Salam Isnin kawan-kawan,
Masa kiteorang menginap di Moxy Bandung bulan lepas, kami ambik bilik sekali dengan sarapan pagi di hotel. Sarapan pagi di sini berkonsepkan buffet dengan kebanyakan menu yang dihidangkan ialah makanan tempatan. Sepanjang tiga hari kami menginap di Moxy Bandung, menunya ada yang berubah dan ada juga yang kekal sama. Contohnya jajanan pasar (kuih-muih pasar) bertukar setiap hari, begitu juga dengan nasi goreng. Tapi stesen mee dan bubur ayam ialah menu rutin setiap pagi di sini.
Jom tengok variasi makanan yang dihidangkan di Moxy Bandung untuk sarapan pagi:
 |
| Variasinya boleh dikatakan sederhana tapi memuaskan - ada nasi dan lauk-pauk, roti, Indomie, kuih-muih, bubur ayam, dessert, waffle, pizza, aneka gorengan, salad, yogurt dsb. |
 |
| Tak tau nak makan apa? Boleh putar roda ni hihi |
Memandangkan aku teringin nak cuba nasi goreng di Indonesia, menu pertama yang aku pesan ialah nasi goreng sosis (sosej). Nasi goreng dihantar panas-panas ke meja. Dari segi rasa, hmm. Not bad la, tapi aku yakin di Indonesia ada nasi goreng yang lebih asli dan sedap dari ni. Ni kalau kat Malaysia kita panggil nasi goreng biasa tambah sosej kot.
 |
| Ada menu yang made-to-order jugak |
 |
| Noodle / egg station - mee to memang spesifik Indomie tinggal pilih nak perisa apa je nanti dieorang buatkan |
Next, aku pesan omelette pulak di
egg station. Tapi aku tak tau kenapa aku tak ambik gambar. Omelette tu ok la, macam rasa omelette biasa.
Anak-anak pulak nampak ada Indomie, terus nak pesan Indomie. Seorang pilih Indomie perisa asli dan seorang lagi pilih perisa ayam bawang. Sekali lagi, aku kecewa dengan diri-sendiri sebab tak ambik gambar haha. Sebabnya kiteorang kejar masa sebelum pak supir sampai. Jadi memang fokus makan. Snap gambar pun ala kadar je 😅.
Menu yang lain aku tak sempat cuba tapi boleh tengok gambar di bawah:
 |
| Bubur ayam dengan kondimen |
 |
| Lauk-pauk (ayam kremes dan tumis kailan) dihidangkan bersama dengan nasi putih. Ada kueteow goreng jugak |
 |
| Pancake, waffle, kuih-muih, Umm Ali (puding roti versi Mesir) dan mini pizza |
 |
| Atas: Roti dan bun. Bawah: Donut dan pilihan sapuan atas roti (jem, mentega, mentega kacang, madu dsb.) |
 |
| Atas: Aneka gorengan. Bawah: Bruschetta |
 |
| Ada mix veggie dengan potato wedges jugak |
 |
| Pilihan jus buah-buahan, jamu dan jeruk. Jamu tu unik dan menarik. Mak aku sorang je la yang mencuba. Aku tak berani cuba sebab doktor tak bagi (buah pinggang aku ada masalah sikit). |
 |
| Wefie sambil bersarapan |
Overall bagi aku makanan kat sini OK-OK je la tapi biasa je nyah. Takde yang outstanding yang buatkan aku teringat-ingat la makanan kat Moxy Bandung tu (selalunya kalau best mesti aku akan teringat je lepas tu next time aku pergi situ aku akan repeat tempat tu). Aku rasa kalau ada masa yang lebih panjang, aku nak explore makanan di luar hotel sebab selepas 2 hari, aku rasa bosan makan kat sini sebab variasinya tak banyak berubah. Itu pandangan aku la.
10 Comments
Nampak banyak juga pilihan tu... Tapi bab rasa tu subjective la kan
ReplyDeletePilihan ok la ada variasi cuma kalau dibandingkan dengan hotel jenama Marriott yg lain, pilihan kat sini kira sederhana je sis. Rasa ok cuma takde yg menonjol.
Deletesiap ada indomie tu yer..rasanya kalau kat msia, tak delah menu indomie utk buffet breakfast... anyway salam hari isnin to u...hari ni uia 1st day new sem, i ada kelas pukul 10 am jap lagi
ReplyDeleteIndomie kira macam national food kat sana kot. Tapi ok la, anak2 saya memang suka Indomie dan skrg dah ada flavour baru dieorg suka sejak makan kat sini - indomie ayam bawang 😅
DeleteSalam Isnin MZ. Selamat bekerja on first day of new sem 😃
Bila menginap hotel yg ada breakfast rasaaa seronok
ReplyDeleteSemangat pg2
Kan byk pilihannn
Aah Cik Nur. Tak payah pening fikir kat mana nak makan pagi2 hehe.
Deletesiap ada putar roda...oh tk brp best ye..moxy putrajaya best menu bfastnya
ReplyDeleteklu dah tak tau nak makan apa, putar je roda tu hehe. Aah, sedap tapi biasa2 je makanannya.
DeleteBiasalah anak tekak masing2 yang aku rasa sedap dan enak belum tentu kamu setuju. Apa pun bersyukur atas nikmatinya.
ReplyDeleteSetuju.
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .