Makan Malam di Bebek Kaleyo

Salam Selasa korang,

Perkongsian jalan-jalan ke Jakarta / Bandung kali ni aku susun ikut tempat makan dulu sebelum aku cerita tentang itinerari perjalanan kami. Harapnya korang tak confuse la ye haha. 

Recap tempat JJCM kami dari hari pertama - Bakso Mas Kumis (yang ni belum buat entry lagi sebab tak banyak gambar jadi aku masukkan dalam cerita itinerari nanti), supper di The RR Chocolate (bahagian 1 dan bahagian 2), sarapan pagi di Ah Pek Kopitiam hari esoknya dan seterusnya ialah makan malam di Bebek Kaleyo di Bandung.

Asalnya kami plan makan tengahari di sini tapi gara-gara berlaku sedikit drama di stesen Whoosh, sudahnya kiteorang tak sempat makan tengahari sebab nak kejar masa untuk menonton persembahan di Angklung Udjo. Jadi korang boleh tekalah tahap lapar kiteorang bila tiba waktu makan malam 😝. Memang takde mood sangat nak snap gambar jadi snap mana yang sempat aje waktu tu.


Bebek Kaleyo
Plan makan tengahari di Bebek Kaleyo ni bertukar menjadi makan malam

Aku pilih ke sini selepas direkemen oleh Fanny. Katanya bebek (daging itik) kat sini lebih sedap dan juicy. Menu pun lebih banyak pilihan. 


Bebek Kaleyo
Tempat lebih luas dan selesa berbanding Bebek Waluya yang kiteorang pergi semasa kali terakhir ke Bandung

Anak-anak, kakak dan Suami Terchenta tak makan bebek jadinya dieorang pilih menu ayam sementara aku, mak dan adik pulak pilih menu bebek. Setiap pesanan datang sekali dengan nasi putih dan ulam timun hiris dan daun kemangi. Korang boleh tengok menu kat SINI. Selain dari hidangan nasi, Suami Terchenta tambah sambal mangga, aku tambah tempe goreng, kakak pulak tambah tahu goreng dan sayur asem, dan kiteorang semua setuju nak tambah pisang goreng untuk pencuci mulut. Tapi tu la, gambar yang tambahan ni ada yang nan hado sebab semua macam piranha kelaparan! 🤣

Untuk minuman pulak, Khadeeja pesan es kelapa dalam gelas, Khayla pesan teh botol dan yang lain-lain semua mintak es jeruk. Ish, sedapnya es jeruk, sambil menulis ni aku terbayang-bayang kesedapan es jeruk sejuk-sejuk tu tau! 🤤

Masa menunggu sekitar 10 minit untuk pesanan sampai. Perut pulak dah makin berkeroncong. Masing-masing kepenatan dan kelaparan, sampai tak teringat nak ambik gambar family haha.


Bebek Kaleyo
Sementara menunggu aku ambik gambar sekitar restoran

Bila makanan sampai, ni je la gambar yang aku sempat ambik sebab masing-masing dah tak sabar-sabar nak makan 😜:


Bebek Kaleyo
Bebek dibakar dengan arang tempurung kelapa, ditabur dengan bumbu khas Jawa dengan rasa manis bercampur umami

Bebek Kaleyo
Yang ini pula versi ayam goreng kremes (rangup)

Bebek Kaleyo
Bebek Madura - daging itik empuk dilumur dengan bumbu khas Madura

Bebek Kaleyo
Sambal mangga - rasanya masam manis dan sedikit pedas


Bebek Kaleyo
Alamak, ni aku lupa apa 😅

Bebek Kaleyo
Aduhhh... sedapnya es jeruk!

Macam yang Fanny cakap, bebek kat sini memang sedap, isinya lembut, juicy dan perapan meresap sampai ke tulang. Cuma satu je - sambalnya pedas yakmat! 😂 Kiteorang ni pulak tak makan pedas dan mak aku lagi la, sejak sembuh dari kanser NPC (melibatkan saluran telinga, hidung dan tekak), langsung tak boleh makan pedas sikit pun sebab tekaknya sensitif. Aku rasa sambal kat sini mesti buat dari cabe rawit sebab pedasnya lain machiam! 😆. Oleh sebab tu, aku rasa kalau ke Bandung lagi aku akan pilih untuk repeat di Bebek Waluya je sebab sambalnya boleh pilih nak sambal merah, ijo atau sambal tomat (sambal tomato yang tak pedas).

Keseluruhan harga makanan kami bertujuh ialah RM100+ je! Murah sangat makan di Bebek Kaleyo dengan pelbagai macam lauk sampingan yang kiteorang pilih. Overall, sangat affordable dan mesra poket. Tempat pun selesa dan bersih. Bagi aku tempat ni sesuai untuk bawak keluarga yang ramai makan di sini.


Bebek Kaleyo
Jumlah harga sekitar 466k rupiah atau RM100+

Post a Comment

17 Comments

  1. mcm teringin nak try mkn bebek tu...rege memang sgt murah laaaa so memang majority org msia gi jjcm ke indonesia selain jjcm kat thailand

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal MZ. Klu diet, tak seronok la pergi jalan2 dua2 negara ni sbb makanan kat sana sedap2 semuanya 😆

      Delete
  2. ammi pun tak makan bebek tapi taktaulah kalau bebek goreng macam ni boleh dimakan ke tidak. Kalau yg jenis masak kari, berkuah semua tu ammi tak suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh, saya suka. Klu kat Malaysia, saya suka itik salai MLCP. Selain tu, peking roast duck kat restoran masakan Cina Muslim pun saya suka jugak.

      Delete
  3. Mujurlah masa menunggu cuma 10 minit. Tak sempatlah nak bertukar jadi hijau ye ahak 😆

    Agaknya dekat sana mmg biasa nasi dihidang bersama daun kemangi ye. Tengok dekat blog Kak Faiza pun nasinya disertakan daun kemangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaa, tak sempat sis makanan dah sampai depan muka hihi. Cuma tak sempat ambik gambar semua makanan dan ambik gambar family sbb masing2 penat + lapar!

      Yang pasal daun kemangi tu tak sure pulak. Kena tanya Fanny tu.

      Delete
  4. sedapnyaaaa bebek!!!SA suka....Nampak terliur betul tengok bebek bakar & es jeruk tu! Tapi aduh, bab sambal pedas yakmat tu memang kena fikir 2-3 kali kalau jenis tak tahan pedas. Bagus jugak maklumat pasal sambal kat Bebek Waluya tu, sekurang-kurangnya ada pilihan sambal tomato yang mesra perut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiteorg ni semua tak makan pedas jadi bila dapat sambal pedas camni makan sambil lap hidung la jawab nya 😆 tapi tu pun cicah sikit2 je. Kalau kat Bebek Waluya tu, sambal tomat tu smp licin saya makan sebab sedap!

      Delete
  5. Kat Sunway Pyramid pun ada kedai bebek nanti nak try lah juga. Dah lama tak minum es jeruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ye Shai. Nak kena Google ni. Es jeruk sedap minum sejuk2 fuhhh

      Delete
  6. Replies
    1. Sedap bebek dan ayam kat sini, juicy dan tak liat. Tapi sambal pulak pedas hehe

      Delete
  7. Tak sempat ke sini sebab suntuk sangat masa. Moga sampai nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah ada rezeki sampai la ke sini kak 😄

      Delete
  8. Aiiih tak pesan nasi goreng bebek di sana yaaa. Di sana nasgor bebeknya enaaak 😄😄. Smokey nya dapat sangat.

    Tapi memang sambal dia pedas. Tp sambal mangga tak terlalu lah 😅😅.

    Kalau pakai sambal mangga, itu kebiasaan orang Madura. Mereka makan bebek pakai sambal mangga.

    Kalau daun kemangi itu, memang ulam yang biasa ada di menu2 bebek atau ayam goreng begini. Pasti kebanyakan pakai kemangi.

    Saya sendiri sukaa kemangi, Krn sayuran ini wangiiii. 😄🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh saya langsung lupa pesan kamu tu utk cuba nasgor di sini 😅 kerana saya terbayang2 nasi bebek kayak di Bebek Waluya tempoh hari 🤭

      Delete
  9. Masing-masing semua dah tersampuk Es Jeruk ekk hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .