Balik dari kenduri anak Sislin bulan lepas, kiteorang dan pasangan sejoli Che Mat & Kak Siti Delima sempat singgah di RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka untuk makan tengahari. 

Kiteorang terus tertarik dengan gerai Sup Meletop Kambing Bakar kat sini.


RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Suami Terchenta buat pesanan

RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Macam-macam jenis sup di sini

Selain dari hidangan kambing, boleh jugak pilih daging lembu atau ayam. Tapi sebab nama gerainya Sup Meletop Kambing Bakar, mestilah pilih sup kambing kan? Aku awal-awal dah decide nak makan sup gearbox kambing. Terliur membayangkan nikmat menyedut sumsum tulang tu slurrppp....  


RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Menu yang ada di sini

RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Hidangan sampingan macam sambal, kacang dan limau boleh ambik sendiri ikut suka

Suami Terchenta pulak pilih sup daging. Sup kambing ni memang dia kureng sikit, tapi kalau makan nasi mandy, dia lebih suka pilih mandy kambing dari mandy ayam. Mungkin rempah mandy tu menenggelamkan bau daging kambing tu kot.


sup gearbox kambing
Set sup gearbox kambing sekali dengan nasi putih

sup daging
Set sup daging pilihan Suami Terchenta

Selepas menikmati sup masing-masing, kiteorang buat kesimpulan yang sama - portion kat sini kecik, tak banyak isi dan supnya cair sikit. Lagi satu aku tak berapa enjoy makan guna pinggan, sudu dan garpu plastik. End up aku makan guna tangan je.

Nasib baik kiteorang tak la lapar sangat, cukuplah buat alas perut untuk meneruskan perjalanan ke KL.