Sarapan di Ah Pek Kopitiam

Sambung kisah JJCM di Jakarta. Sebelum bertolak ke Bandung, Fanny dan Raka jemput kami di hotel seawal jam 7 pagi lagi untuk sarapan bersama. Plan asal Fanny nak bawak kiteorang mencuba bakso Malang tapi terpaksa cancel sebab kedainya bukak agak lewat, pukul 9 pagi. Kiteorang pulak dah plan nak jumpa kakak, adik dan mak aku di Stesen Halim untuk naik keretapi Whoosh sama-sama ke Bandung. Akhirnya Raka pun mencadangkan Ah Pek Kopitiam sebab restorannya bukak awal pagi.


Ah Pek Kopitiam Jakarta
Ah Pek Kopitiam

Pagi tu aku agak teruja sebab belum pernah mencuba restoran kopitiam di Indonesia jadi aku teringin nak tengok perbezaan kopitiam di Malaysia dan Indonesia. Rezeki kami dapat parking betul-betul depan pintu masuk ke restoran sebab kat sini parking agak limited. 


Ah Pek Kopitiam Jakarta
Suasana dalam restoran

Walaupun kiteorang sampai awal pagi, tapi dah ramai pelanggan di dalam restoran. Menurut Raka, restoran Ah Pek Kopitiam yang kiteorang pergi tu baru je beroperasi selepas berpindah dari lokasi lama yang tak jauh dari restoran ni. Patutlah kedainya nampak baru je.

Restoran Ah Pek Kopitiam ni kelihatan agak luas dan susunan meja pun tak serapat kebanyakan kedai kopitiam di Malaysia.

Selepas kiteorang duduk, staff restoran terus menghantar menu ke meja kiteorang. Ternyata menu di sini agak berbeza dengan menu kopitiam di Malaysia walaupun ada juga hidangan yang sama seperti roti bakar, dimsum, roti canai / roti prata, telur separuh masak dan egg tart. Kalau di Malaysia, menu kopitiam cenderung ke arah hidangan nasi lemak, nasi ayam Hainan, kari laksa, mi kari dan char kuey teow, tapi di Ah Pek Kopitiam, menunya cenderung kepada hidangan nasi goreng, bubur ayam dan hidangan mee macam mee gepeng dan misoa kuah.

Dah alang-alang berada di kopitiam di Jakarta, wajiblah aku mencuba menu lokal di Jakarta. Agak rambang mata sebab tak tau nak pilih nasi goreng, mee atau bubur ayam. Akhirnya aku pilih untuk mencuba mee gepeng pedas ayam kecap.


Ah Pek Kopitiam Jakarta
Mee gepeng pedas ayam kecap

Mee gepeng merujuk kepada sejenis mee yang lebar dan nipis. Mee diaduk dengan kicap dan dihidang dengan sayur sawi celur, bawang goreng, isi ayam yang dicarik dan kulit wantan di atasnya, dan semangkuk sup kosong. Suapan pertama mengingatkan aku kepada rasa chilli pan mee. Rasanya sedap, manis kecap dan rasa savoury yang seimbang.

Oleh sebab Suami Terchenta bersengkang mata kena bekerja malam sebelumnya, pagi tu dia tak berapa lapar. Jadi dia pulak pesan pandan kaya toast.


Ah Pek Kopitiam Jakarta
Pandan kaya toast

Rotinya dibakar sekata dan disapu dengan kaya pandan. Mentega antara kepingan roti tu masih lagi dalam bentuk ketulan, dan tak disapu sekata. Bagi aku, aku suka gigit mentega yang masih berketul macam ni sebab dapat rasa masin mentega dan manis dari kaya tu bergaul mesra dalam mulut hihi. Tapi ada orang tak suka rasa mentega dan prefer mentega tu disapu rata atas roti.

Raka dan Khadeeja pesan bubur ayam - Khadeeja pesan bubur ayam original dan Raka pulak pesan bubur ayam telur asin:


Ah Pek Kopitiam Jakarta
Bubur ayam original

Ah Pek Kopitiam Jakarta
Bubur ayam telur asin

Nampak sedap bubur ayam tu. Bubur ayam ialah hidangan sarapan pagi yang popular di Indonesia. Mungkin lain kali bila ke Jakarta lagi, aku akan mencuba bubur ayam pulak.

Fanny pulak pesan misoa kuah tomyam bakso seafood. Aku cicip sikit misoa ni - sedap betul kuah tomyam nya! Yang ni pun aku masuk bucket list untuk dicuba lain kali.


Ah Pek Kopitiam Jakarta
Misoa kuah tomyam bakso seafood

Antara kedua-dua anak dara aku tu, Khayla sejenis yang tak berapa adventurous bab-bab mencuba makanan baru. Jadi untuk Khayla, dia pesan roti prata dengan kari ayam:


Ah Pek Kopitiam Jakarta
Roti prata kari ayam dengan roti prata ekstra


Hidangan yang agak popular di Ah Pek Kopitiam ialah egg tart. Fanny pesan untuk kiteorang kongsi buat raso-raso. Sedap jugak, rasanya sama je dengan egg tart di Malaysia.


Ah Pek Kopitiam Jakarta
Egg tart

Untuk minuman pulak, Suami Terchenta pesan teh tarik dan aku dengan Fanny pesan kopi tarik butter. Yang ni aku tak ingat pulak rasanya macamana. Tapi yang penting sedap, cuma kopi tarik aku tu tak berbuih, tak macam kopi tarik yang Fanny pesan 😅. Mentega pun agak lambat mencair sebab kopi tu tak berapa panas.


Ah Pek Kopitiam Jakarta
Kiri: Teh tarik; kanan: Kopi tarik butter

Actually ada beberapa makanan lain lagi yang dipesan oleh Fanny dan Raka tapi aku lupa ambik gambar rupa-rupanya. Nak tengok senarai lengkap makanan yang dipesan, korang boleh baca kat blog Fanny ya.

Insha Allah kalau ada rezeki ke kopitiam di Jakarta lagi, aku nak cuba misoa yang Fanny pesan dan jugak bubur ayam telur asin sebab nampak menarik betul 😋.

Alhamdulillah, sekali lagi terima kasih Fanny dan Raka sebab belanja sarapan pagi di Ah Pek Kopitiam 🫶🏻. Semoga murah rezeki selalu, Ameen YRA 🤲🏻.

Post a Comment

20 Comments

  1. Sedap belaka nampaknya tu. And i like plating utk roti bakar tu, nmpk wow.

    Masa pergi Bandung dulu, setiap pagi sarapan bubur nasi. Sebab sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la rasa nak kena pergi Jakarta lagi nak cuba bubur ayam, ehhhh 😜

      Delete
  2. Best betul dapat parkir depan resto. Luas betul ruang dalam tu, jarak meja pun jauh-jauh. Suka macam ni lebih privacy sikit kan.
    Menu-menu pun menarik. Cawan dia tu menarik betul. Versi kopitiam chinese lama-lama kot ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Pizzah. Kalau kat OK tu meja rapat giler orang sebelah bergosip kita tak sengaja tumpang sekaki hehe

      Delete
  3. terliur tgk pandan kaya toast...color restoran hijau merah nice

    ReplyDelete
  4. Mi goreng pedas ayam kicap dan bubur tu alahai terliur pulak Carneyz.

    ReplyDelete
  5. Makanan kopitiam camni saya cukup suka! Rasanya pun mesti tak jauh beza dgn yg kat malaysia. Misoa kuah tomyan tu nampak nyam betul

    ReplyDelete
  6. Di aduk dengan kicap, tapi kicapnya tak berapa nampak kan?

    ReplyDelete
  7. Nampak sedapnya semua tu. Terus kelaparan tengok malam2 ni.

    ReplyDelete
  8. Tak dapat makan bakso Malang pulak ye. Sedap tu, pernah makan di Bromo. Bubur ayam tu pun sedap.

    ReplyDelete
  9. sungguh mengiurkan menunya.
    weols jika sudah breakfast satu tempat, mmg tempat tu je la jadi port utk hari selepas2nya.

    ReplyDelete
  10. Variety nya makanan di situ.. sama lah macam wife tak suka explore sgt makanan di tempat lain.. nampak lain terus tak nak cuba hahaa.. kita ni je ngap semua benda hahahaa..

    ReplyDelete
  11. Nampak sedap semua. Ada nampak persamaan kopitiam Indonesia dan Malaysia.

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya saat di bandung kemarin, di situlah bubur ayam tersedap ada 😄😄. Saya dah coba banyak bubur ayam dari kota2 Indonesia, dan yg tersedap memang bubur ayam Bandung. 👍👍. Suwiran ayamnya bisa melimpah dengan topping banyak.

    Kreatif bandung kalau buat bubur ayam.

    Nanti kita hunting bubur ayam kalau ke bandung lagi 😄.

    Kopitiam di jakarta ini ada bebrpa yg sudah saya coba, tp tak banyak yg sesuai dengan selera saya. So far baru 2, ah pek Kopitiam dan Lao Ban Kopitiam. 2 ini sedaaap. Patokan saya Kopitiam tuh sedap atau tidak, dari kopi nya 🤭😄.

    Kopinya tak sedap, saya tak suka.

    Ada juga Kopitiam sini yg menu2nya cendrung Malaysia, ada nasi lemak , CKT etc. Tapi tak saya rekomen. Sebab masih lebih enak nasi lemak di sana hahahahah

    Mungkin yg membuat kopi tarik kita, 2 orang berbeda. 1 dah expert, 1 lagi baru belajar 🤣🤣. Makanya berbeda bentuknya 😅

    ReplyDelete
  13. Menarik tengok perbezaan menu kopitiam Indonesia dan Malaysia ni 😍 Nama “mee gepeng” tu terus buat curious.

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap2 makanan dan minumannya tambah2 ada orang belanja kan. ha ha ha

    ReplyDelete
  15. nampak sedap belaka. i terliur bubur dan butter kaya toast tu

    ReplyDelete
  16. Kyra pun sama mcm Khayla...sangat tak adventurous bab makanan. Nama pun dah lebih kurang dorang berdua ni ye.

    ReplyDelete
  17. Higher education brings endless reading lists, complex essay prompts, and strict citation guidelines. Trying to format every bibliography correctly while writing long essays can easily drain your mental energy. Turning to trusted student assignment help gave me a fresh perspective on difficult academic topics. Utilising prompt assignment help in Luton assistance helped me refine my overall paper structure and hand in well-crafted essays consistently

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .