Post Penghargaan #1: Hadiah Tudung

Salam Selasa kawan-kawan,

Hari ni hari terakhir di bulan Jun. Alhamdulillah bulan ni agak meriah dimulai dengan percutian ke Indonesia dengan geng KAMIE (Sislin dan Kak Retna), birthday staycation, jalan-jalan di Johor dengan Fanny, Kak Retna dan Sislin dan terakhir, makan tengahari dengan geng bloggers Fanny, Kak Mulan dan Sis Ezna di Alamanda, Putrajaya.

Dan istimewanya bulan ni aku terima beberapa helai tudung sempena birthday iaitu dari kakak aku, Puan Hazel, Sislin/Abang Sabar dan jugak dari anak sulung. Semuanya cantik dan kena dengan taste aku, alhamdulillah 😍.

Sebagai tanda penghargaan di atas pemberian tudung dari semua yang aku sebutkan tadi, aku nak letak kat sini gambar-gambar aku memakai tudung yang diterima (kecuali tudung dari anak sulung sebab aku terlupa nak ambik gambar. Takpe, kalau ada kesempatan aku pakai tudung tu aku akan update kemudian).


hijab brunei
Tudung #1: Tudung pemberian kakak tercinta ♥️

tudung bawal cotton
Tudung #2: Tudung hadiah Puan Hazel ♥️

Bawal Ariani
Tudung #3: Tudung hadiah Abang Sabar/Sislin

Alhamdulillah. Terima kasih semua 🫶🏻. Semoga Allah membalas kebaikan korang dengan rezeki yang berlipat-kali ganda 🤲🏻.

Nota kaki: Ada jugak terima tudung dari Kak Mulan tapi yang tu aku belum berkesempatan nak pakai lagi.

Post a Comment

3 Comments

  1. Nampak sesuai dengan wajah kulit ko kann.. Abang Sabar pilih tu hihihi..
    Sama-sama juga.. bila pakai teringat kami di Johor yaa

    ReplyDelete
  2. sweet belaka tudung2nya tu!! moga murah rezeki semua yg memberi..aamiin

    ReplyDelete
  3. Disebabkan personaliti Carneyz yang lembut....sesuai semua tudung yg diberikan tapi bila berjumpa dengan Carneyz kat Cili Kampung, sis tertoleh beberapa kali tengok tudung yang Carneyz pakai. Ini benar2 kejadian ya. Hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .