Salam Isnin kawan-kawan,
Ni kisah minggu lepas. Kakak aku ajak kiteorang makan tengahari di restoran Jamun. Memandangkan dah lama tak menikmati makanan India, aku pun setuju dengan cadangan kakak.
Menarik motto restoran ni - All Things Indian. Moh ler tengok hidangan yang kiteorang pesan dan rating aku mengikut bilangan 👍🏻. Makin banyak 👍🏻, makin tinggi rating hehe.
 |
| Untuk starter, kiteorang pesan palak patta chaat - daun bayam goreng, kentang, kacang kuda dengan yoghurt dan biji buah delima. Sedap, ada rasa savoury dari daun bayam goreng dan murukku dan masam manis dari yogurt dan biji buah delima 👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Anak-anak nak makan cheese naan. Sedap jugak cheese naan ni, cuma cheese dia takde la melimpah-ruah sampai kena tarik panjang tu 🤭 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Ayam tandoori ni juicy dan rempahnya meresap sampai ke isi dalam 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Aku pesan nasi briyani kambing. Nampak je macam portion kecik tapi banyak dan tak habis makan sampai kena bungkus bawak balik. Malam tu aku dan Suami Terchenta sambung makan berdua 😅 Agak pedas bagi aku tapi cukup rempah-ratus dan sedap 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 |

|
| Suami Terchenta dan kakak aku masing-masing pesan nasi daun pisang. Aku rasa lebih kurang je macam yang dekat Bananabro tu. Harga berpatutan (RM11.90), unlimited refill nasi dan kuah. Terlupa ambik gambar yang dah dicampur dengan kuah sebab lambat sangat dieorang hidang satu persatu 😅 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Dessert - aku pilih pistachio kulfi, sejenis aiskrim tradisional dari India. Lemak berkrim tapi at the same time refreshing jugak 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Kakak pesan gulab jamun - bebola goreng dibuat dari tepung susu dan ghee dan direndam dalam sirap gula berperisa dan ditabur dengan badam cincang. Yang ni sedap tapi manis leting! Makan sesuap lepas tu aku tak mampu nak makan lagi sebab manis sangat 👍🏻👍🏻👍🏻 |
 |
| Alhamdulillah, kenyang. Nak datang lagi ke? Erm. Susah sikit nak cari parking kat sini jadi unless betul-betul teringin, mungkin tak kot 🤭 |
2 Comments
Naan cheese tu memang susah nak jumpa yang cheese tarik.
ReplyDeletePenat kira 👍 dekat ayam tandoori tu..hihihi
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .