ada tahu yg selembut itu. Makanya tiap saya ke bandung naik mobil sendiri, biasanya saya selalu beli utk stok di rumah .

    Water coaster saya tak akan menolak naik lagi 😄. Memang sukaa 🤣. Macam tak cukup 2 malam di bandung ini yaa 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua sebab kak Retna dan Sislin menekan2 suruh update cepat2 hahaha! Saya 2 hari berturut2 berjaga malam kerana mau menyiapkan entry2 travel sebelum ke Johor 😅 itu yang masa travel ke Johor langsung jadi mengantuk sangat2 dalam perjalanann hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .