Selain dari tudung, aku turut menerima beberapa hadiah lain dari kawan-kawan bloggers 😍:
1. Hadiah Telekung Siti Khadijah pemberian Kak Retna
Alhamdulillah, ni first time aku memiliki telekung Siti Khadijah. Sedap kainnya, selesa dipakai semasa solat dan unlike Telekungtea yang bukaan mukanya tak stretchable, yang ni selesa je pakai. Amaceyyy Kak Ret!
![]() |
| Hadiah #1: Telekung Siti Khadijah dari Kak Retna ♥️ |
2. Koleksi Hadiah Purple dari Sislin
Oleh sebab kami berdua peminat purple, jadi memang happy la bila dapat hadiah rata-ratanya warna purple dalam beg goodies dari Sislin ni hihi. Di dalamnya ada lilin wangi dari BBW, casing hand sanitiser (aku gantung dekat handbag), tudung purple (tak sempat pakai lagi!), body mist dan shower gel bubblegum dari Elianto. TQ Sislin!
![]() |
| Hadiah #2: Purple gifts dari Sislin ♥️ |
3. ZUS Birthday Voucher dari Blogger Rahsia & BFF Eva
Terharunya dapat birthday voucher dari seorang blogger ni on my birthday 😍. Alhamdulillah dah selamat redeem birthday cake, pasta dan minuman ZUS minggu lepas masa keluar dengan Khadeeja. Nak mention nama, tapi dia nak keep it secret 🤐. Untuk menghormati permintaannya, aku tak letak nama dia kat sini tapi aku masukkan jugak dalam blog sebagai kenangan sebab blog ni ialah my journal 😊. TQ secret blogger, for the lovely treat! 😘
![]() |
| Hadiah #3: ZUS Birthday Treat from secret blogger ♥️ |
Selain dari kawan blogger ni, my BFF dekat UTM pun bagi birthday voucher ZUS jugak 🥰. TQ Eva 🫶🏻.
4. Pewangi Kereta La Bonte Paris dan Seluar Jeans dari Fanny
Sebenarnya dua-dua benda ni ialah barang yang aku pesan dari Fanny untuk beli kat sana sebab cuma dijual online di Indonesia. Niat aku nak bayarkan harga barang-barang ni bila sampai sini tapi rupa-rupanya Fanny ada niat lain - dia bagi sebagai birthday gift pulak! Ya Allah, tak cukup lagi ke hadiah buah tangan yang kamu kasi tu Fanny? 🤣 Macam tu la bila dapat kawan pemurah giler macam Fanny ni. Apapun, TQVM Fanny, sebab dua-dua ni aku memang suka jadi bertambah suka bila diberi sebagai hadiah birthday 😘. So sekarang ni kereta aku wangiiiiii lalalalala~ (baunya macam wangian English Pear & Freesia by Joe Malone). Seluar jeans tu in my next entry tau.
![]() |
| Pewangi kereta La Bonte Paris dari Fanny ♥️ (Kredit foto: La Bonte Paris) |
Alhamdulillah, semoga rezeki semua pemberi hadiah ni dilipat-gandakan oleh Allah SWT 🤲🏻. Ameen YRA.




0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .