Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 4)

Sambungan dari:

Bye-bye Jakarta, hello Bandung!

Dari Jakarta, perjalanan kami diteruskan ke Bandung. Memandangkan masing-masing belum pernah lagi naik panoramic train, jadi decide naik panoramic train dari Jakarta ke Bandung dan dari Bandung kelak, kiteorang akan naik Whoosh untuk pulang ke Jakarta.

Kalau naik panoramic train ni, korang kena berada di stesen Gambir sejam awal dari waktu berlepas. Sebenarnya untuk penumpang yang dah tempah seat di koc panoramic, korang boleh je tunggu dekat business lounge dekat bahagian atas tapi kiteorang tak tau pasal ni. Bila nak masuk ke balai berlepas baru sedar yang sebenarnya ada tempat yang lebih selesa untuk menunggu 😅. Jangan lupa pergi ke kiosk untuk print boarding pass dan sediakan passport siap-siap untuk pemeriksaan sebelum masuk.


panoramic train Jakarta
Sampai je kat stesen Gambir korang kena print dulu boarding pass siap-siap. Kena menapak sikit nak ke koc panoramic sebab koc ni terletak paling depan. Kalau tak sempat makan pagi tu jangan risau sebab ada pek hidangan ringan disediakan - dalam tu ada popcorn, roti, biskut bagelen dan minuman.

Berbaloi la kiteorang beli tiket panoramic train ni sebab koc nya sangat cantik dan seat pun selesa. Sepanjang perjalanan boleh layan view sawah padi, rumah-rumah kampung dan hutan.


Panoramic train Jakarta
Layan view yang memukau dari dalam tren

panoramic train Jakarta
Suasana dalam panoramic train

Cuma satu je aku perasan dalam train ni agak panas mungkin sebab bumbung koc ni bertingkap kaca jadi make sure korang pakai baju yang selesa. Pastu toilet tren ni automatik flush cuma lambat. Tunggu sampai toilet tu flush baru korang keluar tau 🤭.


Bandung station
Hello, Bandung!

Destinasi pertama kami semestinyalah ke hotel dulu untuk check-in dan letak barang-barang di hotel. Sepanjang di sana, kiteorang menetap di Hotel Grand Tebu. Lokasinya sangat strategik dan berhampiran dengan banyak tempat makan yang menarik. Kiteorang ambik bilik loft family yang boleh muat 4 orang - aku dan Fanny tidur di bahagian atas manakala kak Ret dan Sislin pulak dekat bahagian bawah. Biliknya agak luas tapi korang kena pandai-pandai la menggunakan segala ruang yang ada untuk letak beg 😆.


Bandung
Hotel Grand Tebu

family loft
Bilik loft family sesuai untuk 4 orang dewasa atau keluarga

Memandangkan masih awal lagi dan bilik pun belum ready, kiteorang terus ambik Grab menuju ke Sate Abah untuk bersarapan pagi. Dari luar pekarangan restoran ni lagi dah semerbak bau sate yang dipanggang atas bara arang. Apa lagi, makin laju langkah kami masuk ke restoran ni.


Sate Abah
Sate Abah

Dekat sini konsepnya layan diri untuk aneka gorengan dan kuah/sos dan jugak pesan dari menu.


Sate Abah
Ada beberapa makanan yang mirip di Malaysia dan ada jugak yang asli Indonesia dan first time aku jumpa

Kiteorang pesan sate ayam, kambing dan Fanny rekemen sejenis sate yang unik di Indonesia dan takkan jumpa di Malaysia iaitu sate jando 🤭. Masing-masing curious apa tu sate jando? Jando tau, bukan janda 😅 🤣. Sislin pesan sup dengkul (gearbox) yang datang sekali dengan nasi. Sementara menunggu pesanan kiteorang ambik beberapa cemilan iaitu pisang goreng, cireng (snek popular di sana diperbuat dari tepung ubi kayu, singkatan dari perkatan aci+goreng) dan bakwan sayur. 


Sate Abah
Sarapan pagi kami

Sate Abah
Sate jando tu apa?

Berbalik kepada sate jando. Sato jando ni sebenarnya sate yang dibuat dari bahagian payudara lembu 😅. Rasanya macam bahagian tendon tapi lembut dan kenyal. Orang yang tak biasa makan bahagian lembu ni akan rasa kembang tekak la hahaha! Tak sanggup nak menelan bila bayangkan sendiri punya! 🤣 Bagi aku sedap je cuma terlebih masin so aku cuma makan secucuk dua je selebihnya Fanny habiskan.

Sate Abah ni sedap, lembut dan ada rasa smoky dari kayu arang. Rasanya dah cukup lengkap jadi makan camtu je pun dah sedap tak perlu nak cicah dengan kuah sate.


Sate Abah
Masing-masing buat muka terkejut bila makan sate jando 🤣

Lepas kenyang, aktiviti seterusnya ialah mencari minyak wangi. Kawan Kak Ret pesan minyak wangi dari WIN Perfumery, jadi moh ler ke sana. Dekat sini korang boleh pilih nak perfume apa dari jenama terkenal dan staff kedai (atau perfumer) akan buatkan perfume tu di situ jugak mengikut kandungan ekstrak minyak wangi dan alkohol.


Win Perfumery
Perfumer tengah bancuh minyak wangi. Boleh pilih nak EDP atau Extrait (lebih tahan lama)

Win Perfumery
Dieorang ni masing-masing beli minyak wangi kat sini kecuali aku sebab aku dah aim nak beli minyak wangi jenama HMNS

Dari WIN Perfumery, kiteorang ke destinasi seterusnya iaitu 23 Paskal Mall. Tujuan utama ke sini ialah nak cari booth minyak wangi HMNS. Aku beli 2 botol minyak wangi 100ml setiap satu, satu botol atomizer dan dapat satu kotak mini sampel percuma dengan 5 jenis wangian berbeza dalam botol 10ml, semuanya dengan harga tak sampai RM200. Memang berbaloi sangat 😄. By the way, HMNS ni minyak wangi yang Fanny pernah hadiahkan dekat aku dan aku terus terjatuh cinta dengan baunya 😍. Bukan aku je, kakak aku pun sama siap pesan dengan member dia belikan minyak wangi yang sama. Ni semua salah Fanny hahaha!


23 Paskal Mall
Yeayyy dah dapat minyak wangi favourite aku!

Jalan-jalan dalam mall ni, terjumpa pulak booth perfume jenama alchemist jadi Kak Ret pun singgah di beli minyak wangi yang kawannya pesan. Sislin pulak bila nampak Chikuro nak beli Chikuro tapi terpaksa batalkan niat tu sebab kena tunggu sejam. Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, dieorang pergi solat jamak di surau dalam mall ni sementara aku tunggu di luar.

Destinasi seterusnya ialah ke Saung Angklung Udjo. Korang wajib pergi ke sini kalau ke Bandung tau, sebab tempat ni diiktiraf sebagai tarikan kebudayaan warisan UNESCO. Tempat ni ialah rumah seni yang mempersembahkan alunan muzik angklung dan persembahan kebudayaan dari seluruh Indonesia. Bagi aku, ni la acara kemuncak untuk hari ni sebab aku enjoy sangat tengok persembahan dari kanak-kanak cilik.

Sepatutnya kiteorang sampai kat sini pukul 3.30 petang tapi terlewat setengah jam. Akibatnya kiteorang terlepas welcome drink dan persembahan wayang golek. Masa kiteorang sampai, persembahan helaran (tradisi mengarak anak lelaki yang akan bersunat) pun dah di hujung-hujung persembahan. 


Saung Angklong Udjo
Uniknya tiket masuk ke sini ialah rantai dengan replika angklung instead of tiket kertas

Saung Angklong Udjo
Gambar besar - persembahan helaran. Gambar kecik - tari topeng

Untuk penutup persembahan, setiap pengunjung diberi sebuah angklung dan diajar cara menggoyang angklung untuk menghasilkan muzik. Setiap orang dapat angklung berbeza yang menghasilkan note yang berbeza. Kiteorang ikut je arahan pengacara majlis untuk bermain lagu 'Que Sera, Sera' dan hasilnya not bad! Akhir sekali, semua pengunjung dijemput menari di gelanggang persembahan tapi aku tak join la sebab aku tengah sakit perut sebab dotdotdot hari kedua.


Saung Angklong Udjo
Kenangan bermain angklung di Saung Angklung Udjo yang tak boleh dilupakan!

Selesai persembahan, kiteorang naik Grab menuju ke restoran Iga Galabag untuk makan malam. Restoran ni terkenal dengan daging rusuk panggang yang bersaiz 'jumbo'. Aku perasan dekat Indonesia, dieorang suka gabungkan beberapa perkataan jadi satu perkataan contohnya 'Galabag' dan 'cireng'.  Galabag ni sebenarnya singkatan kepada 'Gajah Lembang Bagja' yang merujuk kepada saiz tulang rusuk yang besar macam gajah! 😅 Kreatif jugak dieorang ni kan?


Iga Galabag
Masing-masing dah kelaparan sebab tak makan tengahari

Iga Galabag
Sementara tunggu hidangan utama iaitu iga bakar sampai, kiteorang menjamah otak-otak versi Bandung (rasanya mirip keropok lekor sebab ada rasa tepung) dan nasi goreng (biasa-biasa je rasanya).

Iga Galabag
Ni la tulang rusuk lembu panggang yang dipesan. Besar giler kan, makan 4 orang memang lebih dari cukup!

Jujurnya aku rasa makanan kat sini biasa-biasa je. Rusuk panggang tu sedap tapi tak jauh beza dengan ribs dekat Chili's. Harga je kot yang jauh berbeza hihi.


Iga Galabag
Alhamdulillah licin tulang rusuk tu kiteorang kerjakan! 😆

Sebelum pulang ke hotel, kiteorang singgah di Paddy's. Tujuan ke sini ialah membeli souvenir untuk acara gift exchange. Ni kalau anak-anak aku masuk ke sini, suka la dieorang sebab ada macam-macam cenderahati macam keychain, casing hp, sticker dan lain-lain. Aku ni bukan manusia yang kreatif nak buat barang-barang personalised jadinya belek-belek gitu je la 🤭.


souvenir store
Paddy

Dengan tu, berakhir aktiviti hari pertama di Bandung. Hari kedua menyusul dengan macam-macam aktiviti yang lebih menarik. Stay tuned!

Post a Comment

30 Comments

  1. panoramic train tu cantik la tp panas plak ye tk rasa ekon....sate jando 1st time dgr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak, jgn pakai baju tebal sbb nnt panas pulak dalam train ni. Nasib baik bawak kipas kecik hehe. Kiteorg pun first time dgr sate jando 🤭 terpana sekejap bila tau jando tu bahagian payudara lembu 😂

      Delete
  2. teringin la nak naik panaromic train tu!! kira tourist attraction lah tu kan..sbb tak de la benda tu kat msia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye MZ. Rasanya yg naik satu koc kiteorg hari tu majoriti org Malaysia 😆 Org local naik Whoosh je sbb lagi cepat 35 minit je dah sampai.

      Delete
  3. puas hati naik panaromic train tu.. mesti laku keras tiket dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat! Nasib baik Fanny tolong belikan tiket kiteorg hari tu hehe.

      Delete
  4. Ni..nak tanya..camno boleh kurus ni...you look stunning...

    ReplyDelete
    Replies
    1. June 15, 2026 at 1:17 PM
      Kak Fzy tersilap tengok saya dgn Fanny kot ye? 😜 Fanny cantik lagi la macam retis hihi. Saya sama je Kak Fzy 😅

      Delete
  5. Sate jando tu kan haha kalau kat msia ada torpedo, kat sana ado jando haha ngam la tu kan 🤣🤣

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Japp tgh pilih2 gambar lagi 🤣 mengarang ayatnya belum lagi hihi

      Delete
  7. panoramic train tu kerusi dia boleh pusing2 jugak kan. teringin nak naik!
    alaa akak ckp pasal alchemist, saya langsung lupa nk cari perfume kat sana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sampai kat satu tempat ni akan ada announcement utk pusingkan kerusi dan menikmati pemandangan di luar tingkap 😄

      Hah. Terpaksa la Mazni pergi Indonesia lagi nak beli minyak wangi alchemist hehe

      Delete
  8. Tak sempat nak try panoramic train sebab limited time. Apartment kami dekat dengan 23 Paskal Mall tu. Saung Angklung Udjo tu menarik next time lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa naik panoramic train tu sekali cukup la. Kalau ke Bandung lagi saya nak naik Whoosh je sebab lagi jimat masa cepat sampai. Saung Angklung Udjo tu best sangat kak 👍🏻 Insha Allah nak repeat kalau pergi ke Bandung dengan anak2 😄

      Delete
  9. Menarik betul panoramic train tu...
    Sate jando tu macam tak reti nak makan kot 🤭
    Fanny dah boleh jadi duta minyak wangi tu dah hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik sangat! 👍🏻 tapi naik sekali cukup lah. 3 jam naik panoramic train berbanding 30 minit naik Whoosh 😜

      Kiteorg pun hari tu makan buat raso2. Sislin langsung tak boleh nak telan 🤣

      Delete
  10. Tiket angklung tu boleh bawah balik macam tiket biasa lah? Bestnya!

    Train panoramic tu good idea lah... macam healing gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Uncle, bawak balik sebagai souvenir 😄

      Delete
  11. Happyy tgk
    Semuanya best dan menarikkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah best sebab pergi dengan geng sama kepala 😄

      Delete
  12. bestnya train boleh pusing seat tu. dapat jelas tengok view.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tapi cukup la sekali je. Lain kali naik Whoosh je sebab lagi jimat masa hihi

      Delete
  13. Saya lupaaaa sangat utk bawa uncle gedek ke angklung Udjo. Yakin uncle sukaaaa. Aiiiih, semoga uncle bisa ke bandung lagi lah 😄.

    Itu win Perfumery memang godaan. Saya dan kak Lin kan dari awal memang tak nak beli. Makanya kami duduk terpisah. Ntah kenapa bisa mendekat pula, trus beli langsung 🤣🤣🤣. Berhantu pasti tokonya 😂.

    Di antara semua kuliner yg kita coba, saya kurang suka iga galabag. Sausnya tak mantap . Trus nasi goreng tuh, memang kering sangat 🤣🤣. Sekali je lah coba 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi minyak wangi di WIN Perfumery tu mmg kayak yg asli kan. Yang kamu beli itu memang mirip sangat Davidoff Cool Water saya pakai 😄 lain kali minyak wangi Davidoff saya habis boleh la saya beli yang di WIN aja lebih jimattt 👍🏻

      Delete
  14. jadi penasaran pulak HMNS tu wanginya seperti apa... (eh tiba2 ammi pun cakap kayak org Indo) hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau bunga ros yang lembut Ammi. Kalau Ammi hidu bunga ros baunya macam tu 😄

      Delete
  15. Best betul naik panoramic train tu..
    Now di blog Sis dah hampir 5k view posting tu, maybe ramai sedang cari agaknya..
    Thanks juga Karni kasi minyak wangi tu.. sayang nak pakai sebab wanginya hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan tapi tu la sekali cukup la hehe.

      Wow, samapi dekat 5k view ye. Saya pun tak sebanyak tu.

      Sama2 Sislin. Untung dapat FOC sebab beli 2 botol minyak wangi HMNS hihi

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .