Salam Isnin kawan-kawan,
Jumaat lepas adik aku dan wife dia nak pergi shopping baju raya di KWC. Jadi kakak aku pun bawak la anak buah kiteorang si kecik Harith tu datang ke rumah. Kakak aku kata Harith lasak sangat jadi kalau dia penat, aku boleh tolong tengokkan Harith sementara kakak aku berehat kejap.
Aku kan takde anak lelaki dan ni first time aku menjaga anak buah aku yang seorang ni. Fuhhhh... memang mencabar ye! 🤣 Salute to boys' moms (and aunties) out there 🫡. Tapi Harith ni takde la nakal, dia cuma tak boleh duduk diam je. Ada je dia nak tanya, nak mengekor, nak buat itu ini. Aku hantar Khadeeja ke sekolah pun dia nak ikut sebab nak naik motor. Lepas tu nak ikut aku pergi ambik parcel dekat bilik parcel. Kemana-mana aku pergi dia nak ikut. Attention span budak lelaki tak sama dengan budak perempuan. 5 minit dah bosan! 😂 OK fine, marilah tolong Anjang (gelaran Harith untuk aku sebagai makcik #2) di dapur.
Disebabkan dia taknak nap tengahari tu, jadi aku suruh dia tolong aku buat chocolate muffin. Walaupun umur dia baru 4 tahun, tapi dia agak cekap dan cermat masa mengukur bahan-bahan muffin tu. Ada la tumpah jugak tapi tak bersepah sangat. Lepas tu dia tolong masukkan adunan dalam acuan muffin (part ni comot-comot dan tak rata, tapi what do you expect, dia umur 4 tahun lagi kot hahaha!) dan tinggal aku masukkan dalam ketuhar je. Sementara tu, dia tolong lapkan kaunter dapur (lepas tu of course la aku kena lap sekali lagi sebab masih comot-comot lagi ðŸ¤). Tapi effort dia tu memang aku puji la.
![]() |
| Kakak aku curi-curi ambik gambar dia tengah berdiri atas kerusi tolong aku kacau adunan muffin |
![]() |
| Good job, Harith! Elok cantik je kejadian muffin ni takde la melimpah-ruah keluar cawan 🤠|
Sementara aku tunggu dada ayam direbus untuk kuah laksa Sarawak, dia tolong potong tomato dan capsicum untuk dibakar. Yang ni pun aku kagum jugak sebab dia pandai potong sayur-sayur tu sendiri lepas aku ajar dia nak pegang kat mana supaya tangan tak kena pisau dan nak hiris macamana. Lepas tu dia tolong lumurkan minyak zaitun dan taburkan garam dan mixed herbs sebelum aku bakar dalam ketuhar.
![]() |
| Kemain seronok dia tuang minyak zaitun tu! 😜 |
Bila dada ayam dah masak, Harith tolong kakak aku racik isi ayam. Lepas tu tolong aku tapis kepala dan kulit udang yang aku dah blend ke dalam kuah laksa. Sementara aku keluarkan bahan-bahan sup tomato dari ketuhar, dia tolong kacau kuah laksa. Kakak aku goreng telur dadar Harith pun sibuk nak terbalikkan telur dadar tu dalam kuali 😂. Memang bersemangat betul dia tolong kiteorang kat dapur!
Oleh sebab dia dah rajin tolong kat dapur, jadi kiteorang bagi upah bawak main kat playground ðŸ¤. Tapi sebelum turun, dia ikut aku solat Asar sekali.
![]() |
| Semoga awak jadi anak yang soleh ya, Harith... |
Tibalah masa yang ditunggu-tunggukan oleh si cilik Harith ni - main di playground! 🤣
![]() |
| Sampai ke petang dia tak nak tidur. Ni confirm mengamuk sebelum tidur nanti, bertabahlah mama dan babah Harith 🤠|
![]() |
| Takde budak kecik lain yang bermain kat sini, jadi dia sorang je la conquer satu playground ni 😆 |
![]() |
| Main sampai puas. Biar malam nanti dia tidur lena 😮💨 |
Dekat-dekat Maghrib kiteorang pun cakap kat dia - jom balik, Harith. Dia tak membantah, good boy, Harith! Balik rumah, Suami Terchenta dah balik dari ofis rupa-rupanya sebab MS Outlook down 😆. Bila nampak Suami Terchenta, Harith terus taknak kakak aku mandikan dia, dia nak Suami Terchenta yang mandikan! 🤣 Sementara Harith mandi dan pakai baju dengan Suami Terchenta, aku dan kakak solat Maghrib sebab nak menyiapkan hidangan laksa Sarawak.
![]() |
| Semangat Harith ikut solat berjemaah jugak walaupun sekerat jalan dia bosan lepas tu lari ke dapur nak tengok kiteorang buat apa 🤠|
Alhamdulillah, dengan pertolongan pembantu cilik di dapur, siaplah beberapa hidangan makan malam. Asalnya aku nak buat laksa Sarawak je, tapi since Harith sibuk nak tolong itu ini di dapur, bertambahlah menu sebab nak bagi Harith 'sibuk' 🤪.
![]() |
| Sup tomato dengan roti sourdough ditabur dengan keju parmesan |
![]() |
| Kejadian chocolate muffin yang Harith buat siang tadi 😊 |
![]() |
| Nasib baik ada kakak aku tolong siapkan bahan-bahan laksa ni jugak. Sementara dia goreng telur dadar, aku masak sambal laksa dekat sebelah. Jimat masa dan tenaga. |
Tapi siyes penat eh, jaga budak ni! 🤣 Mungkin sebab aku dah lama tak jaga budak kecik, jadi dah lupa budak-budak umur ni memang energy dieorang tak pandai habis! Aku ni pulak dah slow down dan masuk fasa chillax je, tetiba kena match energy dengan Harith ni. Fengsaaannnn! Tak pernah-pernah aku tidur seawal pukul 10 malam lepas dieorang balik rumah kakak 😂. Nasib baik ada anak-anak dara yang mengemas meja dan dapur semalam.
P/S: Betul sangkaan aku, sebelum balik Harith mula meragam dan mengamuk gara-gara tak tidur siang. Baru sampai dekat lif nak turun ke parking, dia dah tertidur kepenatan dalam dukungan babah dia 😆. Harith, Harith!











1 Comments
anak adik akak ada sorang yg laki hyper btul...umur rsnya lebihkurang harith ni juga...sronok la ada pembantu cilik tu walaupun kecik tp mcm2 die tlg tu..sedap tgk laksa sarawak tu
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .