• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Tuesday, November 12, 2024

Aktiviti Green Living Day Anjuran Pengurusan Kondo

Throwback masa sebelum kena influenza. Pihak pengurusan kondo tempat kiteorang duduk ni kadang-kadang ada buat aktiviti komuniti untuk penduduk. Aktiviti terakhir yang kiteorang join ialah Green Living Day. Antara acara yang berlangsung sempena Green Living Day ni ialah ceramah tentang amalan kitar semula, pengumpulan bahan-bahan kitar semula (baju lama, surat khabar lama, botol plastik dan tin aluminium), dan jualan bahan-bahan mesra alam sekitar. 


Aktiviti Green Living Day yang dibuat di dewan serbaguna dekat bawah bangunan kondo

Sehari sebelum join aktiviti ni, aku dah siap-siap kumpulkan buku-buku latihan sekolah anak-anak yang terpakai, kertas terpakai dan baju-baju lama untuk dikitar semula. Yang best tu lepas serahkan barang-barang terpakai ni, kiteorang boleh pilih sayur-sayuran sebagai ganjaran (terhad kepada 500g untuk setiap rumah). Since tak banyak boleh ambik, aku ambik sayur yang kecik-kecik je - bendi, cili dan timun kecik. Jimat duit tak payah beli sayur minggu tu hihi.


Antara barang-barang yang diterima untuk kitar semula

Boleh jugak beli sabun mesra alam sekitar, cuma kena bawak botol sendiri

Ada jualan kain lap kayangan jugak. Aku sekadar tengok je la. Dulu zaman PKP viral kain lap kayangan ni tapi aku tak pernah terjebak hihi

Anak-anak pulak join aktiviti membuat helikopter berasaskan tenaga solar. Setiap peserta yang berdaftar akan menerima kit membuat helikopter berasaskan tenaga solar.


Anak-anak dan helikopter masing-masing

Khayla dan helikopter yang dah siap dipasang

Helikopter Khadeeja

Macam biasa, bila join aktiviti pengurusan kondo akan dapat makanan percuma - sandwich dan jus buah-buahan. Sedap jus tu, botol pun unik 😃

Aktiviti macam ni memang best tapi aku harap lepas ni pihak pengurusan kondo akan buat aktiviti yang lebih merapatkan hubungan sesama jiran contohnya aktiviti sukaneka ke. Setakat ni aku cuma bertegur-sapa dengan jiran yang aku selalu bertembung dekat lif je - makcik rumah hujung yang selalu turun mengaji di Ampang, pakcik Cina yang petang-petang hantar cucu dia pergi tuisyen dan parent yang sama-sama hantar anak ke sekolah Khayla. Biasanya warga emas ni lebih friendly dari warga yang muda dan sebaya aku. Mungkin sebab kat ofis dah penat menghadap pe'el orang kan, balik rumah dah malas nak bertegur dengan orang yang tak dikenali kot 🤭. Macam tu la kehidupan berjiran di KL ni hihi.

Read more »
on Tuesday, November 12, 2024 22
Share this!
Tags
Daily Life, Family Activities, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, November 11, 2024

Lepas Kena Influenza, Kena Food Poisoning Pulak...

 Wahh... dah lama betul aku tak update blog ni. Dah bersawang blog ni, kesiannya hmm... 

Kisahnya, lepas kena influenza A, mood blogging tu menurun sikit sebab seminggu lepas tu masih rasa takde tenaga, batuk-batuk dan pening kepala. Dahsyat kan kena influenza A ni? Anyway, baru nak baik, aku kena food poisoning pulak! Mak aih... Yang ni memang berguling-guling dibuatnya. Mula-mula aku sangkakan kena gastrik sebab pedihnya dekat bahagian atas perut, tapi at the same time, perut rasa sebu jugak. Aku telan Gaviscon pun tak reda jugak pedih mencucuk-cucuk tu. Lepas beberapa jam menahan rasa sakit mencucuk-cucuk tu, tetiba rasa loya pulak. Lepas tu bermula la episod ulang-alik masuk tandas membuang 😮‍💨. 3 hari jugak la aku dilanda food poisoning. Syukur la aku sorang je yang kena, yang lain-lain tak kena. Tak pasti apa yang aku makan sampai kena keracunan makanan. Apa pun, benda nak jadi kan, mungkin ada dosa aku yang Allah nak angkat 😉.

The good thing is bila kena influenza lepas tu food poisoning, berat pun turun sikit. 3 hari membuang tak henti-henti, aku turun 1kg. Nampak tak degil betul lemak aku ni, orang lain agaknya hilang la 3-4kg kalau kat tempat aku, tapi aku turun 1kg je 🤪. Hakikatnya, itulah cabaran bila ada PCOS. Berat tu susahhhhh sangat nak turun. 

Lepas sembuh dari keracunan makanan dan influenza A, mood nak blogging tu terus menjunam. Ditambah lagi dengan berita dunia semasa ni yang buat darah aku naik (pilihanraya US, g*n*s*d dekat G4z4 & L3b4n0n) memang takde mood nak online! 😔. Nak blogwalking pun takde mood jugak. Huhu... Insha Allah lepas ni aku cuba cari balik mood nak blogging dan blogwalking ni ye. 

Terima kasih kepada kawan-kawan yang masih sudi singgah di blog ni 🫶🏻. Nanti dah ada mood aku pergi blog korang pulak ye. Jom sama-sama kita amalkan doa untuk kesihatan ni, semoga kita semua sentiasa diberikan kesihatan yang baik 🤲🏻.


doa kesihatan
Read more »
on Monday, November 11, 2024 18
Share this!
Tags
Daily Life
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, October 24, 2024

Beli Tumbler Pintar Jenama WaterH

Aku ni sejenis susah la nak minum air sebab aku tak cepat rasa dahaga. Kadang-kadang aku sendiri tak perasan aku dahaga sebab khusyuk dengan benda lain. Ada tak orang yang macam aku ni? Sebenarnya ini ialah tabiat yang tak baik tapi benda tu susah aku nak ubah.

Tapi sejak jumpa Dr Sakinah, dia selalu remind aku minum banyak air demi kesihatan buah pinggang. Jadi nak pastikan aku minum air, aku kena ada botol air pintar yang bukan setakat remind aku minum air sepanjang hari tapi jugak track jumlah isipadu air yang aku minum.

Bulan lepas, aku beli tumbler jenama WaterH dari Amazon. Takde pilihan terpaksa beli dari Amazon, sebab tumbler ni tak dijual di Shopee atau platform tempatan yang lain.


waterH tumbler
Jauh tumbler ni datang dari US padahal made in China hihi.

Keistimewaan tumbler ni ialah ada tracker untuk track jumlah isipadu air yang aku minum sepanjang hari secara automatik. Maksudnya, setiap kali aku teguk air dalam tumbler ni, smart tracker tu akan kira jumlah isipadu air yang aku minum.


waterH tumbler
Sebelum guna buat pertama kali, kena recalibrate botol supaya tracker boleh track jumlah air dengan tepat

Hidrate Spark
Perbandingan botol air lama dengan tumbler baru. Tumbler ni boleh isi sampai 1L air, berbanding cuma 640ml botol air lama

Aku sukaaaa sangat tumbler ni sebab aku selalu lupa minum air jadi selalulah aku tak minum air secukupnya hari tu. Tapi tumbler ni rajin mengingatkan aku minum air dengan cara keluar lampu glowing dekat penutup tumbler dan jugak alert dekat Apple Watch yang aku pakai.


waterH tumbler
Sejak guna tumbler ni, selalu la meet target jumlah air yang aku kena minum sepanjang hari

Satu lagi keistimewaan tumbler ni ialah baterinya yang tahan agak lama sebelum kena caj semula. Jadi nak bawak ke mana-mana senang tak payah risau bateri habis. Nak tengok progress minum air hari tu cuma tengok dekat penutup botol je. Dekat situ akan tertera berapa peratus air yang dah diminum (berdasarkan target jumlah isipadu yang dah siap-siap set dekat aplikasi botol air ni).


waterH tumbler
Jumlah bateri lepas 5 hari pakai. Banyak lagi dalam 80%

Selain dari fungsi botol air pintar, aku jugak suka warna tumbler ni iaitu warna purple lilac, which is my favourite colour! Ada lima pilihan warna tumbler ni - hitam, biru gelap, putih, pink dan purple lilac. 


waterH tumbler
Invest smart tumbler untuk kesihatan tubuh badan

Harga tumbler ni secara jujurnya tak mesra poket tapi aku fikirkan faedah dan kebaikan jadi pejam mata je la bayar! Total aku bayar sekali dengan cukai semuanya USD52.24 atau lebih kurang RM228. So far puas hati pakai dan harap-harapnya bertahan lama la smart tracker tu. 

Read more »
on Thursday, October 24, 2024 20
Share this!
Tags
Products, Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, October 23, 2024

Birthday Party BFF Khadeeja

Sehari sebelum Khadeeja mula tak sihat minggu lepas, kiteorang sempat pergi ke birthday party BFF dia di Wangsa Walk Mall. Mak dia buat birthday party tu di indoor roller skating rink dekat dalam mall.


Roller Light
Happy birthday S! Semoga membesar jadi anak yang solehah dan kebanggaan ibu dan ayah!

Wangsa Walk Mall
Anak-anak excited nak main roller skate

Tudiaa... makanan yang mak BFF Khadeeja sediakan. Semua dia masak sendiri ok. Tapi mak BFF Khadeeja ni memang suka memasak jadi tak hairan la dia sanggup sediakan semuanya sendiri. Katanya senang je sebab guna perencah yang dah siap beli dari Shopee tinggal nak gaul je. Even sayur-sayuran pun dia beli yang dah siap dipotong. Ni la yang dikatakan work smart, not hard 😉.


party food
Makanan ni semuanya homemade

party food
Spaghetti aglio olio, buah-buahan, slider inti daging, baked chicken wings dan meatball dalam sos blackpepper

party food
Ambik semua hidangan buat raso-raso

cupcake
Cupcake ni pulak aku tempah dari kawan aku untuk majlis birthday party ni. Kek perisa vanila, topping pulak perisa coklat mint. Sedap sangat!

Budak-budak ni paling happy dapat berkumpul dan main roller skate sama-sama. Sebenarnya mak BFF Khadeeja ni siap jemput instructor roller skate lagi untuk ajar dieorang roller skate dance, tapi tau la budak-budak ni, menari sekejap je lepas tu dieorang lebih suka roller skate pusing-pusing dalam indoor rink tu. 


birthday party
Ni masa awal-awal sampai, semua posing ayu lagi

indoor roller skate Malaysia
Kawan yang pakai tudung biru tu dah tak sekolah dekat sekolah Khadeeja tapi dieorang masih lagi keep in touch sebab tu dia pun datang jugak ke birthday party S


indoor roller skate Malaysia
Sekejap je dieorang dah pandai roller skate

indoor roller skate Malaysia
Khadeeja dan kawan-kawan

indoor roller skate Malaysia
Ni dah tahun terakhir di sekolah sekarang. Lepas ni masing-masing akan ke sekolah berbeza

indoor roller skate Malaysia
Khayla dan mommy 🥰


The mothers. Yang tengah-tengah tu mak BFF Khadeeja

Read more »
on Wednesday, October 23, 2024 15
Share this!
Tags
Celebrations, Friends Ooh La La
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, October 19, 2024

Terkena Jangkitan Influenza A

fever
Suhu badan masa hari pertama terkena influenza A

Minggu ni aku terpaksa off dari blogging kejap sebab aku dan anak-anak terkena jangkitan influenza A, which aku suspect dari sekolah Khadeeja sebab dia yang mula-mula demam diikuti dengan aku dan Khayla. Ni pun aku baru je rasa sihat sikit nak menulis, walaupun demam tu masih ada.

Kisahnya hari Ahad lepas, Khadeeja dah mula bersin dan batuk-batuk. Malam tu, tiba-tiba dia demam. Suami Terchenta bawak la dia ke klinik, tapi doktor kat klinik tak buat test influenza pun, just bagi ubat selsema, ubat demam dan antibiotik.

Esoknya dia tak pergi sekolah sebab dapat cuti sakit 2 hari. Sepanjang hari tu dia memang nampak tak bermaya dan takde selera makan. Demam dia makin panas. Bila aku dapat mesej dari sekolah yang bagitau ada 2 kes influenza A, dalam hati aku dah terdetik - Khadeeja ni mesti kena influenza jugak ni.

.Malam tu dia muntah. Lepas makan bubur setengah mangkuk dan makan ubat, dia tidur awal (padahal sepanjang hari dia dah tidur). Khayla pulak balik dari sekolah mengadu sakit tekak dan batuk-batuk teruk. Dalam hati aku berkata sekali lagi - ni mesti lepas ni Khayla pun akan demam jugak. Dengan aku sekali la tiba-tiba malam tu bersin-bersin dan sakit tekak.

Pagi besoknya, lepas masak bubur, check suhu badan Khayla - sah, demam. Sama macam Khadeeja, dia pun tak larat nak bangun. Suami Terchenta terpaksa ambik cuti kecemasan bila aku bagitau dekat sekolah Khadeeja ada 2 kes influenza A. Tengahari tu, aku pulak rasa tak sihat dan bila check suhu badan, dah tinggi jugak. 

Sudahnya kiteorang tiga anak-beranak memang terbaring kat katil masing-masing je sebab kepala rasa berat betul nak bangun. Badan rasa penat sangat macam lepas berlari marathon. Sudahnya kiteorang 'pengsan' sepanjang hari. Tak boleh nak describe macamana teruk sangat demam penangan influenza A ni.

Masa tu la rasa menyesal sebab asyik bertangguh renew vaksin influenza dari tahun lepas lagi. Sepatutnya Julai tahun lepas kena renew, tapi tak buat. Lepas tu Julai tahun ni pun lupa jugak. Tup-tup kena influenza A! Aku pernah rasa terkena influenza A ni bila ambik vaksin dan bila tak ambik vaksin. Bila ambik vaksin, simptomnya ringan je, demam pun demam manja je. Sakit badan, sakit sendi, sakit tekak dan batuk kering ni takde. Tapi bila takde imuniti booster dari vaksin influenza, memang full package la simptomnya which is ni dah masuk hari ke-4 masih demam lagi. Batuk sampai nak terkeluar anak tekak dan malam-malam memang susah nak tidur sebab kejap-kejap terjaga sebab batuk teruk. Nasib baik lenguh-lenguh badan dan sakit sendi tu dapat masa hari kemuncak demam panas (hari kedua) je. Sama macam Khadeeja, aku pun pakej muntah sekali. Suhu badan pulak naik sampai dekat 40℃. 

Bila kiteorang pergi klinik untuk kali kedua, aku request buat ujian influenza. Dapat tahu je positif influenza A, baru la doktor bagi pil anti-virus instead of antibiotik. Patut la demam Khadeeja tak turun sebab mula-mula klinik bagi antibiotik. Since antibiotik ni tak berkesan untuk penyakit jangkitan virus, sebab tu la demam dia makin teruk sampai lebih 40℃. Sampai kena lap badan dia selang setengah jam sebab tinggi betul demam panas Khadeeja.

Satu lagi tak larat nak bangun sebab bila demam dan sakit tekak teruk, maka takde selera makan. Makan 2 suap bubur je dah rasa taknak makan lagi. Makan pun sekadar cukup syarat nak ambik ubat. Tapi kelakarnya berat aku ni idok ler turun-turun pun. Sebab tu aku kata lemak kat badan aku ni resistant betul nak terbakar. Orang lain makan 2 sudu bubur 2 kali sehari selama 4 hari mungkin dah turun 2-3 kilo berat badan, aku ni maintain cenggitu jugak 🥺. Susah nak explain kat doktor sebab apa berat aku ni susah nau nak break up dengan diriku yang begitu berharga ni agaknya.

Apapun aku bersyukur sebab Suami Terchenta je masih bertahan tak terkena jangkitan influenza A ni. Dia la yang ambik-alih tugas memasak bubur dan sup ayam dan melayan pesakit-pesakit dalam rumah ni. Dia jugak la tolong tengokkan anak-anak pastikan dieorang makan ubat dan ambik cuti sepanjang minggu ni untuk jaga kiteorang. Anak-anak bulus pun dok tercari-cari kiteorang dalam bilik, hairan agaknya kenapa semua terbaring tak keluar-keluar dari bilik masing-masing.

So itulah perkembangan aku minggu ni. Harap bersabar ye. Sebenarnya banyak je benda yang nak update tapi - eh, penat la menulis. Nak baring lagi. Take care kawan-kawan. Sekarang musim influenza dah bermula seiring dengan perubahan cuaca monsun.

Nota kaki: Takde mood nak menulis jugak sebab tengah berduka dengan gugurnya seorang lagi pejuang kebebasan di Gaza. Semoga Allah terima dia dalam golongan para syuhada.

Read more »
on Saturday, October 19, 2024 19
Share this!
Tags
Daily Life, Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • .:: My Life & My Loves ::.
    21 minutes ago
  • KasihkuAmani
    51 minutes ago
  • a m m i
    51 minutes ago
  • Hidup Itu Indah
    1 hour ago
  • LIFE WITH LOVE
    2 hours ago
  • Anies♥You
    3 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    4 hours ago
  • orangbukit
    4 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    4 hours ago
  • Travel My Way
    4 hours ago
  • My Small World
    5 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    6 hours ago
  • SURIA AMANDA
    6 hours ago
  • Aku Sis Lin
    6 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    6 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    7 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    7 hours ago
  • Miles of smiles
    8 hours ago
  • Drawing the Words
    14 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    17 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    18 hours ago
  • mrhanafi.com
    21 hours ago
  • Titian Perjalanan
    23 hours ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Warisan Petani
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    4 days ago
  • Amie's Little Kitchen
    4 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    6 days ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.