Ingat tak entry aku pasal sarapan roti sarang burung viral di Rumah Kuning? Lepas sarapan, kiteorang ke destinasi seterusnya ke Intermark Mall sebab Khayla kata nak cari novel bersiri kesukaannya. Aiseh, jenuh jugak nak cari tempat parking motor di Intermark Mall ni. Lain kali kita park je dekat bahagian motor Grab rider depan entrance mall, khalass!

Novel kesukaan Khayla ni cuma dijual di Tsutaya Bookstore. Ada dua cawangan Tsutaya Bookstore ni, satu di Intermark Mall dan satu lagi di Pavilion Bukit Jalil. Cawangan di Intermark Mall ni lebih kecik, jadi tak banyak sangat pilihan buku di situ. Aku mintak tolong staff situ cari buku yang Khayla nak tu dalam sistem dan dia bagitau buku tu takde kat Intermark, tapi di Pavilion Bukit Jalil. 


Tsutaya Bookstore @ Intermark Mall
Tsutaya Bookstore @ Intermark Mall

Nak tak nak, terpaksa la kiteorang merempit ke Pavilion Bukit Jalil. Sekali lagi terkial-kial nak cari parking motor di situ, rupa-rupanya bukan dalam bangunan Pavilion tu. Jauh pulak kena menapak dari tempat letak motor ke bangunan Pavilion Bukit Jalil.

Aku suka ke Tsutaya Bookstore di Pavilion Bukit Jalil sebab bukan setakat luas, tempatnya pun estetik. Ramai je yang datang sini semata-mata nak ambik gambar Instagram atau OOTD di situ. 


Tsutaya Bookstore @ Pavilion Bukit Jalil
Kedai buku ni berkonsepkan dark elegance
 
Tsutaya Bookstore @ Pavilion Bukit Jalil
Walaupun ruangnya menggunakan warna gelap tapi tetap nampak luas sebab dekat siling ada cermin

Tsutaya Bookstore @ Pavilion Bukit Jalil
Ruang buku kanak-kanak. Baru-baru ni Tsutaya terpaksa balut buku kanak-kanak sebab ada parents yang tak bertanggungjawab biarkan anak koyak buku lepas tu letak balik dekat rak. Tak rasa bersalah ke dieorang ni rosakkan harta orang?

Tsutaya Bookstore @ Pavilion Bukit Jalil
Kat Pavilion Bukit Jalil ni, ada lebih banyak pilihan buku dan aku rasa lebih banyak dari buku di Kinokuniya. Ruang menjual stationery pun besar dan ada banyak pilihan

Tsutaya Bookstore @ Pavilion Bukit Jalil
Khayla geram tengok gelas kucing ni tapi harganya tu mampu telan air liur je hehe

Tsutaya Bookstore @ Pavilion Bukit Jalil
Berkenan sangat dengan beg ni tapi harganya RM400+ kalau tak silap. Erk. 

Tsutaya Bookstore @ Pavilion Bukit Jalil
Kalau sebelum ni kita biasa tengok permainan Monopoly, kali ni ada permainan Anti-Monopoly pulak! 🤭

Tsutaya Bookstore @ Pavilion Bukit Jalil
Ada kafe jugak dekat dalam kedai buku ni dengan tempat duduk yang selesa dan luas. Harga hipster la ye.

Tsutaya Bookstore @ Pavilion Bukit Jalil
👏🏻👏🏻👏🏻🇵🇸

Lepas masing-masing dah dapat buku yang dicari, marilah kita gerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan tiba-tiba hujan lebat. Aiseh. Terpaksa berhenti bawah jejantas pakai baju hujan dulu. Elok dah pakai baju hujan dan dah gerak dalam beberapa meter, tiba-tiba hujan berhenti. Eh, eh. Takkan nak berhenti lagi semata-mata simpan baju hujan pulak. Teruskan je perjalanan sampai ke rumah.