Kegilaan Anak-anak Remaja Perempuan Sekarang - Chiikawa

Salam Selasa kawan-kawan,

Hari ni lambat sikit bersiaran sebab malam tadi aku keluar dinner dengan BFF aku yang datang dari Sarawak. Biasanya aku update entry malam-malam sebelum tidur tapi malam semalam mengantuk sungguh, jadi aku tangguhkan menulis entry ni pagi ni selepas Suami Terchenta ke ofis.

Throwback kisah masa pergi tengok movie Spiderman di TGV KLCC bulan lepas. Sebenarnya peminat Spiderman dalam rumah ni Suami Terchenta seorang je, tapi kiteorang ni sejenis kalau seorang nak tengok movie, semua kena ikut haha! Bila anak-anak dapat tau kena paksa tengok cerita Spiderman, memasing protes sebab taknak pergi tapi kena paksa 😝. Tapi sekejap je la moody tu, sebab bila sampai kat TGV ternampak ni:


KLCC
Chiikawa!! Ejaan cinema tu pun dah jadi Chiinema hehe

Buat sesiapa yang belum kenal Chiikawa ni apa sebenarnya, meh la aku explain serba-sikit (sebab aku pun tak berapa mengikuti sangat komik manga Jepun ni, walaupun Suami Terchenta dan anak-anak peminat komik manga!). 

Chiikawa ialah sebuah siri komik web manga Jepun yang popular. Perkataan Chiikawa ni ialah singkatan daripada perkataan "chiiisai kawaaii" ("small and cute") sebab watak-wataknya berupa haiwan-haiwan kecil dan berbulu macam hamster dan sewaktu dengannya. Disebabkan ilustrasi kartun yang comel ni la ramai orang terutama remaja perempuan sekarang gilakan Chiikawa termasuklah anak-anak aku hehe. 


TGV KLCC
Kebetulan weekend tu TGV buat event Chiikawa Fan Screening untuk movie Chiikawa The Movie: The Secret of the Mermaid Island, jadi sekeliling TGV KLCC tu ada poster Chiikawa
 
TGV KLCC
Anak-anak excited giler tengok merchandise Chiikawa ni!

sofmallows
Toys Sofmallow keluaran Bandai antara merchandise yang dijual

merchandise
Keychain charm kalau tak silap

Mood merajuk kena paksa tengok movie Spiderman berubah ceria bila bapak dieorang setuju belanja toys Chiikawa untuk dieorang hehe.


Chiikawa merchandise
Masing-masing sibuk pilih toys

Chiikawa The Movie
Muka manyak hepi dapat toys Chiikawa 🤣

OK la janji muka dah tak masam. Tengok movie Spiderman pun dengan senang hati kihkih! Lepas tu bagitau best la citer Spiderman tu, haaaa tau takpe! Kat rumah bukan main merentan kena paksa pergi, alih-alih kata best 😜. Begitulah cabaran membesarkan anak-anak remaja ni ye. Bertabahlah buat diri-sendiri dan Suami Terchenta! 🤣

Post a Comment

15 Comments

  1. Barulah fair and square teman ayah tengok spiderman dapat Chiikawa ya. Ni mau ada plushie kecik keychain pastu gantung kat beg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik masa pergi tu tgh ada Chiikawa fan screening, sejuk sikit hati dieorang hehe.

      Delete
  2. Citer Spiderman kali ni memang best la sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, macam biasa ada babak2 yg kelakar jugak, tu yg buat anak2 terhibur 😄

      Delete
  3. Chiikawa eh hahaha adoi confirm kita pun x tau kalau awak x explain😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun klu takde anak dara kat rumah ni tak tau jugak pasal Chiikawa hihi

      Delete
  4. Betullah anak dara ku seorang semakin hari semakin membesar. Terpaksa juga hadap macam mak/pak yang lain. Semoga dipermudahkanlah urusakn kita semua ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jun la kesian kena bertabah melayan angin kus-kus kat rumah ni 😜

      Delete
  5. Memang cute gila chiikawa tu..ingat nak beli satu la

    ReplyDelete
  6. Chiikawa..?? Ada yg baru dari manga jepun.. jangan la anak2 saya dapat tahu.. hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah2 dieorg dah tau dari kawan2 kat sekolah hahaha!

      Delete
  7. cute sgt watak chiikawa ni! memang kegemaran gegirls laaa

    ReplyDelete
  8. Cute sebab tu gegurls semua suka Chiikawa ni 😅 Nama pun singkatan dari perkataan "small & cute" hihi

    ReplyDelete
  9. Hahahahahah mereka nih kadang begitu... Belum coba, belum lihat, belum rasa, dah bilang tak suka. Tp setelah itu suka 😄😄.

    Saya pun tak tahu lah figures2 ini 🤣. Tak mengikuti manga pula. Tp fylly mungkin tahu.

    Sampai sekarang belum lagi nonton Spiderman. Niat hati nak tunggu sampai masuk Netflix hahahahah. Malas sangat kluar 😂

    Tapi Raka dan ank bungsu dan menonton, katanya memang bagus

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .