BFF Belanja Pastries dari Kenny Hills

Salam Khamis kawan-kawan,

Sorry ye kawan-kawan, minggu ni masih sibuk melayan my mom. Dah merata aku bawak dia keluar jalan-jalan, poket pun dah makin kering ni 🤣. Tapi if you ask me, aku lebih suka my mom tinggal lebih lama kat sini walaupun asyik ler keluar belanja macam air setiap hari 😬. Unfortunately, macam biasa my mom bagi alasan tak boleh berjauhan dengan bunga-bunga dan tanaman di rumah kat Sarawak 🤭.  Jadi sampai hujung minggu ni, aku akan ambik kesempatan yang ada untuk berjimba dengan my mom setiap hari hihi.

Eh, melalut pulak. Marilah kita kembali ke pangkal jalan, eh, tajuk entry ni.

Hari Selasa lepas aku singgah ke ofis BFF aku, Jen sebab nak drop off barang kat dia. Tak dapat nak lepak lama, nak ambik gambar berdua pun tak sempat sebab pak guard asyik jeling je 😒. Sebelum aku gerak, sempat lagi dia hulurkan paperbag Kenny Hills kat aku 😍. Alamak Jen, camane I nak diet ni! 🤣. Tau je la Kenny Hills ni famous sebab pastries dieorang sedap-sedap tau. Adoi la hehe.


pastries
Dalam paper bag ni ada 2 kotak kecik dan satu kotak besar


Meh la tengok apa yang dia bagi:


Kenny Hills Bakers
Dia bagi apple strudel, tiramisu cake dengan black forest cake 😍

Kenny Hills Bakers
Close up pastries yang Jen bagi

Alhamdulillah sedap! Apple strudel tu memang antara my favourite pastry. Makan malam tu jugak sebab kalau lama sangat, takut puff pastry jadi soggy. Kek tiramisu tu aku makan pagi esoknya dengan secawan kopi 😋. Tinggal black forest cake je masih dalam peti sejuk.

TQ Jen, belanja pastries sedap-sedap dari Kenny Hills 🫶🏻. Semoga murah rezeki selalu. Next time belanja lagi tau! 🤭

Post a Comment

20 Comments

  1. Sedappnyaaa... dah lama rasa x jejak kenny hills... tunggu duit berkepuk sket la baru ke sana 😜😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, tak ingat bila kali terakhir pergi Kenny Hills ni. Rasanya last pergi yg dekat KL East Mall

      Delete
  2. Selagi mak ada kat rumah, boleh spend masa bersama. Kalau dah balik kampung nanti merindu pula.
    Rosak diet macam ni, rezeki ada bff yang suka berkongsi rezeki. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Pizzah, bukan selalu dapat jumpa dan bawak mak jalan2. Selalu call dan mesej je ubat rindu kat mak huhu.

      Alhamdulillah, rezeki dapat BFF yg baik2 semuanya 😄

      Delete
  3. me pastry lover! terliur sgt tgk semua gmbr2 tu hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita MZ, tapi I dah slow down sikit. Dulu sekali order mau 2-3 pastry, skrg order satu je cukup hehe

      Delete
  4. Replies
    1. Yang dia bagi ni apple strudel. Sedap jgk 😄

      Delete
  5. Diet boleh pause kejap bila nampak pastries Kenny Hills! 🤭 Memang rugi kalau tak makan terus fresh-fresh. Semoga dimurahkan rezeki Jen selalu.

    ReplyDelete
  6. Hancur diet ni semuanya sedap. Diskaun la cheat sekali je 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Cie, tapi rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari hehe

      Delete
  7. Kalau mama sedang ada, atau semisal saya yg mudik ke Medan, sayapun hari2 akan ajak mama kluar . Kapan lagi kan 😄. Jumpa pun tak bisa sering.

    Dan sukanya kalau ada mama, pasti masakannya sedap2 😄😍.

    Kenny hills nih yg kita pernah makan dengan kak Retna juga kan? Memang sedap kalau itu. Walaupun yg saya pesan burger, bukan pastry.

    Aiiih apple strudelnya tuh menggoda sangaaaat Karni 😍😍😍. Memang habis buat sendiri kalau saya 🤭. Makan dengan kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kapan lagi kan Fann? 😅 sebab tu takde masa nak bukak blog bila ibu saya di sini hehe

      Delete
  8. Best kan mak ada sama. Tapi bila ajak duduk lama, ingat pokok lah, ingat rumah lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Setuju sangat kak! Bila kita ajak stay lama sikit, tukar tarikh tiket flight, mula la dia bagi alasan pokok bunga sapa nak jaga, kucing kat rumah dah rindu la, macam2 la alasan dia 😜

      Delete
  9. Dulu kat sekolah cikgu ajar "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, biar tolak diet, jangan tolak rezeki 😜

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .