20 tahun lepas masa awal-awal kahwin, pernah la gi dating kat Taman Tasik Perdana ðŸ¤. Kiranya aktiviti ni untuk mengulang kembali sejarah lama la. Cuma aku dah tak buat perangai budak-budak main tiup-tiup kekabu yang jatuh dari pokok kekabu. Pokok kekabu tu pun tak tau la ada lagi ke tak hehe.
Anyways... throwback aktiviti 2 weekend lepas. Anak-anak macam biasa la lepas Subuh lebih suka menghadap bantal dari mengikut mak pak dieorang beriadah. Apa lagi, ambik kesempatan la keluar dating berdua. Kali ni pergi ke Taman Botani Perdana. Sesekali kita tukar angin dan tukar pemandangan kan.
Pukul 7.30 pagi kiteorang dah sampai di sana. Terus mula brisk walk keliling taman. Kiteorang sengaja ambik route yang paling jauh sebab taknak bertembung sangat dengan orang lain. Tapi agaknya sebab kiteorang sampai awal pagi jadi pengunjung takde la ramai sangat. Ramai tu ramai, cuma kalau dibandingkan dengan jumlah pengunjung di Taman Tasik Titiwangsa, aku rasa ramai lagi kat Titiwangsa. Jadi kalau korang nak jogging atau brisk walk hujung minggu, rasanya better la pergi ke Taman Botani Perdana ni dari Taman Tasik Titiwangsa. Lagipun dekat dengan stesen MRT Muzium Negara jugak, takde la kena hadap masalah tak cukup parking.
Sampai la kiteorang lalu dekat Laman Perdana di tengah-tengah Taman Botani ni. Kiteorang ternampak gerai-gerai jualan. Disebabkan dah pernat berjalan (alasan je sebenarnya!), kiteorang berhenti nak meneroka bazar pagi ni.
![]() |
| Deretan gerai menjual pelbagai makanan, minuman dan barang-barang menarik di Laman Perdana |
Niat asal nak tengok-tengok je jualan sebab dah plan nak bersarapan di mamak lepas ni tapi bila nampak ada meja makan dengan kerusi camping disediakan, kiteorang tukar fikiran dan beli makanan dan minuman di gerai-gerai kat sini.
![]() |
| Ada lebih dari 20 buah gerai rasanya kat sini dengan pelbagai makanan street food yang menarik |
![]() |
| Dari makanan berat sampai la makanan ringan semua ada |
![]() |
| Selain dari KL Park Market, ada jugak aktiviti Picnic in the Park di sini. Patutlah ramai keluarga berkelah di taman hujung minggu tu. |
Selepas menjenguk semua gerai kat sini, akhirnya aku pesan jus avokado dan nasi ulam, Suami Terchenta pulak jus tembikai dan bihun goreng. Dah namanya aktiviti dating, tak lengkap la kalau takde bunga ðŸ¤. Jadi Suami Terchenta pun belanja bunga jugak (of course la aku kena mintak, tapi tak pe yang penting dia nak bayarkan hehehe!)
![]() |
| Sambil dating, sambil layan Whatsapp kerja jugak. Kalau tak kerja, siapa nak bayarkan bunga tu, ujar Suami Terchenta bila isterinya komplen. Baiklahhhhhh, jawab Isteri Terchenta dengan pasrah 🤪 |
Sambil menikmati makanan di sini, kiteorang ralit jugak tengok sesi zumba percuma di sini. Lagu terakhir yang dimainkan ialah lagu Sudirman 'Tanggal 31 Ogos'. Apa lagi makin bersemangat la semua orang kat situ termasuklah kiteorang. Bila part jeritan 'Merdeka' tu ramai-ramai jerit 'Merdeka' tak kira Melayu, Cina dan India! Haha, semangat ye semua nak sambut Merdeka 🤩.
![]() |
| Sesi zumba yang disertai orang ramai tak kira kaum. Aunty-aunty Cina dengan makcik-makcik Melayu la aku perasan paling semangat bab berzumba ni 😅 |
Dah setel makan dan minum, moh ler kita gerak balik. Sampai rumah, terus masukkan bunga dalam pasu. Jangan harap la aku pandai nak susun cantik-cantik, asal dapat masuk je dalam pasu tu dah cukup bagus 😜.
![]() |
| So syantek, terima kasih Suami Terchenta bagi bunga dan teman isteri brisk walk pagi-pagi 🥰 |
OK nanti kita repeat dating di Taman Botani Perdana 20 tahun lagi ye bang?








34 Comments
Tempat begini saya sukaaaa utk briskwalk, tapiiii kalau ada jualan makanan susah niih 🤣🤣. Pasti beli banyak, kalap mata pastinya 😅😂. Ini nanti kalori yg terbuang Ama masuk balik, lebih besar yg masuk agaknya 😅.
ReplyDeleteTp nak juga lah merasakan briskwalk pas di KL nanti 😄. Dah lamaa tak jogging di sana
Iya, niatnya mau bakar kalori tapi sudahnya menambah kalori lagi! 🤣 tapi tak apalah, sekali-sekala. Saya prefer brisk walk di taman tasik titiwangsa kerana tiada godaan macam ni ðŸ¤
DeleteCiknur pun lamaa x kesini last slps pkp rasanya
ReplyDeleteMesti makin menarik kan mcm2 ada
Ha haa itu wajib zumba untie untie ni kan kalu ke lake ni nmpk berkumpulan dorang
Kalu kat tasik taiping setiap weekend nmpkk zumba2 ni
Meriah hujung minggu kiteorg pergi tu, macam2 aktiviti. Masa nak ke sini pun lalu ada acara larian tapi route nya menuju ke Bukit Tugu.
DeleteSeronok aunty2 berzumba. Kitonyo segan nak join hihi
Hahahaa ni zaman muda mudi mmg tiap ptg akan jog sini dari opis... dulu² x secantik skrg keadaan nya ye haha lagi seram kalau jog sorg² tp skrg ni mcm² dah ada.. dah ada shuttle utk ke taman2 burung dsb. Gerai² pin dah byk. Xtvt pun dh pelbagai. Bagus dbkl skrg ni dpt menaikkan semula taman2 lama jadi cantek baru la semangat org nak dtg
ReplyDeleteYe sekarang dah tak seram hehe. Dulu rajin la nak naik MRT turun kat Muzium Negara lepas tu jalan kaki ke sini. Pagi2 ramai org jogging kat sini.
DeleteDulu Bukit Layang-Layang ada orang jual camni.. tapi lama-lama dah takde dah.. selamat rasa, kalau tak, memang lepas bristwalk, asyiklah menyinggah makan hahahaha
ReplyDeleteIyerr... bahaya ni utk diet 😜 kita datang nak bakar lemak tup2 tambah lemak lagi ada hehe
DeleteHah ni baru betul dating kan, pakej dgn bunga sekali hehe...
ReplyDeleteNanti nak gi dating sini jugalah ahak!
Sila2 PH hehe. Bunga tu optional, klu nampak kita mintak la belanja sekali-sekala kan, bukan selalu hihi
DeleteBestnya dapat bunga walaupun kena mintak ðŸ¤. Baru la dating kan dapat bunga. Feel la macam zaman bercinta kan.
ReplyDeleteFefeeling la dating mcm 20 tahun lepas hihi
DeleteWah, KLMJ.. cun gilak lepas jogging/BW ada tmpt bekfes.. meriah gik ya.. part zumba ya best eh semua sporting ooo
ReplyDeleteMun kmk ada juak tempat dating lejen, taman sahabat.. dating sia dolok marek berik ikan makan.. haha.. lamak dh xda ke sia koh
Chewah, KLMJ betul ya berik ikan makan masa dating hehe. Kmk duak Jun dolok gi main bowling kat Plaza Angsana JB. Mun kmk turun ke KL outstation, aktiviti dating kmk org makan di KLCC hehe
Deletelama tk ke sini..dlu geng blogger pernh buat gathering ramai2 kt sini time ank kecik lg ms tu 2010...syok la dating brisk walk..mengenang zaman bercinta la tmpt dating..dpt plak bunga...mmg berbunga2 la hati tu
ReplyDeleteSyok sbb jarang2 dpt keluar dating dgn encik suami sekarang ni. Busy sokmo, weekend pun kena kerja. Sesekali dapat ajak dia dating, pastu ada pulak org jual bunga, apa lagi amik kesempatan la kita ðŸ¤
DeleteDulu2 orang panggil Lake Garden... Uncle sampai sekarang panggil Lake Garden... hahaha
ReplyDeleteAah kadang2 panggil Lake Garden. Klu geng2 Cina dieorg masih lagi panggil Lake Garden.
Deleteyayy bestnya dpt bunga!! i pun kena mintak jugak kalau nak bunga, or biasanya i mintak duit siap2 then i gi beli jer mana yg i nak hahahha asalkan dpt bunga!
ReplyDeleteHehe janji encik suami tu nak keluar duit belikan tak kesah la kena mintak ke tak. Dah lama berhenti berharap dapat surprise bunga tu hihi
Deletewah..dah 20 tahun usia perkahwinan tu.. lama nya
ReplyDeleteInsha Allah Disember ni 20 tahun la usia perkahwinan. Doakan la jodoh kiteorg smp ke tua ye 😄
DeleteBeli bunga sendiri guna duit suami pun kira romantik jugak tu! Janji misi dapat bunga tercapai
ReplyDeleteIye SA. Dah lama give up menunggu dapat surprise hadiah bunga hehehe.
DeleteOkaylah ramai tapi macam tak ramai. Masih ada ruang untuk bertenang gitu. Cantik tempat riadahnya. Alamak, bahaya juga ni ada jualan macam-macam. Lepas bakar kalori, risau menambah kalori pulak.
ReplyDeleteSweetnya dapat bunga juga. Cantik!
Mungkin sbb kiteorg smp awal kot. Masa kiteorg balik, tgk kereta parking smp tepi jalan besar sbb dah ramai org terutama keluarga dgn anak2 kecik
DeleteRasanya pernah brisk walk di sini ketika check in di hotel nearby rasanya. Memang best.
ReplyDeleteSaya pun rasanya pernah baca Kak Mulan menulis pasal brisk walk di Lake Garden ni
Deletekat sini kalau ad event terasa meriah sikit berbanding hari2 lain...
ReplyDeletesy jarang jumpa event kalau ke sini...
kalau org dok buat photoshoot or OOTD tu selalu juga laa
hehehe
Weekend kiteorg pergi brisk walk tu byk event, ada event zumba, event yoga, event piknik. Eh, meriah la!
DeleteCantik bunga tu Carneyz. Hehe suami pun jenis kena mintak jugak. Idak dia pun tak faham. Takpe la...dah memang macam tu kan suami kita. Ok je.....kalau teringin bunga, kita mintak siap2.
ReplyDeleteItulah, dah lama give up harapan dia nak bagi sendiri tu hehe. Janji dapat bunga yg kita nak tu kan sis Ezna 😜
DeleteUntunglah dapat bunga walaupun kena 'minta dibelikan' ha ha ha
ReplyDeleteKo nanti ada jodoh lagi, rajin2 la bagi bunga kat si dia hehe. Klu tengah marah, auto senyum bila dapat bunga hihi
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .