Salam Khamis kawan-kawan,

Sorry ye kawan-kawan, minggu ni masih sibuk melayan my mom. Dah merata aku bawak dia keluar jalan-jalan, poket pun dah makin kering ni 🤣. Tapi if you ask me, aku lebih suka my mom tinggal lebih lama kat sini walaupun asyik ler keluar belanja macam air setiap hari 😬. Unfortunately, macam biasa my mom bagi alasan tak boleh berjauhan dengan bunga-bunga dan tanaman di rumah kat Sarawak 🤭.  Jadi sampai hujung minggu ni, aku akan ambik kesempatan yang ada untuk berjimba dengan my mom setiap hari hihi.

Eh, melalut pulak. Marilah kita kembali ke pangkal jalan, eh, tajuk entry ni.

Hari Selasa lepas aku singgah ke ofis BFF aku, Jen sebab nak drop off barang kat dia. Tak dapat nak lepak lama, nak ambik gambar berdua pun tak sempat sebab pak guard asyik jeling je 😒. Sebelum aku gerak, sempat lagi dia hulurkan paperbag Kenny Hills kat aku 😍. Alamak Jen, camane I nak diet ni! 🤣. Tau je la Kenny Hills ni famous sebab pastries dieorang sedap-sedap tau. Adoi la hehe.


pastries
Dalam paper bag ni ada 2 kotak kecik dan satu kotak besar


Meh la tengok apa yang dia bagi:


Kenny Hills Bakers
Dia bagi apple strudel, tiramisu cake dengan black forest cake 😍

Kenny Hills Bakers
Close up pastries yang Jen bagi

Alhamdulillah sedap! Apple strudel tu memang antara my favourite pastry. Makan malam tu jugak sebab kalau lama sangat, takut puff pastry jadi soggy. Kek tiramisu tu aku makan pagi esoknya dengan secawan kopi 😋. Tinggal black forest cake je masih dalam peti sejuk.

TQ Jen, belanja pastries sedap-sedap dari Kenny Hills 🫶🏻. Semoga murah rezeki selalu. Next time belanja lagi tau! 🤭