Salam Jumaat kawan-kawan,
Alhamdulillah batuk dah beransur baik. Jadi dapat la aku sambung kisah jalan-jalan dengan gegirls ni 🤭.
Sambungan dari:
Aku rasa trip ni memang betul-betul sampling Jakarta la, sebab dalam satu hari ni kiteorang pusing Jakarta dari utara, barat, pusat dan selatan! 🤣 Jadi aku nak warning korang awal-awal tau, entry ni banyakkkkk gambar sebab aktiviti kiteorang seharian ialah:
- Jalan-jalan di Kota Tua (Kotu) dan berjumpa blogger Fajar
- Singgah makan di Bakso Mas Kumis
- Lawatan ke Restoran Ayam Pak Gembus pertama di Kebon Jeruk
- Shopping / cuci mata di PIK By The Sea
- Makan tengahari di Payakumbuah @ Kemang
- Dessert hunting / surprise birthday di Amy and Cake @ Kemang
- Singgah mengopi di Kopi Tuku pertama @ Cipete
- OOTD di Mirror Room level 85 @ Up Building Thamrin
Jalan-jalan di Kota Tua (Kotu) dan berjumpa blogger Fajar
Oleh sebab malam sebelumnya kiteorang sampai ke Jakarta dari Sukabumi hampir tengah malam, jadi pagi tu kiteorang bergerak lewat sikit pukul 8.30 pagi. Destinasi pertama kami ialah ke Kota Tua iaitu kota bersejarah yang terletak di Jakarta barat. Bila sampai di sini baru aku tau yang kami akan bertemu dengan blogger Fajar yang datang dari Bekasi semata-mata untuk berjumpa dengan kami. Turut sama ialah isteri Fajar, Thina dan anak dieorang, Putri. Siap bagi kiteorang buah tangan berupa jajan yang agak lumayan banyak la jugak 😅. Kalau tau awal-awal, pasti kiteorang bawak buah tangan jugak untuk Fajar sekeluarga.
Ni first time kiteorang berjumpa dengan Fajar dan ternyata Fajar ni peramah dan mudah mesra orangnya. Putri agak malu-malu pada awalnya, siap tanya bila boleh balik ke rumah? Tapi bila dah bawak jalan-jalan dia seronok pulak 😆. Bila aku tanya nak balik rumah ke nak jalan-jalan, cepat aje dia jawab nak jalan-jalan hihi.
Tujuan kiteorang jalan-jalan di Kota Tua ni ialah untuk melihat bangunan-bangunan tua peninggalan sejarah dari penjajahan Belanda satu masa dulu. Di sini terletak banyak muzium antaranya Muzium Sejarah Jakarta, Muzium Seni Rupa dan Keramik, Muzium Wayang dan Muzium Bank Indonesia. Selain muzium, ada sebuah kafe yang popular di sini iaitu Kafe Batavia (Batavia ni ialah nama lama Jakarta), dan sebuah Toko Merah dengan senibina Eropah klasik di mana pernah berlaku tragedi hitam satu masa dulu iaitu pembunuhan orang Cina Tionghua beramai-ramai di depan bangunan ni.
Yang lain-lain aku cerita menerusi gambar je la:
![]() |
| Bekas peninggalan landasan 'tram' di Kotu |
![]() |
| Antara foto-foto beramai-ramai di Kotu - posing depan Muzium Bank Indonesia dengan staff Bank Negara Malaysia 😆, foto dengan seniman jalanan dan bergambar di depan Toko Merah |
![]() |
| Fajar jadi tour guide kami sambil menerangkan sejarah beberapa bangunan di Kotu |
![]() |
| Tak sah la kalau takde gambar OOTD sekeping dua 😜 |
Singgah makan di Bakso Mas Kumis
Dah puas jalan-jalan tengok kota bersejarah, misi seterusnya ialah jalan-jalan cari makan pulak 😜. Raka dan Fanny bawak kiteorang ke Bakso Mas Kumis untuk menikmati bakso legend kat Jakarta ni. Aku rasa puncanya sebab Sislin cerita dieorang pernah dibawa ke satu kedai bakso di Bandung yang tak sedap langsung. Kononnya kedai bakso tu famous la, tapi bila hidu baksonya langsung tak boleh nak telan.
Tapi Bakso Mas Kumis ni tak macam tu ye. Aku faham kenapa kedai ni legend sebab aku ni sebenarnya bukan la penggemar bakso tapi bila aku cuba bakso kat sini, ya Allah kenapa sesedap ini baksonya? 😍 Jadi walaupun perut aku masih kenyang lepas breakfast kat hotel, tapi habis licin bakso dalam mangkuk aku sebab sedap sangat. Patut la legend.
![]() |
| Untung kiteorang datang masa Jakarta masih sepi sebab rakyatnya masih libur Hari Pancasila dan hari Wesak, kalau tak kena beratur nak makan kat sini! |
Lawatan ke Restoran Ayam Pak Gembus pertama di Kebon Jeruk
Ingatkan lepas melantak bakso, jalan-jalan lagi tapi tidak ya. Singgah ke kedai makan lagi tapi bukan untuk makan kat situ sebaliknya nak melawat restoran Ayam Pak Gembus yang pertama di Indonesia. Gara-gara kiteorang ni bercerita Ayam Pak Gembus ni famous sangat kat Malaysia, terus la Raka bawak kiteorang ke sini 🤭.
![]() |
| Restoran Pak Gembus pertama asli. Kat sini Raka belanja kiteorang ayam gepuk tapi tapau la sebab perut masih kenyang lagi. |
Shopping / cuci mata di PIK By The Sea
Terima kasih Fajar, bila aku baca entry di blognya baru la aku tau PIK tu singkatan bagi Pantai Indah Kapuk. Tempat ni tak asing lagi di kalangan pelancong dari Malaysia untuk membeli-belah baju, beg, kasut, minyak wangi dan lain-lain yang semuanya dari jenama tempatan (produk Indonesia). Aku sebenarnya takde shopping list pun ke sini tapi aku tau aku akan beli sesuatu jugak di sini 😜. End up aku yang shopping sakan, padahal yang benar-benar nak shopping kat sini ialah Kak Retna dan Sislin.
Makan tengahari di Payakumbuah @ Kemang
Dah puas menyopping, agenda seterusnya ialah makan tengahari. Plan asalnya nak makan kat Tuan Mudo tapi ya Rabbiiii... penuh sangat gara-gara orang Malaysia tengah boikot Pagi Sore jadi semua beralih ke Tuan Mudo 😅. Tak sanggup kiteorang nak menunggu, jadi Raka mencadangkan kiteorang makan di restoran Padang Paya Kumbuah je la. OK, onzz!
Sebenarnya sebelum tu ada peristiwa menggelikan hati jugak la. Masa tu kiteorang tak tau pun yang Tuan Mudo tu sebelah PIK By The Sea je, jadi ramai-ramai la kiteorang naik kereta dan kereta pun bergerak nak keluar dari parking. Tiba-tiba Sislin kata, "Eh, tu Tuan Mudo!" sambil dia tuding kat luar tingkap. Apa lagi semua tergelak besar sebab rupa-rupanya boleh jalan kaki je ke Tuan Mudo! 🤣
Payakumbuah ni pulak jauh jugak la dari PIK By The Sea sebab lokasinya di Kemang. Tapi puas hati sebab tempatnya luas dan tak ramai sangat orang. Restoran ni dimiliki oleh seorang pempengaruh terkenal di Indonesia iaitu Arief Muhammad. Tapi jangan tanya aku dia terkenal sebab apa, sebab aku ni tak jarang la follow influencer baik di negara sendiri apa lagi di negara orang kihkih! 🤭
Dessert hunting / surprise birthday di Amy and Cake @ Kemang
Dah kenyang makan tengahari di Payakumbuah, kiteorang singgah cari dessert di Amy and Cake yang terletak tak jauh dari situ. Dah namanya trip JJCM kan 🤭 makan selagi boleh!
![]() |
| Sebesar-besar alam ye signage kafe ni 😆 |
Tempat ni lawa sangat! Berbunga-bunga dan sweet je dekor kat luar dan dalam kafe ni!
Masa ni aku tak tau lagi yang dieorang dah plan nak surprise kan aku. Dah puas aku melantak tiramisu baru la keluar kek birthday pulak! Hahaha astagaaa... Terkejut + terharu aku dibuatnya. Terima kasih la sebab plan surprise birthday cake untuk aku 🥰.
![]() |
| Alahai sweet sangat kawan-kawan aku buat birthday surprise di Jakarta 😍 Dieorang pilih kek onde-onde kalau tak silap. Ke kek pandan ye? Aku pun dah lupa hihi. |
Macam biasa kalau aku nampak tiramisu mesti aku nak cuba sebab aku suka buat review tiramisu hihi. Tiramisu kat sini not bad cuma agak dense dan lama-lama makan jadi muak pulak. Aku suka tiramisu yang teksturnya ringan dan mascarpone cream nya fresh. Satu lagi, serbuk koko kat atas tiramisu ni agak tebal sampai boleh tersedak dibuatnya.
![]() |
| Dessert dan minuman yang kiteorang pesan di kafe Amy and Cake. Mujur ada Putri tolong habiskan kek birthday ni sebab aku dah kekenyangan makan tiramisu hihi |
Singgah mengopi di Kopi Tuku pertama @ Cipete
Dah puas makan kek, nak cari kopi pulak! Mesti pening kepala Fajar tengok perangai mbak-mbak dari Malaysia ni kan hahaha! Aku terlupa pulak dah makan tiramisu yang ada kopi dalamnya, jadi bila Kak Ret tanya nak kopi ke tak, aku pun onz je pesan Kopi Tetangga. Sedap tapi kopinya kuat sangat sampai aku kena serangan GERD malam tu. Mujur ada bawak ubat GERD untuk redakan sakit perut malam tu!
![]() |
| Tapaw kopi dari kafe Tuku sebab tempatnya penuh sangat takde ruang untuk duduk mengopi dalam / luar kafe |
OOTD di Mirror Room level 85 @ Up Building Thamrin
Finallyyyyy... acara terakhir kami ialah ke Mirror Room di Up Building Thamrin. Tapi sebelum tu kiteorang drop off Fajar, Thina dan Putri di stesen LRT (ke MRT? Aku pun dah confuse hehe) sebab dieorang nak balik dah. Terima kasih ye temankan kiteorang jalan-jalan 😄. Kesian Putri, beberapa kali dia tertidur sebab kepenatan!
Tempat ni aku yang request masukkan dalam itinerary sebab tengok macam best je dan mirip dengan tarikan yang sama di New York di Summit One Vanderbilt. Tak dapat ke New York, kita ke Jakarta aja!
Tempatnya lawa dan sesuai sangat untuk ber OOTD. Plan asal nak ke sini sebelum matahari terbenam sebab nak tengok sunset dari tingkat 85 tapi disebabkan macet sangat, sudahnya kiteorang sampai agak lewat.
Tapi still enjoy la jugak ambik gambar-gambar dalam Mirror Room ni!
![]() |
| Macam-macam gaya kiteorang posing di Mirror Room! |
![]() |
| Gambar OOTD sorang-sorang wajib ye 🤭 |
![]() |
| Penutup acara kiteorang di Jakarta |
Kiteorang beruntung sebab datang masa Jakarta tengah lengang sebab ramai yang keluar dari kota disebabkan cuti umum. Kalau tak rasanya tak dapat nak cover semua tempat ni sebab jalanraya sesak dengan kereta pada hari biasa. Apapun terima kasih kepada Fanny dan Raka yang dah bawak kiteorang jalan-jalan meneroka kota Jakarta! Dari pemandangan kota lama sampai la ke bangunan moden Up Building Thamrin. Semuanya pengalaman manis dan menyeronokkan buat aku dan kawan-kawan dari Malaysia 😊.
Next entry --> liburan ke Bandung! Stay tuned!



















28 Comments
byk btul aktiviti tu...cantik cafe surprise birthday carneyz tu...mirror room tu menarik
ReplyDeleteIye kak. Ni trip paling banyak bergerak ke sana sini hihi. Padat betul aktiviti seharian, tu yg bila sampai hotel terus pengsan! 😂
DeleteNanti Sis bawa pulak makan Tiramisu di Rumah Kopi38 di Johor pulak yaa hehehehe..
ReplyDeleteOo baru tau ko punya kopi tetangga, kami punya kopi susu kampung tapi kurang pahit tapi rasa pahit juga hahahahaha..
Kalau sedap onzz! Kalau tak sedap, tak pe la hehe. Tapi kita mmg plan nak mengopi kan 🤭
DeleteSA dah pernah lepak, ngopi dan makan dia Batavia Cafe tu..dah explore gak area tu cuma masa SA pergi tu banyak tempat yang boleh di lawati la..ni macam area tu dah penuh dengan spot-spot menarik..
ReplyDeleteKiteorg nak mengopi kat sini hari tu tapi ramai orang pulak. Maklumlah hari libur 😅
DeleteNexttt!! Hahaha we want more! 🤣🤣
ReplyDeleteDah setel semua, kita kena menekan2 Sislin pulak siapkan entry hahahaha!
Deletebagus pihak pentadbir jaga dgn baik bangunan2 bersejarah ni
ReplyDeletekemain jauh diangkutnya meriam tu ya haha...
teringin pula nak rasa bakso tu sbb katanya sedap😁
amboiii putriii dapat mkn kek manis suka laa dia tu yaaa😀
Kemain jauh orang Belanda ni curi meriam ni kan hihi. Bakso tu sedapppp! 👍🏻 saya yg bukan peminat bakso pun suka. Putri suka la dapat makan kek manis, dapat jalan2 hehe
DeleteUntung jalan² dgn orang local, lebih
ReplyDeletebanyak info dan tempat menarik yg boleh explore.
Suka tengok gambar, cantik semuanya
Itulah tak sangka bertemu Fajar dan tak sangka Fajar pernah jadi tour guide di kawasan Kota Tua ni hehe.
DeleteBestnya jalan2 kota Jakarta. Untung ada Fanny & Fajar jadi tourist guide.
ReplyDeleteBertambah best sebab dapat jumpa blogger2 Indonesia pulak hehe
Deletepadat betul itinerarynya tp fun dan enjoyable sgt!! best laaaa u dpt bday suprise tu! i tumpang hepi ;) jauh tu u celebrate bday!
ReplyDeleteSangat padat! Tak sempat nak bernafas even haha! Part bday surprise tu, memang tak expect langsung. Ingatkan mmg dieorg ni dessert hunting rupa2nya ada udang di sebalik batu 🤭
Deletealhamdulillah.. dapat jumpa fajar sekali...
ReplyDeletelinda seram dan gayat la kalau bangunan tinggi2 ni.. lagi2 bercermin macam tu.. tapi, tak syiok la kalau tak pergi kan
Itulah, sanggup Fajar dgn family dia datang dari Bekasi semata2 nak jumpa blogger2 Malaysia 😄
Deletebaik betul2 kawan2 bloggers indonesia sudi luangkan masa utk bawak jalan2 sekitar kota! putri tu comel betullah
ReplyDeleteKan. Sanggup dieorg naik tren dari Bekasi semata2 nak bawak kiteorg jalan2 di Kotu hehe. Putri tu comel dan petah bercakap padahal umur baru 3 tahun.
DeleteBest best, boleh refer kalau ke Jakarta nanti. Kami lalu je dar Halim ke Soekarno Hatta Airport
ReplyDeleteTapi klu bukan cuti panjang di Indonesia, mmg mustahil bin ajaib nak tiru itinerary ni Kak Mulan hahaha!
DeleteCantik bergambar dengan cermin2 tu.
ReplyDeleteAah, tempat ni macam bilik cermin di New York. Tapi NY jauh sangat nak pergi, kita pergi yg kat Jakarta je la hihi
DeleteSaya masih belum lupa ekspresi muka kak ret saat tahu kerupuk itu kulit sapi 🤣🤣🤣🤣.maklumkan sajalah Karni, di sini, semua bagian hewan memang dipakai, sampai ke pen*s pun dipakai 😂😂. Cuma kuku saja yg tak hahahahah
ReplyDeleteItulah, kalian beruntung memang DTG di saat JKT sepiii. Kalau hari biasa, memang tak akan lewat semuanya 🤣🤣. Makanya saya jarang kluar sebab tak sanggub dengan jammed nya JKT 😄
Bagus semua bahagian sapi itu dimanfaatkan 😅 tapi kami paling tak boleh lupa sate jando! hahaha!
DeleteRAsanya dalam itinerary anak ammi ke Jakarta pun ada ke Thamrin. Ntahlah dia ada naik juga ke sini atau tidak
ReplyDeleteThamrin City ni terkenal tempat shopping. Mesti ada cikgu yg nak pergi shopping tu hihi
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .