Tadi aku BW dekat blog Linda, ternampak la post dia tentang trend muka separuh ni. Macam menarik pulak nak cuba.
Mula-mula aku buat betul-betul ikut prompt yang Linda share tu. Aku upload dulu gambar Suami Terchenta dan gambar aku dekat Gemini, lepas tu aku C&P prompt kat blog Linda. Eh, not bad. Memang keluar muka aku dan Suami Terchenta sebijik macam dalam gambar. Makeup pun kemain natural ek. Sis bagi A+ untuk effort Gemini ni 😜.
| Ni boleh buat poster drama Jodoh Aku & Dia 🤠|
Tapi aku tak puas hati sebab lesung pipit aku kat sebelah kanan jadi aku nak gambar aku tu ada lesung pipit kihkihkih! So aku pun edit la prompt tu supaya aku kat sebelah kiri dan Suami Terchenta kat sebelah kanan.
Sekali nohhh... kauuuuu! Kenapa auto macam poster filem pembunuh bersiri pulak ni? 🤣🤣 Rupa-rupanya sisi muka kanan aku dan muka kiri Suami Terchenta ni penuh kejahatan ye! 😂
| Poster filem Siapa Pembunuh Sebenar? 🤣 |
Aduiii keras kejung perut aku gelakkan hasil Gemini AI ni 😅. Apa kata korang cuba buat kanan dan kiri muka korang dan pasangan korang? Tengok cun tak hasilnya atau bakal jadi macam aku dan Suami Terchenta, satu sisi penuh kelembutan dan satu sisi lagi penuh kejahatan? 🤣
14 Comments
Hahahaha ada juga nampak kat Threads orang share, nanti laa nak try buat
ReplyDeleteCer try buat muka Sislin dgn Abang Sabar camane hahahaha!
DeleteNanti nak lah juga try.
ReplyDeleteKo nak letak muka ko dgn sapa tu Shai? Hihi
Deletenak pair dengan muka sapa ek.. takkan dengan shai kot.. thahahaha
ReplyDeleteHahahaha! Dgn muka Amanda la 😜
Deleteso far lom terjebak lagiiiii
ReplyDeleteTry la MZ. Sempena your 22nd anniversary hehe
DeleteMcm2 skrg ye
ReplyDeleteMasih blm terjebak lg
Petang2 buat saya terhibur haha!
DeleteCuba sambung antara dua yang terpotong tu... bercantum tak?
ReplyDeleteGambar pertama tu besar sikit dari gambar kedua tu rasanya
DeleteTak tahu pun pasal trend ni. Ok gak kejadian gambarnya....
ReplyDeleteSaya pun tau dari blog Linda hehe.
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .