Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 2)

Sambungan dari:

Esok paginya, seawal jam 7 lagi kiteorang dah dijemput Fanny dan Raka untuk ke destinasi pertama kami iaitu ke daerah Sukabumi. Tujuan utama ke sini ialah nak ke Situ Gunung sebab di situ ada jambatan gantung terpanjang dalam hutan di Asia Tenggara dan jugak ada tarikan yang dipanggil keranjang Sultan. Keranjang Sultan tu apa? Haa... korang kena baca sampai habis ye hehe.

Jujurnya aku rasa kan, kalau kiteorang tau ni trip extreme, mungkin 3-400x kot fikir nak pergi ke tak 🤣. Tengok kat IG dan TikTok macam best je, tak sangka pulak aktiviti ni memerlukan kiteorang hiking dalam hutan. 

Perjalanan ke Lembah Purba iaitu lokasi Situ Gunung tu memakan masa 3 jam dengan jalanraya agak sesak di beberapa lokasi. Terima kasih Raka dan Fanny sebab sanggup jadi tour guide bawak kiteorang ke sana 😄.


Road trip
Road trip ke Sukabumi!

Lembah Purba
Sampai jugak akhirnya selepas 3 jam memandu dari Jakarta!

Sampai je kat sana, dah kena hiking sebab kiteorang park kat bahagian bawah 😅. Aku ni dah la lama tak hiking, pastu hari pertama dotdotdot pulak 😅. Memang low energy sikit la nak buat aktiviti macam ni tapi kugagahi jugak hehe.

Kiteorang terus ke kaunter tiket untuk beli tiket masuk. Ambik pakej VIP sekali dengan guide, harga dalam Rp150,000. Berbaloi sebab guide tu banyak membantu terutama ambik gambar dan video. Ada sekali tu aku tertinggal beg di tempat makan masa kiteorang berhenti rehat dan dia la yang berlari-lari balik ke tempat makan tu untuk ambik beg aku. Baik betul orangnya 😃.


Lembah Purba
Sebelum mulakan aktiviti kena pakai gelang dulu

Situ Gunung
Pakej VIP ni termasuk naik buggy ke tempat tarikan yang pertama iaitu keranjang Sultan. Kalau tak kena hiking lagi naik ke atas 😅

Dah sampai situ barulah kiteorang tengok keadaan sebenar tarikan keranjang Sultan tu. Mak aiiii... tingginya! 😵 Untuk pengetahuan korang, keranjang Sultan / keranjang langit ni macam naik kereta kabel tapi instead of korang naik kereta, ni korang naik kerusi rotan menyeberang hutan sejauh 523 meter dari ketinggian yang boleh bikin jantung korang copot-copot ye 😂. Bayangkan kaki korang tergantung di udara dan boleh tengok puncak pokok dari atas, begitulah ketinggiannya. Siapa yang gayat memang tak sesuai naik bendalah ni. Kak Retna terkejut sebab dia ingatkan keranjang Sultan ni yang merentas sungai je dan tak berapa tinggi. Redho aje la kan kena naik yang atas langit ni 🤣.


Keranjang Sultan
Muka senyum tapi dalam hati berhuhuhu bila tengok ride yang lebih tinggi dari puncak pokok ni 😅

Keranjang Sultan
Masing-masing seriau sebenarnya masa ni hahaha!

Keranjang Sultan
Nak ambik gambar pun seriau takut hp terjatuh ke bawah maka wassalam dan tamatlah riwayat hp tu. Nasib baik ada guide yang tolong ambik gambar 🫣

Laaa... ingatkan sehala je rupa-rupanya 2 hala ye! Sampai je kat hujung, kena turun dan beratur lagi untuk naik keranjang Sultan tu sekali lagi balik semula ke platform tadi. Maka dengan redho sekali lagi terpaksa naik keranjang Sultan tu 😅,


Keranjang Sultan
Selfie dulu sambil tunggu giliran kiteorang untuk naik keranjang Sultan kali kedua

Actually naik keranjang Sultan tu selamat je cuma aku yang gayat ni rasa ditarik-tarik kaki ni ke bawah setiap kali pandang ke bawah. Jadi aku pandang ke depan je la sepanjang naik bendalah ni. Alhamdulillah selamat sampai ke platform mula-mula naik tadi tanpa sebarang insiden yang mencemaskan.

Next, kiteorang berhenti rehat untuk minum dan makan cemilan (snacking) dulu sebelum meneruskan perjalanan.


Situ Gunung
Ada welcome drink, ubi dan pisang rebus untuk yang ambik pakej VIP. Kiteorang order jugak pisang goreng, tempe mendoan (tempe goreng tapi bukan versi crispy kat dalam) dan bakwan sayur (cucur sayur)

Situ Gunung
Syok betul makan kat sini sambil layan view hutan dari puncak tinggi ni

Dah selesai mengisi perut, kiteorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu naik Jambatan Gantung Lembah Purba. Jambatan gantung ni ialah jambatan gantung dalam hutan terpanjang di Asia Tenggara. View kat sini memang awesome la! Memang puas kiteorang bergambar di atas jambatan ni.


Jambatan Gantung Lembah Purba
Gambar berlima

Jambatan Gantung Lembah Purba
Wefie atas jambatan dan posing di hujung jambatan

Jambatan Gantung Lembah Purba
Ni pulak gambar OOTD sorang-sorang

Dah sampai kat hujung jambatan, bermulalah aktiviti hiking dalam hutan 🤭. Kiteorang singgah di beberapa tempat untuk ambik gambar pemandangan menarik antaranya tempat bergambar sarang burung dengan pemandangan panorama hutan di belakang dan jugak pemandangan air terjun di Situ Gunung ni.

'
Lembah Purba
Sudut bergambar berbentuk sarang burung

Curug Sawer
Gambar di depan air terjun Curug Sawer dengan ketinggian 35 meter di tengah hutan

Destinasi terakhir kami di sini ialah menaiki keranjang Sultan sekali lagi tapi kali ni merentasi sungai. Yang ini keranjang Sultan kiteorang nak naik sebenarnya, bukan yang tergantung atas langit tu! 😂 Tapi lepas dah naik yang extreme tadi, yang ni rasa macam level budak-budak pulak hihi.


Keranjang Sultan
Naik keranjang Sultan lagi tapi versi lalu atas sungai pulak

Lembah Purba
Posing last sebelum bergerak balik ke tempat parking kereta

Dengan tu, berakhirlah wisata kami di Situ Gunung. Masa ni Fanny tanya - larat lagi ke nak hiking balik ke tempat parking? Semestinya la tak! 😂 Kak Ret dengan sakit lututnya, aku dengan hari pertama dotdotdot lagi. Jadi Fanny bagi cadangan alternatif naik ojek, tapi kena bayar Rp50,000 seorang. Tanpa berfikir panjang kiteorang bersetuju sebab malas nak hiking nak balik ke tempat bermula. Dalam fikiran aku masa tu ojek ni buggy yang kiteorang naik tadi la. Oh tidakkkk, meleset sama sekali sangkaan aku! 😂

Terbeliak mata aku bila tengok naik ojek tu sebenarnya kena bonceng naik motorsikal dengan jalan berbatu-batu, berlubang-lubang dan berbukit-bukau tu ye! Lebih serammmm dari naik keranjang Sultan atas langit tadi! 😱😱 Beberapa kali aku rasa nak terjatuh ke belakang, terpaksa la berpaut sekuat-kuat hati sepanjang perjalanan. Aku yang bawak motor ni pun seram tau naik ojek ni, apa lagi Kak Retna yang first time seumur hidupnya naik motor 😅😅. Sampai je kat tempat parking terus aku bagitau Fanny, "Saya kira naik keranjang Sultan tu yang menakutkan, rupa-rupanya naik ojek lagi seram ya." Tu la pengalaman yang tak boleh dilupakan masa kiteorang berada di Sukabumi 🤣.

Seterusnya, kiteorang singgah makan di Sukabumi sebelum meneruskan perjalanan balik ke Jakarta. Kiteorang singgah makan di satu restoran yang agak popular di sana iaitu Ayam Bunut. Ni boleh baca dekat blog Kak Retna ye, cuma korang kena bersabar la baca entry yang bercampur-aduk BM dengan BI tu. Entah kenapa kerasukan laptop Kak Ret sampai dia tulis entry dalam BM tapi keluar ayat dalam BI. Dia tulis entry tu tengah-tengah malam katanya, rajin pulak hantu tu nak translate ke BI hahaha!

Anyway, perjalanan balik ke Jakarta mengambil masa 4 jam lebih sebab macet (jem) sangat! 😱 Kesian pulak dengan Raka kena drive sorang-sorang. Nak offer gilir-gilir drive tak berani sebab motor banyak dan lori-lori besar yang lalu atas jalan kampung yang sempit. Kiteorang sampai hotel dekat tengah malam (bertolak lepas Maghrib). Penat sangat-sangat tapi yang lagi penat of course la driver, si Raka. Terima kasih Raka dan Fanny dah bawak kiteorang road trip ke Sukabumi. Esoknya baru la kiteorang jalan-jalan di Jakarta pulak.

Nota kaki: Lepas ni slow sikit nak update sebab batuk aku makin menjadi-jadi pulak pulang dari Indonesia. Sampai nak terkeluar anak tekak setiap kali batuk 🤧.

Post a Comment

4 Comments

  1. Yang tinggi tu keranjang langit nama nya.. yg kat sungai baru keranjang sultan... agaknya sultan x berani lalu yg tinggi tu hehe

    Btw x bole lupa naik ojek... amek video pun dah ghope hape je 🤣🤣🤣

    Pengalaman sekali seumur hidup kan haha

    ReplyDelete
  2. bestnya kak ret... tengok aje gambar kerusi dari keranjang tu dah buat saya kecut perut.

    ReplyDelete
  3. bestnya baca kisah travel u!! keranjang langit tu mcm chair lift lah kan :) memang seram kalau tinggi sgt tuuu...naik ojek pun i seram bila imagine apa yg u tulis ni! baik sgt fanny dan raka jd travel guide uolls tu!!!

    ReplyDelete
  4. take care carneyz. moga cepat sembuh, shafakillah

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .