18 Julai lepas, genap sebulan Kiera dengan kiteorang. Mula-mula sampai rumah ni, punyalah takut dia nak keluar dari tempat menyorok, sanggup berlapar & dahaga sepanjang hari. Waktu malam lepas kiteorang masuk tidur baru dia keluar cari makanan, minum air dan pergi ke toilet. Tu pun kiteorang tau sebab tengok rakaman CCTV besoknya.

Sejak kiteorang guna taktik mengumpan dengan banyak wet food dan snek kucing, barulah Kiera mula berani keluar dari tempat menyorok. Wet food tu kiteorang hulur dalam paket supaya Kiera makan dari tangan, so takde la asyik lari menyorok bila nampak kiteorang. Lama-kelamaan Kiera nampak kiteorang je terus ingat nak bagi wet food, berlari-lari keluar dari tempat menyorok sambil mengiau-ngiau mintak wet food. Comel sungguh. Cuma nak pegang dan belai tu je la dia masih lagi mengelak-elak dan lari. Kalau mood dia bagus, boleh la kiteorang belai dia. Kalau tak, biarkan je nanti tak pasal-pasal kena cakar.

Sejak minggu lepas dia dah berani lepak dalam rumah. Dia paling suka lepak dekat hall. Gaya duduk tu tak boleh tahan, dah macam arnab pulak! Kalau dulu Louis la tak menyabar-nyabar nak masuk rumah pagi-pagi. Sekarang ni dah terbalik, Kiera pulak yang selalu mengiau-ngiau mintak dibukak pintu supaya dia boleh duduk lepak dekat hall.


SPCA cat
Suami Terchenta kata Kiera nak sejukkan badan sebab tu duduk macam ni

Nampak tak betapa selesanya dia lepak-lepak sekarang ni?



Syukurlah Kiera dah selesa dengan kiteorang. Mula-mula risau jugak Kiera depression lepas kehilangan kakak Kiyomi. Louis pun banyak tolong Kiera menyesuaikan diri kat rumah ni. Kadang-kadang aku senyum sendiri tengok Kierra dan Louis berkejar-kejaran dalam rumah. Semoga Kiera jadi jinak dan boleh dibelai lepas ni.


SPCA cat
Throwback masa awal-awal Kiera kat rumah ni, keja dia menghadap dinding je taknak tengok kiteorang langsung