Sambut Tetamu dari Jakarta

Khamis lepas, seperti yang dijanjikan aku ke KLIA menjemput Fanny yang datang bercuti-cuti ke Malaysia. Kali ni dia pergi seorang diri tanpa ditemani Raka. Aku naik MRT ke Putrajaya Sentral sebelum beli tiket KLIA transit untuk ke KLIA. Flight Fanny sepatutnya tiba pukul 2.20 petang tapi terlewat sikit dan beratur di kaunter imigresen pun agak panjang. Sudahnya pukul 2.50 petang baru keluar dan pukul 3 petang baru naik ERL ke KL Sentral.

 

KLIA
Sementara tunggu Fanny, aku duduk di kafe Snacks berhampiran Ketibaan Antarabangsa sambil menikmati segelas teh tarik dan seketul karipap kentang

Aku ingatkan sikit je barang-barang dia bawak sekali tengok... tudiaaaaaa! Satu luggage besar saiz 28' kot, backpack besar yang selalu mat salleh bawak tu dan jugak satu tote bag berisi bika dan barang-barang lain. Nasib baik la tak jadi naik MRT (plan asal nak ajar dia route ke KL menggunakan MRT) dan dah siap-siap beli tiket ERL 😅.

ERL
Luggage besar tu penuh dengan oleh-oleh je tau! 😂

Sampai di KL Sentral sepatutnya Fanny jumpa blogger Suria Amanda (SA) dulu tapi sebab barang-barang dia banyaaakkkkk sangat lepas tu mengenangkan nanti mesti SA akan pass barang-barang lagi jadi sudahnya kiteorang decide check-in dulu di hotel sebelum berpatah balik ke KL Sentral.


Moxy KL
Aku rekemenkan Fanny menetap di Moxy KL sebab senang nak ke tempat-tempat menarik

Setel check-in kiteorang berkejar semula ke KL Sentral sebab SA kata dia ada meeting pukul 5.30 petang. Nasib baik la 2 stop je dari stesen LRT Masjid Jamek. Pukul 5.05 petang, kiteorang tunggu SA depan Burger King. Dan akhirnya berjumpa semula dengan SA 😍. Kali pertama dan terakhir jumpa SA masa dapat jemputan kenduri kahwin SA di Seremban dulu. Masa tu tak sempat berborak dengan SA sebab ye la, dia kan pengantin dan ramai lagi tetamu lain yang nak bergambar dengan SA. Kali ni jumpa SA pun tak sempat berborak lama tapi still happy dapat jumpa SA selepas sekian lama. SA ni peramah orangnya. Gemini memang camtu kot 🤭.


KL Sentral
Kami bertiga Gemini babies!

Terkejut jugak masa jumpa SA tu tiba-tiba dia keluarkan paperbag kecik, katanya hadiah dari Puan Hazel. Bila PH tau SA nak jumpa Fanny dan Fanny ditemani oleh aku, dia belikan hadiah birthday untuk aku jugak. Ya Allah, baiknya kawan-kawan blogger aku 🥰. Semoga Allah murahkan rezeki kawan-kawan blogger yang bersusah-payah bagi hadiah birthday (Puan Hazel, Mama Zharfan, Kak Retna, Sislin dan Fanny - terima kasih ye korang! 🫶🏻) 

Lepas jumpa SA, kiteorang nak balik ke Masjid Jamek semula tapi entah camane aku tersalah laluan pulak! Turun dekat stesen Bangsar ingatkan nak tunggu LRT ke Masjid Jamek tapi 3 kali lalu, 3 kali tu jugak tak dapat naik sebab penuh yakmat. Sudahnya kiteorang naik Grab je ke LRT Masjid Jamek.

Turun kat situ, aku bawak Fanny ke Bangunan Sultan Abdul Samad untuk makan tengahari merangkap makan malam 😅. Sebenarnya aku plan nak makan tengahari kat situ lepas ambik Fanny sebab masa tu aku tak tau Fanny dah janji nak jumpa SA. Masa kiteorang sampai kat Bangunan Sultan Abdul Samad tu aku dah kelaparan giler hahaha! Sempat mesej Kak Retna ajak dia join sekali sebab ofis dia dekat-dekat situ je.

Disebabkan kiteorang lapar giler + bateri h/p pun tinggal nyawa-nyawa ikan, sudahnya lupa nak ambik gambar bertiga makan di Malaya Kaw Kaw 😜. Lepas makan, kiteorang tergesa-gesa ke Masjid Jamek sebab tak solat Asar lagi masa tu. Alhamdulillah sempat solat Asar sebelum masuk waktu Maghrib.


Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
Alhamdulillah, berpeluang bawak Fanny solat di salah satu masjid tertua di KL

Kesian Fanny, hari pertama di KL lagi dah aku bawak marathon ke sana-sini 🤣. Fanny pulak first time naik LRT di KL. Aku ajar dia guna aplikasi Moovit supaya senang lain kali dia nak healing sendirian di KL, ada rujukan laluan LRT, monorel, MRT dan bas RapidKL untuk memudahkan dia bergerak ke mana-mana. Esoknya dia naik LRT seorang diri menuju ke stesen Bandaraya sebab Kak Retna ambik dia kat situ sebelum kiteorang bergerak ke JB. Yang tu aku cerita dalam entry lain ye.

Post a Comment

2 Comments

  1. Samalah kita, pertama dan last jumpanya masa di majlis kawin SA laaa..
    Pergi bag penuh, balik pun kompom penuh juga tuhh bagnya kann hahahaha adeiii..
    Sama-sama Karni, moga ko suka semua hadiah tu yaaa

    ReplyDelete
  2. byk btul brg2 fanny tu...mmg kena check in otel dlu la simpan brg2...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .