Diet Atkins - Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan

Baru-baru ni aku borak-borak dengan seorang kawan tentang penyakit diabetes dan cabaran nak pregnant bila dah ada diabetes.

Kawan aku suggest why not aku cuba diet Atkins? Katanya kakak iparnya buat diet Atkins dan berjaya turunkan paras gula ke normal sampai doktor dah stop kan insulin.

Diet Atkins secara umumnya merujuk kepada jenis diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dan melebihkan pengambilan sumber makanan dari jenis protein dan lemak sihat. Kesan follow diet Atkins dengan konsisten ni ialah bacaan gula dan kolesterol akan jadi cantik je macam kakak iparnya.

Jom aku kongsikan salah satu contoh resipi mesra diet Atkins - eggs muffin. Sedap, senang dan cepat disediakan!


Resipi Eggs Muffin


Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan

Bahan-bahan

  • Baby spinach
  • Shredded cheese
  • Bawang holland - dicincang halus
  • Hirisan ayam / daging - dicincang halus
  • Cendawan putih - dicincang halus
  • Tomoto - dicincang halus
  • 2 biji telur gred AA
  • Serbuk lada hitam (untuk perasa)


Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Bahan-bahan eggs muffin dari kiri atas - baby spinach, keju, bawang holland, hirisan daging ayam, cendawan putih, tomato dan telur gred AA

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhur 180℃.

2. Oleskan minyak dalam tin muffin:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Guna pastry brush atau kalau ada spray oil lagi senang


3. Pukul telur sampai sebati dan masukkan bawang holland dan serbuk lada hitam. Pukul lagi.

4. Tuangkan adunan telur dalam tin muffin sampai separuh tin.

5. Taburkan tomato, cendawan, daging ayam, baby spinach atas adunan telur. Celupkan bahan-bahan tadi dengan tekan guna jari:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Masukkan bahan-bahan yang dah dicincang ke dalam adunan telur


6. Taburkan cheese di atas permukaan muffin:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Akhir sekali, taburkan cheese atas muffin

7. Bakar dalam ketuhar selama 15 - 20 minit:

Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan

Sedap dimakan panas-panas atau kalau nak dijadikan sebagai meal prep, boleh tunggu sampai sejuk lepas tu simpan dalam beg / bekas kedap udara dan sejuk bekukan. Bila nak makan keluarkan beberapa ketul dan panaskan balik dalam ketuhar atau microwave.


Resipi Eggs Muffin Yang Enak dan Senang Disediakan
Alhamdulillah, kenyang makan 3 ketul muffin...

Wordless Wednesday - Bila Rasa Serabut, Amalkan Teknik Kesedaran (Mindfulness)

mindfulness technique
Kredit imej: blog.myfitnesspal.com

Sebagai seorang yang ada anxiety, aku cepat serabut bila terlalu benyak benda yang perlu difikirkan. Contohnya, bangun-bangun pagi bila nak gosok gigi instead of capai ubat gigi aku pergi capai pencuci muka. Tengah-tengah gosok gigi baru perasan kenapa rasa ubat gigi ni lain? 😅

Terlupa pakai kasut masa nak pergi kerja adalah perkara biasa. Terpaksa patah balik rumah ambik kasut. Kenapa benda ni terjadi? Terlalu banyak benda yang bermain dalam fikiran dari celik mata lagi. Deadline ofis, nak plan route hantar anak ke sekolah supaya sampai kerja on time, nak outstation lagi, nak kena hadap meeting dan sebagainya.

Sedar tak sedar, perbuatan multi-tasking dan always switched-on (merujuk kepada penggunaan telefon pintar dan gajet digital setiap masa) telah memendekkan jangka waktu kita untuk fokus dengan sesuatu perkara. Perkara ini jugak memberi impak negatif kepada kesihatan mental seseorang seperti kemurungan dan anxiety.

Then aku belajar teknik mindfulness (kesedaran). Bila otak kita stress, cara yang terbaik untuk tenangkan minda ialah being in the present moment (berada pada masa kini). Kita mungkin rasa lebih penting untuk mengingat to-do list masa berus gigi sebab perbuatan berus gigi tu tak memerlukan otak berfikir. Tapi sebenarnya pemikiran macam ni silap. These mindless activities sebenarnya ialah masa untuk otak kita take five. Pause. Reset. Otak kita kena train untuk be in the moment kalau tak kita cepat hilang tumpuan dan penat sebab otak tak berhenti berfikir. Mental exhaustion is when we are unable to unplug our brain from thinking about things we feel important and urgent.

Sebagai orang Islam, kita boleh ambil masa solat untuk otak kita berhenti sejenak dan reset sebab masa ni kita kena be in the moment menghayati maksud bacaan dalam solat dan berdoa kepada Tuhan. Satu lagi yang boleh diamalkan (contohnya waktu uzur) ialah meditasi iaitu duduk dan fokus pada pernafasan sendiri selama 5 minit (nampak senang, tapi susah masa mula-mula buat dulu!). Selain dari tu, ambil masa sewaktu melakukan aktiviti rutin seperti makan, berus gigi, mandi dan memandu untuk kita fokus pada perbuatan kita pada masa kini dan apa yang kita fikirkan - bila otak mula mengingat perkara yang tak berkaitan dengan perbuatan masa kini, kena cepat-cepat berhenti berfikir dan fokus balik pada masa kini.

Kenapa Aku Tukar Template Mobile ke Template Dynamic Blogger?

Kalau korang perasan, aku stop letak template desktop untuk mobile version blog ni.


mobile blog version
Mobile version blog sekarang

Lepas aku test semua template termasuk template desktop untuk mobile version, kesimpulan yang aku boleh buat ialah template dynamic blogger ni menunjukkan peratusan SEO tertinggi setakat ni.


pagespeed score

Performance tu aku tak boleh buat apa sebab aku selalu upload gambar dari Google Photos atau laptop (sejenis malas nak resize gambar / nak cepat update blog). Jadi developer site punya suggestion untuk naikkan performance (kelajuan) blog ialah aku kena resize banyaaaaakkkkkk gambar! Idok ler aku sanggup huhu. Belum datang tahap kerajinan macam tu. Setakat ni tahap lagging nak display gambar kat blog aku ni masih lagi boleh diterima (walaupun performance gagal teruk kihkih).

Lagipun posting dan gambar dari berbelas tahun lepas pun takde description dan satu effort yang besar jugak nak letak description dan keyword di setiap gambar dan posting yang lama.

Sebenarnya banyak lagi benda yang aku kena belajar tentang cara-cara nak meningkatkan Google Adsense income tapi bak kata Suria Amanda, slow-slow ok 😅 Aku masih lagi merangkak bab Google Adsense ni walaupun dah berbelas tahun dalam dunia blogging (tu la siapa suruh hiatus lama sangat?). 

Yang penting kena enjoy menulis blog sebab kalau tak enjoy dan rasa macam benda ni macam KPI kat ofis, lama-lama motivasi nak berblogging tu pun terjejas. Betul tak?


keep calm and write blog
Kredit foto: writerightwords.com

So to all noob macam iolls ni, keep on writing and networking dengan blogger-blogger lain! Lagi ramai rakan blogger, lagi banyak organic visitors yang datang singgah melawat blog kita. Kita pun kena la rajin-rajin jugak singgah blog kawan-kawan ✌🏻

Pengalaman Naik Batik Air

Tak silap aku, kali pertama aku menaiki pesawat Batik Air (sebelum ni dikenali sebagai Malindo Air) ialah tahun 2019 atas urusan kerja di Kerteh. Malindo Air ni ialah subsidiari Lion Air Group iaitu syarikat penerbangan dari negara jiran Indonesia. Tahun lepas atas sebab untuk menyamakan identiti dengan syarikat penerbangan di Indonesia, Malindo Air dijenamakan semula sebagai Batik Air, which is airline bawah syarikat Lion Air Group ni. 

Batik Air ialah syarikat penerbangan dengan konsep perkhidmatan penuh (full service) sama macam MAS. Tapi ikut pemerhatian aku, Batik Air ni lebih kepada hybrid service sebab unlike MAS yang menghidangkan makanan kepada semua penumpang, Batik Air pulak menjual makanan sama macam AirAsia.

Sebab-sebab kiteorang pilih untuk terbang dengan Batik Air:

  1. Tambang yang jauh lebih murah dari MAS (lebih kurang macam tambang AirAsia)
  2. Daftar masuk bagasi percuma 20kg untuk kelas ekonomi

Batik Air Malaysia
Corak batik di ekor pesawat mengikut identiti Batik Air


Dari segi dalaman (interior) kapal terbang, sama macam MAS - ada dua kelas iaitu perniagaan dan ekonomi. Seat configuration kelas perniagaan ialah 2 tempat duduk manakala untuk kelas ekonomi pulak ialah 3 tempat duduk. Kerusi penumpang kelas perniagaan beralaskan kusyen fabrik dan untuk kelas ekonomi pulak ialah kulit sintetik. 

Batik Air Malaysia
Kelas perniagaan

Batik Air Malaysia
Yang bestnya, alas bahagian kepala tu boleh dilaraskan supaya kalau nak tidur, boleh la lentok kepala kat alas kepala tu

Dalam poket depan, ada majalah Batik Air Malaysia dan menu makanan. Tiap kali naik kapal terbang, aku suka menghabiskan masa dengan membaca majalah dalam kapal terbang sebab biasanya ada banyak info menarik tentang travel, hotel dan tempat-tempat menarik.


Batik Air Malaysia
Majalah dalam kapal terbang Batik Air

Salah satu kelemahan Batik Air ialah lepas buat online check-in, kiteorang dah tak boleh nak buat pesanan makanan dalam flight. Berbeza dengan AirAsia, lepas check-in pun masih boleh manage booking dan buat pesanan makanan atau tambah berat luggage 24 jam sebelum waktu penerbangan.

Jadi kenalah bayar harga lebih mahal bila beli makanan on the spot. Pengajarannya, lain kali beli makanan siap-siap masa tempah tiket Batik Air.

Food-wise, aku prefer makanan yang dijual dalam penerbangan AirAsia. Tak banyak pilihan makanan dalam penerbangan Batik Air. Aku beli nasi goreng dan sate ayam tapi rasanya agak hambar.


Batik Air Malaysia
Nasi goreng dengan sate ayam

Apapun, aku rasa Batik Air ni tetap syarikat penerbangan alternatif yang bagus untuk travellers yang nak naik full service airline dengan harga yang setanding dengan budget airline. Tahun depan boleh balik ke Kuching naik Batik Air (bulan puasa jadi tak kisah la tak beli makanan pun, janji dapat check-in luggage percuma 20kg sorang 😅). Untuk penambahbaikan pulak, Batik Air ni kena upgrade apps dan laman web dieorang sebab banyak kali problem masa nak cari balik booking flight 🤦🏻‍♀️. Apps dieorang pulak asyik crash je huhu. Masih tak boleh lawan lagi MAS dan AirAsia dari segi penggunaan apps.

Lunch Nasi Kandar Pulau Pinang di Restoran Kudu Bin Abdul

Kali terakhir makan nasi kandar ialah di Nasi Kalut Jitra Mai. Kali ni aku tertarik nak mencuba nasi kandar Pulau Pinang di Restoran Kudu bin Abdul.

Kebetulan Suami Terchenta cuti ganti hari ni sebab bekerja weekend lepas. Lepas setel urusan di KWSP, kiteorang singgah makan tengahari di sini. Kiteorang sampai dekat pukul 12 tengahari, tapi tu pun dah panjang barisan kat sini.


Restoran Kudu bin Abdul Nasi Kandar Pulau Pinang
Panjangnya barisan!

Restoran ni terletak di kawasan Chow Kit, bertentangan dengan Restoran Salai-Salai. Setiap kali aku lalu kat area ni je, memang aku perasan barisan pelanggan beratur kat kedai ni macam tak berkurangan pun, walaupun lepas waktu makan tengahari.


Restoran Kudu bin Abdul Nasi Kandar Pulau Pinang
Gigih jugak nak beratur sekali

Apa yang aku perhatikan ialah cuma ada seorang je pekerja yang melayan pelanggan di kaunter lauk-pauk. Mungkin sebab tu barisan semakin panjang bila makin ramai orang beratur untuk beli makanan di restoran ni. Tapi walaupun kena beratur panjang, cuma seorang dua je yang give up beratur tapi yang lain masih lagi sabar dalam barisan. Hmm... mesti lauk kat sini sedap sangat sampai orang ramai sanggup tunggu lama untuk pesan makanan. 


Restoran Kudu bin Abdul Nasi Kandar Pulau Pinang
Pelanggan bukan main ramai tapi pekerja seorang je yang melayan di kaunter makanan

Mula-mula kiteorang ingat nak bungkus dan makan di rumah memandangkan semua meja penuh tapi lepas 10 minit beratur, tiba-tiba Suami Terchenta nampak ada meja kosong. Terus dia suruh aku 'chop' meja sementara dia terus beratur. Aku pesan ayam goreng dan telur ikan, kuah campur semua (macam biasa). Dalam 15 minit kemudian barulah Suami Terchenta muncul dengan 2 buah pinggan nasi. Lepas tu dia masuk balik dan bawak pulak 2 pinggan kecik berisi telur masin dan telur ikan. Rupa-rupanya telur ikan tu bukanlah telur ikan goreng tapi kari telur ikan.


Restoran Kudu bin Abdul Nasi Kandar Pulau Pinang
Ayam goreng, bendi rebus dan telur ikan

Restoran Kudu bin Abdul Nasi Kandar Pulau Pinang
Ayam bawang, kobis goreng dan telur masin untuk Suami Terchenta

Restoran Kudu bin Abdul Nasi Kandar Pulau Pinang
Makan tengahari sambil menikmati pemandangan langit biru

Bagi aku, kuahnya sedap tapi agak pedas jadi sekejap-sekejap aku kena teguk air. Ayam goreng agak kering dan masin. Telur ikan tu aku tak dapat habiskan pun sebab bau hanyir telur ikan tu mengganggu selera aku. Aku lebih suka telur ikan goreng. Suami Terchenta kata ayam bawang tu rasanya lebih kurang ayam masak merah. Jeles pulak aku tengok dia ambik peha ayam, which is bahagian kesukaan aku (husuzon - mungkin peha ayam goreng dah habis).

Total harga makan tengahari hari ni termasuk minuman ialah RM37. 

Nak repeat ke sini? Mungkin tak bagi aku sebab malas nak beratur panjang dan aku kurang gemar makanan pedas.