Girls' Trip: Jakarta-Bandung (Bahagian 8 - FINAL)

Salam Isnin kawan-kawan,

I'm back!

Ok ni entry last trip gegurls ke Jakarta-Bandung, sis jwanjee 🤭. Lepas ni kita story-mory trip ke JB pulak hehe.

Sambungan dari sini:


Sampai je di Jakarta, kiteorang ambik Grab ke rumah Fanny di mana supirnya dah menunggu. Fanny drop off barang-barang dia di rumah dulu. Selepas tu kiteorang gerak ke Mall of Indonesia (MOI) sebab nak cari Chikuro Sislin tu 😅. Katanya viral di JB tapi masa kiteorang di 23 Paskal Mall terpaksa menunggu sejam jadi terpaksa batalkan hasrat masa tu. Jadi sebelum balik, kita pergi la cari di MOI pulak. Alhamdulillah, ternyata rezeki Sislin dapat jugak beli Chikuro akhirnya:


Chikuro
Curious jugak nak tau kenapa viral. Bagi aku, rasanya macam corndog x ayam gunting, dengan inti cheese di tengah. Mungkin sebab makan yang dah sejuk jadi cepat muak.


Dah dapat Chikuro yang diidam-idamkan, kiteorang singgah di Remboelan untuk makan malam sebelum bertolak ke airport. Siapa je yang tak tau Remboelan ni kan, restoran yang famous di kalangan pelancong Malaysia.

Indonesian food
Kali terakhir untuk menikmati makanan Indonesia sebelum pulang ke Malaysia

Tapi disebabkan perut tak berapa lapar sangat, kiteorang order yang ringan-ringan dan sharing aje.


Remboelan
Sislin order bakso

Remboelan
Aku order tahu krispi bumbu bawang garing karang setra. Sedap jugak la bila makan dengan bumbu bawang garing atas tu

Remboelan
Kak Ret (ke Fanny?) order nasi bakar tongkol asap (ke ayam asap?) Lupa pulak hehe. Yang ni sedap sangat! Semerbak aroma nasi yang dibakar dalam daun pisang ni.

Mall of Indonesia
Alhamdulillah, Fanny belanja makan malam. Terima kasih Fanny 😘

Lepas makan malam, supir Fanny hantar kiteorang ke Anara Airport Hotel. Kak Ret bermurah hati sponsor bilik untuk kiteorang berehat dan menyegarkan badan sebelum flight esok paginya. Semoga murah rezeki Kak Ret 🤲🏻. Airport hotel ni memang betul-betul dekat dengan kaunter check-in jadi takde la rushing sangat esoknya. Bilik pun sangat-sangat selesa. Yang penting boleh mandi, iron baju untuk esok pagi, re-pack luggage dan melelapkan mata 2-3 jam sebelum masa check-in.


Anara Airport Hotel
Anara Airport Hotel

Anara Airport Hotel
Biliknya boleh tahan besar jugak. Kak Ret request extra bed sebab sharing bilik bertiga.


Anara Airport Hotel
Bilik air pun luas dan selesa

Esoknya, seawal 3 pagi kiteorang dah bangun dan bersiap-siap untuk check out dari hotel. Terus ke kaunter check-in untuk check-in dan drop off luggage. Selesai drop off luggage, kiteorang masuk ke balai berlepas. Try guna autogate tapi tak lepas pulak. Jadi kiteorang pun beratur di kaunter imigresen je.


Soekarno–Hatta International Airport
Dalam balai berlepas


Memandangkan masih awal lagi dan masing-masing masih mengantuk, kiteorang singgah di kafe Djournal Gate sementara menunggu boarding. Aku pesan kopi sebab mata rasa mengantuk sangat. Nampak pistachio croissant, jadi aku pun beli buat alas perut sebab dalam flight plan nak sambung tidur.


Djournal Gate
Lepak di kafe minum kopi sementara tunggu masa boarding

Masa tengah lepak kat sini, tiba-tiba dapat Whatsapp dari staff airport bagitau dalam beg Sislin detect ada power bank. Sislin baru teringat power bank rosak yang dia simpan dalam luggage tu terlupa nak dikeluarkan pagi tadi.  Dieorang suruh Sislin tunggu di gate 10 sebab nak bawak Sislin ke tempat luggage dan keluarkan power bank tu. Bagus la staff airport Jakarta, dieorang langsung tak marah bila berlaku insiden ni. Mujurlah gate 10 tu tak jauh dari tempat kiteorang lepak.

Dah dekat-dekat nak boarding barulah kiteorang menapak ke gate yang terletak nun jauh di hujung terminal 😅. Flight pagi tu penuh dengan orang Indonesia yang nak bercuti di Malaysia. Haha. Acilah kan, kita pergi jalan-jalan negara dieorang, dieorang pun jalan-jalan ke Malaysia.

Dengan tu berakhirlah siri trip gegurls ke Jakarta dan Bandung 2026. Nak repeat lagi ke? Insha Allah kalau ada rezeki 😄. Tapi next trip nak JJCM dan shopping je sebab rasa macam banyak lagi tempat makan menarik yang kiteorang tak sempat nak pergi (contohnya Blok M, Thamrin City dan Tanah Abang).

Korang yang dah pernah ke Jakarta / Bandung, kat mana tempat yang korang rekemen untuk JJCM / shopping? Cer kongsi di ruang komen ya.

Post a Comment

30 Comments

  1. Kannn puashati laa dah dapat chikuro tu yang asli dr sana hahahaha
    Dah boleh ready untuk trip seterusnya oakyyy hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena menabung lagi ni hihi. Celebrate birthday Sislin kat Batam la takyah naik flight 😌

      Delete
  2. X pernah pergi lagi Indonesia...Doakan saya murah rezeki dapat jalan2 sana...Kak Carneyz bawa jln2 dlm blog pun rasa excited...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan peluang utk Sueann jalan2 di Indonesia 🤲🏻

      Delete
  3. bestnya dapat berjimba-jimba dengan blogger buddies

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, ada rezeki berjimba2 lagi tahun ni 🤭

      Delete
  4. Hahaha lupa plak insiden power bank tu😅😅

    ReplyDelete
  5. aritu tk kesempatan try Chikuro..skarang kt kl tgk ramai juga dh start jual ..nasibaik remboelan sempat juga singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya biasa je rasanya kak. Macam corndog + ayam gunting je. Suka nasi bakar dekat Remboelan tu.

      Delete
  6. saya dapat merasa chikuro masa gi jogja baru ni. puashati beli saiz besar terus! rasa nak fly gi jakarta sebab nak makan lagii.
    thanks sharing your journey kak. seronok baca girls trip ke jakarta-bandung ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorang berangan2 nak gi jogja pulak lepas ni hihi

      Delete
  7. td masa dating dgn fanny, i ckp dgn dia, i plan nak gi cuti2 jakarta tahun dpn kalau ada rezeki..thn ni tak sempat dah sbb my ariff bz dgn spm..hari ni pun 1st day trial spm. anyway, anara hotel tu nmpk sgt nice n cozy la!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila pergi MZ! Memang berbaloi. Tahun ni beruntung dapat pergi time currency murah. Next year maybe my turn pulak grounded sbb my first daugther will sit for SPM.

      Delete
  8. Besar betul airport sana kan? Letih la jugak menapak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, kesian kak Retna sbb dia sakit dekat tapak kaki pulak pagi tu. Nak naik buggy tapi tak tau kat mana nak tunggu. Dah la gate kat hujung terminal!

      Delete
  9. Alhamdulillah.. Ada juga rezeki nak merasa makanan viral tu..
    Sempat merehatkan diri barang sejam dua pun dah boleh menyegarkan badan kan sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tumpang rezeki Kak Ret dapat la mandi dan tidur sejam dua sebelum check-in flight pagi tu

      Delete
  10. Masa kecik2 dulu Blok M dan Tanah Abang tu selalu la mama dan papa pergi. Dah wujud dah time tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trip kali ni tak sempat nak pergi tempat2 viral ni. Semoga ada rezeki kembali jalan2 ke Jakarta 😄

      Delete
  11. Belum pernah sampai Indon lagi 😅

    ReplyDelete
  12. Pernah pergi Jakarta Bandung tapi that was more than 14 years ago...ntahlah bila lagi nak sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah ada rezeki boleh jejak lagi kaki ke sana. Mesti dah berubah banyak dari masa Ammi pergi dulu 😄

      Delete
  13. Semoga dapat ke Indonesia..aamiin..

    ReplyDelete
  14. Semoga ada rezeki ke Indonesia. Jika tidak hari ini, mungkin esok. Jika tidak esok mungkin bulan depan, tahun depan atau tahun - tahun ke hadapan. ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah. Kumpul2 duit boleh la pergi. Sementara currency dieorg masih murah ni Shai hehe

      Delete
  15. Yg penting dah rasa si chikuro 😄. Bisa jadi Krn dah sejuk, jadi agak muak sikit. Cuma sayapun cukup sekali lah merasa itu. 😅.

    Memang cantiiiik Anara. Saya tak mungkin lah menginap sana, JD memang bisa lihat dr tulisan kalian dah cukup 😄👍. Lokasi dia super duper strategies sangat. Msh satu kawasan yaa.

    Baru tahuuu insiden power bank 😅😅. Ya Allah nasib baik ketauan.

    Memang jauuuuuh sangat terminal di T3 itu 🤣🤣. Siap2 kaki kalau dpt terminal paliiiing ujung hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, barangkali lebih sedap kalau dimakan panas2. Tambah lagi udah kenyang selepas makan di Remboelan jadi bila makan Chikuro tu takde feeling sangat hehe.

      Lain kali kalau ambik flight awal pagi mmg saya akan tempah bilik di Anara ni. Sangat convenient sebab dekat dengan terminal dan kaunter daftar masuk 😍

      Ternyata memang security airport tu benar2 check dalam koper ada barang-barang terlarang / merbahaya bukan setakat ditanya begitu aja. Untung Gate 10 tu tak jauh dari tempat kami mengopi.

      Aduhhh memang jauh sangat nak ke gate perlepasan TransNusa pagi tu. Kesian dengan Kak Retna sakit kaki masa tu tapi nak tumpang buggy asyik full je.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .