Sebenarnya aku ni spesies penakut. Kalau tengok cerita hantu, mesti berteman. Lepas tu mesti 60% jalan cerita aku sorok muka atau pejam mata. Bila hantu nak keluar je tutup mata. Memang tak berbaloi kalau tengok cerita hantu di wayang.

Akhir-akhir ni boleh pulak aku tergerak hati nak layan cerita hantu kat Netflix. Bila dah tengok sekali, nak tengok lagi yang seterusnya. Ish, buang tebiat betul hehe.

Ni antara cerita hantu yang aku layan lately:

1. Exorcist: The Beginning

Exorcist: The Beginning
Sumber imej: Google

Sinopsis:

Mengisahkan tentang seorang paderi, Father Lankester Merrin yang beralih profesion kepada ahli arkeologi, telah dijemput oleh Gereja Rom untuk mengkaji sebuah penemuan gereja lama di Afrika Timur yang ditadbir oleh pihak British. Pada masa yang sama, pihak gereja mintak Father Merrin untuk dapatkan satu artifak di tapak gereja tu. Selepas memasuki gereja tu, Father Merrin mendapati ia ialah sebuah gereja Byzantin yang dibina di atas tapak yang dikatakan mempunyai unsur jahat, untuk memerangkap kejahatan tu di bawah tanah. 

Kejadian aneh mula berlaku selepas mereka memasuki gereja tu, bermula dengan anak seorang pekerja diserang oleh sekumpulan dubuk dan seorang lagi dikatakan dirasuk oleh syaitan. Pada masa yang sama, isteri ketua kampung telah melahirkan seorang bayi yang telah mati dan berulat. Penduduk kampung kemudian mencari budak lelaki yang dipercayai dirasuk syaitan untuk mengusir syaitan tu tapi malangnya semuanya mengalami patah tulang sebelum berjaya membuat ritual menghalau syaitan.

Plot twist kat sini ialah sebenarnya bukan budak tu yang dirasuk, tapi seseorang yang rapat dengan Father Merrin. Father Merrin terpaksa bertarung untuk menyelamatkan nyawa budak tu, kawannya yang dirasuk dan diri-sendiri.

Review: Boleh layan, ada jugak bab-bab terkejut tapi kali ni aku selamba je tengok hehe. Mungkin sebab cerita ni dah lama jadi efek tu tak de la nampak real sangat. Aku memang minat cerita berunsur exorcism ni senang nak pantau hantu dah keluar ke belum 😂

2. The Exorcist 3

Exorcist 3
Sumber imej: Google

Sinopsis:

Seorang detektif polis, Lieutenant William F. Kinderman menyiasat beberapa kematian yang menyerupai pembunuhan dilakukan oleh seorang pembunuh bersiri yang digelar Pembunuh Gemini. Pembunuh Gemini sebenarnya dah lama dihukum mati selepas didapati bersalah oleh pihak mahkamah. Lt. Kinderman rasa aneh sebab modus operandi pembunuhan kali ni memang betul-betul macam dilakukan oleh Pembunuh Gemini sebab ada beberapa detail pembunuhan yang dirahsiakan daripada pengetahuan orang awam dan media tapi pembunuh kali ni tau.

Tak lama selepas kematian kawan baiknya iaitu seorang paderi, Lt. Kinderman dibawa berjumpa dengan seorang lelaki yang ditahan di wad sakit jiwa sejak 5 tahun yang lepas. Lelaki gila tu menyerupai Father Karras iaitu seorang paderi yang meninggal dunia selepas ritual exorcism 5 tahun lepas. Yang seramnya, lelaki tu mendakwa dia ialah Pembunuh Gemini dan menumpang dalam badan Father Karras atas bantuan Iblis. Dia nak Lt. Kinderman bagitau semua orang yang Pembunuh Gemini dah datang balik, tapi Lt. Kinderman tak percaya dan enggan menurut permintaannya. Pembunuh Gemini kemudian mengancam nak bunuh anak Lt. Kinderman, tapi seorang paderi di hospital datang untuk menghalang Pembunuh Gemini.

Review: Cerita ni tak seram langsung, dan agak bosan jugak. Macamana nak takut, hantunya diikat di wad sakit jiwa kihkih. Scene nenek merangkak atas siling pun nampak sangat efek CGI, terus terbantut rasa seram. Cerita exorcist yang paling tak seram pernah aku tonton.

3.  The Exorcism of Emily Rose

The Exorcism of Emily Rose
Sumber imej: Google

Mengisahkan seorang paderi, Father Richard Moore yang didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh tanpa niat seorang gadis bernama Emily Rose. Pihak gereja melantik seorang peguam wanita, Erin Bruner untuk membela Father Moore dalam kes ni. Cerita ni agak unik sebab menggambarkan peristiwa Emily Rose dirasuk dari sudut saintifik, di mana pihak pendakwaraya memberikan bukti-bukti yang Emily Rose ni sebenarnya mengalami penyakit psikosis dan boleh diselamatkan kalau dia menerima rawatan dengan doktor psikiatri instead of berjumpa dengan Father Moore. 

Semasa perbicaraan berlangsung, seorang doktor perubatan tampil bagitau Erin yang dia menyaksikan upacara exorcism Emily Rose pada malam Halloween. Dia percaya yang Emily Rose bukanlah menghidap penyakit psikosis seperti yang didakwa. Tapi sebelum sempat Erin memanggil doktor ni sebagai saksi, doktor tu dilanggar kereta dan mati. Pada masa yang sama, Erin diganggu tidurnya setiap kali pukul 3 pagi, contohnya terhidu bau hangus, tape recorder upacara exorcism Emily Rose tiba-tiba berbunyi sendiri dan terlihat kelibat sesuatu dalam rumahnya. 

Review: Cerita ni seram part flashback macamana Emily mula-mula dirasuk dan semasa upacara exorcism Emily Rose berlangsung. Lakonan Jennifer Carpenter sebagai Emily memang mantap sebab dia boleh buat badannya mengerekot masa kena rasuk, macam real. Scene di mahkamah pun menarik bila kedua-dua pihak cuba membuktikan kes masing-masing.

4. KKN Di Desa Penari

KKN Di Desa Penari
Sumber imej: Google

Lama jugak aku debate dengan diri-sendiri nak tengok ke tak, sebab cerita hantu Indon ni memang terkenal seram jugak. Tapi last-last aku decide nak tengok jugak. Didakwa dari kisah benar, filem ni mengisahkan tentang 6 orang mahasiswa yang datang ke sebuah desa terpencil jauh dalam sebuah hutan untuk membuat projek akhir sebagai syarat grad dari universiti.

Salah seorang mahasiswa bernama Nur ada deria ke-6 dalam erti kata lain 'hijab'nya terbuka la. Dia boleh nampak dan rasakan ada makhluk lain di desa tu. Masa dieorang sampai, Pak Prabu iaitu ketua kampung tu ada berpesan supaya dieorang jaga tingkah laku dan melarang keras dieorang pergi ke sempadan desa dengan hutan di mana ada sebuah tempat dipanggil Tapak Tilas. Tapi malangnya salah seorang siswa melanggar arahan sebab terdengar suara dari dalam hutan. Sejak peristiwa tu, dia mula berkelakuan aneh dan tak berkumpul dengan kawan-kawannya.

Gangguan mula berlaku ke atas salah seorang siswi bernama Widya. Dia melihat kelibat seorang penari. Tak lama kemudian Widya dirasuk oleh penari tu. Nur mengesyaki sesuatu berlaku dengan kawan-kawannya tapi penari tu muncul dan bagi amaran dekat Nur supaya jangan masuk campur atau keselamatannya akan diancam. Nur ni sebenarnya spesies alim la, pakai tudung dan tak tinggal solat. Pada masa yang sama dia didampingi oleh jin baik menyerupai seorang perempuan tua yang jaga Nur dari gangguan jin jahat sepanjang dia di desa tu. So, walaupun Nur ni boleh nampak makhluk ghaib di situ tapi dieorang tak berani kacau Nur sebab ada mbah tu.

Bila penari ni muncul dan mengancam Nur, mbah ni pun tak tahan dia rasuk Nur dan bagi amaran dekat Widya yang ada di kalangan dieorang ni yang membuat maksiat dan akan mati jika dieorang tak pergi dari desa tu. Malam tu, dieorang pakat nak stop je Kuliah Kerja Nyata (KKN) dan balik ke universiti walaupun kerja dieorang ni tak habis lagi sebenarnya. Tapi malam tu jugak, dieorang diganggu dengan teruk sampai terpaksa mintak pertolongan Pak Prabu dan Mbah Buyut, dukun di kampung tu.

Review: Tak seseram yang aku sangka. Aku rasa baca cerita ni dekat thread lagi seram. Mungkin sebab hantu penari tu cantik sangat. Ada gak la bab terkejut tapi sikit-sikit je. Ending nya, rasa kesian dekat dieorang tu atas apa yang berlaku.


KKN Di Desa Penari
Hantu penari cantik sangat tak jadi rasa seram

24 comments:

  1. Tengok yang Emily Rose tapi tidak suka cerita begini sebab ada ritual agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus bila tgk kat netflix boleh skip part2 tertentu :)

      Delete
  2. Exocist beginning tu best.. takut giler sampai pernah termimpi..haha
    Tapi sekarang dh ok leh tgk sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah masa first time tgk takut betul siap sorok muka belakang bantal. hari tu tgk boleh gelak2 lagi dekat hantu tu hehe.

      Delete
  3. Uncle kalau tengok cerita hantu mesti ketawa... (riak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. uncle ni level2 atas hehe. klu jalan ceritanya tak masuk akal sgt kadang2 boleh gelak jugak mcm tgk cerita exorcist 3 tu saya gelak je sbb hantunya kena ikat dekat rumah sakit jiwa.

      Delete
  4. Akak jarang tengok cerita seram, sebab selalu kecewa…tak seram pun, cuma ada kegelapan, orang jerit2. Suka tengok genre adventure/thriller.

    ReplyDelete
    Replies
    1. genre adventure minat jugak, macam cerita air force the movie, mission impossible. kena tgk pelakon jugak.

      Delete
  5. Kita sama, Kak Sue pun suka tengok cerita seram padahal penakut. Sampai dah kena tegur dengan suami suka sangat tengok cerita seram sebab tu suka jadi takut-takut katanya.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu nak tgk cerita seram kena ada suami kat sebelah. baru berani sikit hehe.

      Delete
  6. Hadoilah.. Tak terlayan Sha semua cerita diatas.. serammm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita2 ni sbnrnya takde la seseram mana, cuma byk adegan terkejut je. tapi klu cerita hantu thailand / indonesia, saya kena fikir 2-3x dulu sblm tgk sbb byk adat dieorg yg relate dgn budaya asia klu compare dgn cerita hantu omputeh.

      Delete
  7. Pernah tengok Emily Rose sahaja. Jarang tengok cerita hantu yelah dah kita tido sorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe faham2... dulu sblm kawen bila tgk cerita hantu dgn kawan2 balik rumah mmg tido dgn lampu nyala sbb saya duduk bilik sorang.

      Delete
  8. wow...MA memang x la cita2 hantu ni...x berani

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu tido sorang2 mmg tak layan cerita hantu sbb saya pun penakut hihi.

      Delete
  9. rasanya exocist lg seram dr yg lain. memang tak tgk sorang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. pertama kali tgk cerita exorcist masa zaman kanak2 dulu. Masa tu tgk satu family, menjerit2 budak2. Malam tu termimpi2 budak perempuan yg kena rasuk huhu.

      Delete
  10. Nona layan xite serammm.. Yg no 4 tu.. ada tgk kt wyang .. bolehlah seram gitu 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 igtkan mmg akan seram nauzubillah. tapi bila layan cerita ni eh boleh pulak sampai habis tu takde la takut sgt terkejut tu adalah.
      tapi saya tak boleh layan cerita hantu melibatkan patung mainan. mungkin sbb anak saya kecik2 dulu selalu mengigau, lepas tu dia takut dgn patung mainan yg mata boleh celik sendiri bila diangkat.

      Delete
  11. ciknur suka cerita seram he hee tp tgk dgn anak2 la. sorang2 takut jgaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe samalah saya ciknur. Tgk cerita seram kena ada org kat sebelah baru berani sikit.

      Delete
  12. Wah, layan juga ye, Carneyz, cerita exorcist. Kesian yek, dengan Emily Rose tu. Sampai boleh mati. Saya kadang-kadang tengok juga cerita horror di netflix. Tapi yang dari Thailand dan Indon, saya takut tengok. Tengok yang omputih je. Hehe. Yang suster ngesot tu, boleh terbayang-bayang dia datang kat katil. Huuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la cerita hantu nusantara mmg belum lagi berani nak layan sbb boleh termimpi2.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .