Pesta Jajan Viral @ SOGO KL

Ni kisah Jumaat lepas. Bosan takde apa-apa nak buat kat rumah. Anak-anak kat sekolah - Khadeeja sekolah sesi petang dan Khayla pulak ada latihan untuk IYC's Got Talent. Jadi mommy dieorang pun ambik kesempatan pergi ke pesta jajan viral di SOGO KL.

Macam biasa, kalau ada pesta dan jualan di SOGO KL, mesti la di bahagian exhibition di tingkat 7. Agak tersorok sikit sebab kat depan tu ada jualan barangan sukan.


SOGO KL
Nampak poster ni terpampang di pintu masuk

Nasib la pergi hari bekerja jadi tak ramai sangat orang. Tapi tak ramai pun tetap la bersesak-sesak jugak dalam tu sebab ruang antara longgokan makanan tu agak sempit.


Pesta Jajan Viral
Ruangan yang sempit dan orang ramai membuatkan aku rasa nak cepat-cepat cari jajan dan keluar 

Oleh sebab ramai sangat orang jadi aku snap gambar mana sempat je. Nak kata murah sangat barang-barang kat sini, bila aku compare dengan harga kat Shopee, takde la jauh beza pun. Yang murah tu ialah jenama yang aku pun tak familiar sangat. Kalau jenama import, harga tak jauh sangat beza dengan harga biasa.


Pesta Jajan Viral
Ni antara jenama yang aku tak biasa jumpa dan tak pernah beli

Pesta Jajan Viral
Aku sambar 2 bungkus coklat Biscolata dari Turkiye sebab murah

Pesta Jajan Viral
Tak tau la ni murah ke mahal tapi aku bukan penggemar ramen Korea so tak beli

Pesta Jajan Viral
Popcorn ni dijual dalam botol jumbo. Tak beli sebab bukan peminat popcorn jugak

Pesta Jajan Viral
Coklat jenama mahal banyak yang dah habis sebab banyak diborong oleh personal shopper


Pesta Jajan Viral
Ritter Sport ni agak murah jugak la tapi majoriti dark chocolate

Ni la hasil memborong di pesta jajan viral. Whittaker's milk chocolate kegemaran aku tu aku ambik sekotak terus sebab murah 😂. Kalau kat tempat lain harganya dekat RM8 tapi kat sini harganya RM5.90. Buat stok untuk hari-hari PMS yang tetiba craving nak makan coklat 🤭. Choki Choki tu aku belikan untuk anak-anak (sekotak besar tu ada 60 sticks dan harganya RM10, jadi harga satu stick tu kurang dari 20 sen. Murah kan?). Yang lain-lain biskut dan seaweed roll untuk Suami Terchenta dan anak-anak. Seaweed roll tu menyesal pulak beli sekotak je 😅. 


Pesta Jajan Viral
Hasil memborong di pesta jajan viral

Ada satu kejadian masa aku tengah beratur nak bayar. Ada seorang akak ni, tak tau la dia ada bisnes ke atau dia personal shopper tapi dia ambik sampai 4 kotak Ovomaltine spread (dalam satu kotak tu ada 12 botol kalau tak silap). Kotak-kotak ni dia letak dekat tepi meja cashier sebab dia nak cari lagi barang-barang lain kot. Lepas tu datang seorang pelanggan lain, agaknya dia cari Ovomaltine spread ni tapi dah habis. Bila dia nampak kotak yang bersusun dekat meja cashier tu dia pun nak bukak kotak tu nak ambik sebotol. Yang akak ni nampak, dia terus halang pelanggan kedua ni ambik sebab kata tu dia punya. Sudahnya dieorang hampir-hampir bertekak kat situ sebab pelanggan kedua ni tak puas hati la akak ni borong Ovomaltine spread tu, padahal ramai lagi orang nak beli bendalah tu.

Akak cashier tu pulak membebel-bebel la kat pekerja yang jaga stok cakap jangan jual lagi dalam kotak macam tu sebab ramai lagi orang nak beli. Dalam hal ni aku tak tau la siapa yang bersalah - salah akak tu sebab borong tak ingat orang belakang ke, salah pelanggan kedua tu sebab datang lambat ke, atau salah pengurusan pesta jajan ni sebab jual stok secara pukal? Tapi aku rasa akak tu tak salah sebab takde pulak peraturan limit kan kuantiti barang yang seorang pelanggan boleh beli. Pelanggan nombor 2 tu pun tak salah jugak sebab dia pun ada hak membeli dah penat-penat datang dari jauh kan. Kesimpulannya, pengurusan pesta ni yang perlu tetapkan peraturan kalau tak nak berlaku insiden macam ni. 

Nasib baik takde orang nak gaduh dengan aku sebab ambik sekotak Whittaker's milk chocolate tu terus 😜. Kalau ada yang nak, aku bagi je la dia ambik kot. Tak elok bergaduh depan makanan hihi.

Post a Comment

24 Comments

  1. Ehh..ada jugak ya pesta gini. Pesta jajan 😄
    Yang dijual harga murah tu expiry date dia lama lagi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg jual murah sbb nak habiskan stok sbb dah nak expired Kak Ujie.

      Delete
  2. Kat tingkat 7 SOGO tu kalau ada sale mmg selalu sesak & agak terpencil sikit ruangnya. Bab harga tu setuju sangat, kadang-kadang tak semua benda betul-betul murah berbanding Shopee. Tapi seronok la jugak 'cuci mata' & rasa vibes memborong jajan tu..nasib xde yang bergaduh berebut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak suka keadaan sesak sangat. Rimas dibuatnya. Sebab tu masuk tu saya snap2 je gambar, sambar mana yg dekat lepas tu terus pergi bayar. Malas nak belek2 sgt sbb ramai sgt org.

      Delete
  3. kelakar pula baca ada yang berebut coklat...pernah sekali buat di Kuantan,hampir2 lupa diri juga saya,rambang mata semua nak kutip masuk bakul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb banyak brand yg saya tak familiar jadi takde la rambang sangat mata nak beli. Mmg aim nak cari coklat Whittaker's sebenarnya. Yang lain2 tu sambar sbb murah hihi

      Delete
  4. dh sgt lama i tak gi sogo...menggamit memori sungguh lah sogo ni..sbb menara UOB sebelah sogo tu, my 1st workplace..so hampir setiap hari i dtg sogo zmn2 i keje UOB (2001-2004)

    ReplyDelete
    Replies
    1. My office dulu pun dekat dgn SOGO. Menara Tradewinds. Tapi skrg dah takde, dah dirobohkan.

      Delete
  5. Haritu ada juga di UTC Jb ni, pergi dua kali, beli choki-choki dan wihiteakers tu juga.. tapi memang tak dann amik gambar, ramai gilerr.. rimasss kita..pakkall laa dah sampai kann hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Sislin. Ramai giler, rimas pulak kita hahaha! Memang snap2 je gambar mana yg sempat lepas tu ambik barang yg nak dicari dan terus pergi bayar.

      Delete
  6. Biscolata tu sedap, kami selalu juga beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka coklat dieorg yg macam Kinder Buenos tu. Budak2 kat rumah ni tak makan KB sbb boikot hehe

      Delete
  7. peppinez kot yang plastik hijau tu.. anak2 suka lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke. Tak biasa dengan brand Peppinez tu hehe

      Delete
  8. Dulu suka juga ritter sport sebab kacang meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang-jarang beli Ritters Sport ni, tapi saya suka yang ada cereal dalamnya 😄

      Delete
  9. aritu dkt mall area umah ada pesta jajan ni..tp tk pegi sbb baca review katanya tkde la murah sgt...eh ada yg bergado tu..nasib la sape cpt dia dpt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ada yg bergaduh kak haha. Saya pulak risau sbb dieorg berdua berdiri tepi saya je.

      Delete
  10. Banyak jajan boleh dipilih tu tapi choki choki time sekolah dulu famous.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat lagi zaman tu kan hihi. Choki2 tu favourite anak2.

      Delete
  11. Ya allah smp bergaduh² ye tp btul gak, pengurusan patut dh tetapkan bilangan yg bole dibeli oelh setiap org kan...

    Ermm tu la malas bak g beli kt situ time promosi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bertekak berebut ovomaltine spread tu kak Ret. Saya jeling je la tengok drama tu sambil beratur nak bayar hihi

      Delete
  12. eh..murah la ritters tu..sini depa jual lebih RM2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya dah nak expired kot Kak Fzy, sebab tu murah.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .