Salam Isnin kawan-kawan,
I'm back!
Ok ni entry last trip gegurls ke Jakarta-Bandung, sis jwanjee 🤭. Lepas ni kita story-mory trip ke JB pulak hehe.
Sambungan dari sini:
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 1)
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 2)
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 3)
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 4)
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 5)
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 6)
- Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 7)
Sampai je di Jakarta, kiteorang ambik Grab ke rumah Fanny di mana supirnya dah menunggu. Fanny drop off barang-barang dia di rumah dulu. Selepas tu kiteorang gerak ke Mall of Indonesia (MOI) sebab nak cari Chikuro Sislin tu 😅. Katanya viral di JB tapi masa kiteorang di 23 Paskal Mall terpaksa menunggu sejam jadi terpaksa batalkan hasrat masa tu. Jadi sebelum balik, kita pergi la cari di MOI pulak. Alhamdulillah, ternyata rezeki Sislin dapat jugak beli Chikuro akhirnya:
![]() |
| Curious jugak nak tau kenapa viral. Bagi aku, rasanya macam corndog x ayam gunting, dengan inti cheese di tengah. Mungkin sebab makan yang dah sejuk jadi cepat muak. |
Dah dapat Chikuro yang diidam-idamkan, kiteorang singgah di Remboelan untuk makan malam sebelum bertolak ke airport. Siapa je yang tak tau Remboelan ni kan, restoran yang famous di kalangan pelancong Malaysia.
![]() |
| Kali terakhir untuk menikmati makanan Indonesia sebelum pulang ke Malaysia |
Tapi disebabkan perut tak berapa lapar sangat, kiteorang order yang ringan-ringan dan sharing aje.
![]() |
| Sislin order bakso |
![]() |
| Aku order tahu krispi bumbu bawang garing karang setra. Sedap jugak la bila makan dengan bumbu bawang garing atas tu |
![]() |
| Kak Ret (ke Fanny?) order nasi bakar tongkol asap (ke ayam asap?) Lupa pulak hehe. Yang ni sedap sangat! Semerbak aroma nasi yang dibakar dalam daun pisang ni. |
![]() |
| Alhamdulillah, Fanny belanja makan malam. Terima kasih Fanny 😘 |
Lepas makan malam, supir Fanny hantar kiteorang ke Anara Airport Hotel. Kak Ret bermurah hati sponsor bilik untuk kiteorang berehat dan menyegarkan badan sebelum flight esok paginya. Semoga murah rezeki Kak Ret 🤲🏻. Airport hotel ni memang betul-betul dekat dengan kaunter check-in jadi takde la rushing sangat esoknya. Bilik pun sangat-sangat selesa. Yang penting boleh mandi, iron baju untuk esok pagi, re-pack luggage dan melelapkan mata 2-3 jam sebelum masa check-in.
![]() |
| Anara Airport Hotel |
![]() |
| Biliknya boleh tahan besar jugak. Kak Ret request extra bed sebab sharing bilik bertiga. |
![]() |
| Bilik air pun luas dan selesa |
Esoknya, seawal 3 pagi kiteorang dah bangun dan bersiap-siap untuk check out dari hotel. Terus ke kaunter check-in untuk check-in dan drop off luggage. Selesai drop off luggage, kiteorang masuk ke balai berlepas. Try guna autogate tapi tak lepas pulak. Jadi kiteorang pun beratur di kaunter imigresen je.
![]() |
| Dalam balai berlepas |
Memandangkan masih awal lagi dan masing-masing masih mengantuk, kiteorang singgah di kafe Djournal Gate sementara menunggu boarding. Aku pesan kopi sebab mata rasa mengantuk sangat. Nampak pistachio croissant, jadi aku pun beli buat alas perut sebab dalam flight plan nak sambung tidur.
![]() |
| Lepak di kafe minum kopi sementara tunggu masa boarding |
Masa tengah lepak kat sini, tiba-tiba dapat Whatsapp dari staff airport bagitau dalam beg Sislin detect ada power bank. Sislin baru teringat power bank rosak yang dia simpan dalam luggage tu terlupa nak dikeluarkan pagi tadi. Dieorang suruh Sislin tunggu di gate 10 sebab nak bawak Sislin ke tempat luggage dan keluarkan power bank tu. Bagus la staff airport Jakarta, dieorang langsung tak marah bila berlaku insiden ni. Mujurlah gate 10 tu tak jauh dari tempat kiteorang lepak.
Dah dekat-dekat nak boarding barulah kiteorang menapak ke gate yang terletak nun jauh di hujung terminal 😅. Flight pagi tu penuh dengan orang Indonesia yang nak bercuti di Malaysia. Haha. Acilah kan, kita pergi jalan-jalan negara dieorang, dieorang pun jalan-jalan ke Malaysia.
Dengan tu berakhirlah siri trip gegurls ke Jakarta dan Bandung 2026. Nak repeat lagi ke? Insha Allah kalau ada rezeki 😄. Tapi next trip nak JJCM dan shopping je sebab rasa macam banyak lagi tempat makan menarik yang kiteorang tak sempat nak pergi (contohnya Blok M, Thamrin City dan Tanah Abang).
Korang yang dah pernah ke Jakarta / Bandung, kat mana tempat yang korang rekemen untuk JJCM / shopping? Cer kongsi di ruang komen ya.











30 Comments
Kannn puashati laa dah dapat chikuro tu yang asli dr sana hahahaha
ReplyDeleteDah boleh ready untuk trip seterusnya oakyyy hehehehe
Kena menabung lagi ni hihi. Celebrate birthday Sislin kat Batam la takyah naik flight 😌
DeleteX pernah pergi lagi Indonesia...Doakan saya murah rezeki dapat jalan2 sana...Kak Carneyz bawa jln2 dlm blog pun rasa excited...
ReplyDeleteSemoga dimurahkan rezeki dan diberikan peluang utk Sueann jalan2 di Indonesia 🤲🏻
Deletebestnya dapat berjimba-jimba dengan blogger buddies
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada rezeki berjimba2 lagi tahun ni 🤭
DeleteHahaha lupa plak insiden power bank tu😅😅
ReplyDeleteCamane boleh lupa tu? Hihi
Deletearitu tk kesempatan try Chikuro..skarang kt kl tgk ramai juga dh start jual ..nasibaik remboelan sempat juga singgah
ReplyDeleteBagi saya biasa je rasanya kak. Macam corndog + ayam gunting je. Suka nasi bakar dekat Remboelan tu.
Deletesaya dapat merasa chikuro masa gi jogja baru ni. puashati beli saiz besar terus! rasa nak fly gi jakarta sebab nak makan lagii.
ReplyDeletethanks sharing your journey kak. seronok baca girls trip ke jakarta-bandung ni!
Kiteorang berangan2 nak gi jogja pulak lepas ni hihi
Deletetd masa dating dgn fanny, i ckp dgn dia, i plan nak gi cuti2 jakarta tahun dpn kalau ada rezeki..thn ni tak sempat dah sbb my ariff bz dgn spm..hari ni pun 1st day trial spm. anyway, anara hotel tu nmpk sgt nice n cozy la!!
ReplyDeleteSila pergi MZ! Memang berbaloi. Tahun ni beruntung dapat pergi time currency murah. Next year maybe my turn pulak grounded sbb my first daugther will sit for SPM.
DeleteBesar betul airport sana kan? Letih la jugak menapak!
ReplyDeleteItulah, kesian kak Retna sbb dia sakit dekat tapak kaki pulak pagi tu. Nak naik buggy tapi tak tau kat mana nak tunggu. Dah la gate kat hujung terminal!
DeleteAlhamdulillah.. Ada juga rezeki nak merasa makanan viral tu..
ReplyDeleteSempat merehatkan diri barang sejam dua pun dah boleh menyegarkan badan kan sis..
Alhamdulillah tumpang rezeki Kak Ret dapat la mandi dan tidur sejam dua sebelum check-in flight pagi tu
DeleteMasa kecik2 dulu Blok M dan Tanah Abang tu selalu la mama dan papa pergi. Dah wujud dah time tu.
ReplyDeleteTrip kali ni tak sempat nak pergi tempat2 viral ni. Semoga ada rezeki kembali jalan2 ke Jakarta 😄
DeleteBelum pernah sampai Indon lagi 😅
ReplyDeleteKena kumpul duit pergi Cie. Best sangat!
DeletePernah pergi Jakarta Bandung tapi that was more than 14 years ago...ntahlah bila lagi nak sampai
ReplyDeleteInsha Allah ada rezeki boleh jejak lagi kaki ke sana. Mesti dah berubah banyak dari masa Ammi pergi dulu 😄
DeleteSemoga dapat ke Indonesia..aamiin..
ReplyDeleteSaya aminkan doa Cikgu 🤲🏻
DeleteSemoga ada rezeki ke Indonesia. Jika tidak hari ini, mungkin esok. Jika tidak esok mungkin bulan depan, tahun depan atau tahun - tahun ke hadapan. ha ha ha
ReplyDeleteInsha Allah. Kumpul2 duit boleh la pergi. Sementara currency dieorg masih murah ni Shai hehe
DeleteYg penting dah rasa si chikuro 😄. Bisa jadi Krn dah sejuk, jadi agak muak sikit. Cuma sayapun cukup sekali lah merasa itu. 😅.
ReplyDeleteMemang cantiiiik Anara. Saya tak mungkin lah menginap sana, JD memang bisa lihat dr tulisan kalian dah cukup 😄👍. Lokasi dia super duper strategies sangat. Msh satu kawasan yaa.
Baru tahuuu insiden power bank 😅😅. Ya Allah nasib baik ketauan.
Memang jauuuuuh sangat terminal di T3 itu 🤣🤣. Siap2 kaki kalau dpt terminal paliiiing ujung hahahah
Iya, barangkali lebih sedap kalau dimakan panas2. Tambah lagi udah kenyang selepas makan di Remboelan jadi bila makan Chikuro tu takde feeling sangat hehe.
DeleteLain kali kalau ambik flight awal pagi mmg saya akan tempah bilik di Anara ni. Sangat convenient sebab dekat dengan terminal dan kaunter daftar masuk 😍
Ternyata memang security airport tu benar2 check dalam koper ada barang-barang terlarang / merbahaya bukan setakat ditanya begitu aja. Untung Gate 10 tu tak jauh dari tempat kami mengopi.
Aduhhh memang jauh sangat nak ke gate perlepasan TransNusa pagi tu. Kesian dengan Kak Retna sakit kaki masa tu tapi nak tumpang buggy asyik full je.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .