Salam Jumaat semua,
Hari ni aku nak kongsi satu doa yang aku pun baru jugak belajar. As parents, kita ada sifat melindungi anak-anak dari segala bahaya dan ancaman. Masa anak kita masih baby, kita sanggup tunggu sebelah anak kita masa dia tidur sebab nak pastikan nyamuk tak menggigit anak kita. Kita beli pagar untuk elak dieorang dari panjat tangga supaya dia tak terjatuh, pimpin tangan anak masa melintas jalan dan bagi anak makan makanan yang berkhasiat supaya dieorang tak jatuh sakit.
Tapi kita kena ingat bahaya jugak wujud walaupun tak nampak pada pandangan mata kita. Bahaya dari virus, binatang berbisa dan yang paling aku takut, bahaya dari penyakit 'ain. Penyakit 'ain boleh berlaku bila orang dengki dengan anak-anak kita sampai akhirnya anak kita jatuh sakit. Na'uzubillah... Semoga kita semua terhindar dari bahaya-bahaya dan hasad dengki orang lain.
Ada satu doa yang Nabi Muhammad S.A.W. sering bacakan untuk cucu-cucunya Hasan dan Hussain. Doanya ialah:
Kredit foto: Muslim.sg |
'Aku memohon perlindungan untukmu (anak) dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari segala gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari gangguang pandangan mata ('ain) yang membuatkan sakit.'
Amalkan doa ni lepas solat, sebelum anak-anak turun sekolah atau sebelum hantar anak-anak ke daycare/pengasuh. Insha Allah, anak-anak kita akan terlindung dari segala bahaya kecuali ajal. Semoga bermanfaat 💕
teringat video kanak-kanak yg ada ular senduk masuk bawah bdn dia masa dia tgh baring di rmh pengasuh.. alhamdulillah Allah lindung kanak-kanak tu.. mungkin berkat doa drpd ibu juga :)
ReplyDeleteTakutnya ular masuk rumah! Mak mertua penah cerita dia tengah tidur tiba-tiba dia rasa something dalam kain batik. Rupa2nya ular! Terus dibalingnya ular tu panik punya pasal huhu
DeleteTerima atas perkongsiannya. Nak hafal doa tu dan amalkan tiap hari. Tq sis 😘
ReplyDeleteSama2 kita amalkan untuk anak2 kita 😊
DeleteKmk tek br juak save video dr ustazah asma harun doa pelindung anak2.. amalkan ya hafiz ya muhaimin sambil pegang palak anak sblm sidak keluar dr umh/ke sekolah.. mak bpk ne lah yg x sayang anak nk oo??
ReplyDeleteAok eh. Mak bapak mmg risau jak anak2 bila xda depan mata..
DeleteDoa bagus ni... TQ
ReplyDeleteSama2 kita amalkan untuk anak2 kita 😊
DeleteDoa yang baik untuk diamalkan. Moga allah melindungi anak2 kita semua dari bahaya.
ReplyDeleteSama2 kita amalkan untuk anak2 kita 😊
DeleteThanks for sharing. Nanti sy akn amalkan.
ReplyDeleteSama2 kita amalkan untuk anak2 kita 😊
Deletenice sharing.
ReplyDeletejom amalkan untuk anak2 😊
Deletethanks for sharing
ReplyDeletejom amalkan untuk anak2 😊
DeleteSinggah sini sebentar :)
ReplyDeleteTerima kasih singgah :)
DeleteTQ sharing!
ReplyDeleteSama2 Uncle.
Deleteterima kasih berkongsi...
ReplyDeletetd sy ternampak bapa 2 anak naik motor. nak hntr ke nursery. anak yg bongsu rs nya dlm 8-9 bln. diletaknya kat tengah2 antara si abang dgn ayahnya... naik motor dah laa semua x pakai topi keledar...kat jln raya yg sibuk...aduhhhh x dpt nk byg mcm mn ngeri nya kalau jd apa2..
Huhu... tu tahap tawakal yang macamana la agaknya.
DeletePerkongsian yang sangat bagus.
ReplyDeleteTerima kasih Carneyz.
jom amalkan untuk anak2 😊
DeleteTq for sharing...
ReplyDeletejom amalkan untuk anak2 😊
Deletesyukran for sharing..
ReplyDeletejom amalkan untuk anak2 😊
Delete