sesi persekolahan 2024/2025
Sesi persekolahan 2024-2026

Sesi persekolahan 2024/2025 akan bermula pada Mac 2024 manakala sesi 2025 pada Februari 2025, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia adalah untuk mengembalikan sesi persekolahan 2026 kepada Januari seperti sebelum ini.

Sehubungan itu, KPM berkata penjajaran kepada jadual peperiksaan awam akan dilakukan agar selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan yang akan dilaksanakan.

"Penelitian untuk kembalikan sesi persekolahan kepada Januari melihat kepada kesesuaian penyediaan kalendar akademik untuk tahun seterusnya bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum," katanya.

KPM berkata pertimbangan itu adalah berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998 yang menetapkan bahawa jumlah hari persekolahan dalam kalendar akademik hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan Dewan Rakyat semalam bahawa sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari 2026.

Sumber berita: Bernama    


Nota kaki:
Ada lagi perdebatan nak mula jam sekolah pukul 8 pagi. Kalau sekolah satu sesi je OK kot. Kalau yang 2 sesi tu mungkin tak sesuai. Kesian yang sesi petang kena balik lambat pulak, sebab sesi pagi habis lambat. Mungkin kat Semenanjung habis sekolah pukul 7 petang hari masih cerah tapi kat Sabah & Sarawak, pukul 7 petang matahari dan tenggelam. 

14 comments:

  1. Macam ada yang x setuju...dah la Mac tu puasa, pas tu awal April raya..confirm banyak nak guna duit kan..budak masuk sekolah lagi...SA pun setuju...x sesuai sesi persekolahan 8.00am...maintian je macam sekarang sebab x adil untuk yang sesi petang kena balik lambat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam tahun ni la SA. Sekolah bukak Mac, bulan 4 raya. Tapi bagus la dia announce awal2 supaya parents boleh merancang perbelanjaan. Parents kena beli baju sekolah awal tahun supaya tak lari bajet raya.

      Betul SA. Better maintain waktu sekolah macam sekarang. Tak pun bagi kelonggaran kat sekolah nak mula pukul berapa. Sebab faham jugak sekolah yg kat pedalaman tu ada anak2 kena bangun seawal 4.30 pagi sebab nak ke sekolah berjalan kaki agak jauh. Mana yang kes macam ni, ok la kot nak implement waktu sekolah lambat sikit.

      Delete
  2. kang dah mcm kat korea..gelap baru balik dari sek..hahaha..pengaruh tgok drama betul...tp dgr2 dari sahabat, di Indonesia, tiap kali bulan puasa sekolah cuti sebulan...lega nya dgar mcm tu...xd lah ibu2 habis ayat nk pujuk suruh puasa n pegi sekolah...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian budak2, terkejar2 nak Maghrib, makan malam lepas tu nak pergi tuisyen lagi.

      Bagusnya bulan puasa cuti sebulan. Tapi takut anak2 tergoda pulak tengok makanan kat rumah hihi. Kalau gi sekolah dieorang lupa tengah puasa sebab kena belajar 🤭

      Delete
  3. Poster tu tersilap tulis tahun 2027, patut tulis 2026.

    Walaupun tak ada anak sekolah, lega jugak dengar dah tau bila akan kembali kepada Januari. Kalau tak kita ni asyik silap cakap sebab tak berapa peka pasal persekolahan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, tajam mata Kak Ujie. Hehe. Nanti saya betulkan. Terima kasih bagitahu 😘

      Delete
  4. Sy suka sekolah Jan, new year new mood, new target, new plan etc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sis, Januari ni sinonim dengan fresh start 😉

      Delete
  5. Nasib baik mula tahun 2026. Kalau mula tahun depan, kelam kabut cikgu-cikgu nak habiskan syllabus pelajaran. Kesian budak-budak SPM tahun ni. Sebab aritu masa mesyuarat PIBG, dah ada khabar angin nak start balik Januari. Bagus la menteri dah cakap, mula tahun 2026.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kesian jugak dengan budak-budak SPM terkejar2 nak abiskan silibus.

      Delete
  6. nampaknya sekali lg bdk naik sekolah di bulan puasa... haihh sy pula yg terasa penat

    ReplyDelete
  7. setahun dua lagi kan persekolahan akan bermula semula mulai Januari , mudah sikit untuk semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, 2026 baru akan balik ke takwim persekolahan asal.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .