Wordless Wednesday: Kuala Lumpur Di Waktu Malam

Salam Rabu kawan-kawan,

Dari kawasan rumah aku ni boleh nampak 3 mercu Kuala Lumpur ni dari jauh. Masa mula-mula pindah balik ke KL, rasa tak percaya boleh tengok view ni setiap hari. Di rumah sewa sebelum kiteorang pindah ke rumah sekarang ni, kena naik ke rooftop garden untuk menikmati pemandangan ni. Tapi lepas pindah ke rumah sekarang ni, bukak pintu depan je dah boleh tengok. Memang cantik!

Ni pemandangan malam sebelum hari Deepavali. Menara berkembar PETRONAS nampak cantik dengan lampu berwarna-warni sempena perayaan Deepavali. Menara KL pun terang-benderang dan mercu terbaru iaitu Merdeka 118, bangunan yang mengatasi ketinggian Menara Berkembar PETRONAS, nampak gah dengan cahaya lampu.


Kuala Lumpur
Bangunan pencakar langit di KL pada sebelah malam

Ni video yang aku ambik malam tu:



Antara ketiga-tiga bangunan ni, aku belum pernah lagi masuk ke dalam bangunan Merdeka 118. Menara KL dah pernah beberapa kali dan ofis aku pulak memang di KLCC sebelum aku resign. Korang ada tak yang pernah naik Merdeka 118 ni? Cuba cerita pengalaman korang 😃.

14 comments:

  1. Wah, dekat kan rumah C dengan mercu Malaysia ni..menara kembar tu cantik kelihatan waktu malam..Apapun dekat dipandang tapi jauh jauh juga drive kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau memandu dalam 15 minit jugak nak sampai ke KLCC, kalau trafik lancar. Naik LRT kena tukar tren di stesen Masjid Jamek utk ke KLCC.

      Delete
  2. cantik sangat view waktu malam dengan limpahan cahaya.. ketiga-tiga mercu tanda tu saya belum pernah naik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, kadang2 tak tau apa nak buat layan view KL waktu malam lagi2 bila lampu KLCC berwarna-warni macam ni (tak selalu, biasanya waktu perayaan)

      Delete
  3. Replies
    1. Kan sis. Bangga jadi rakyat Malaysia sebab kita ada bangunan yang ikonik di rantau ni.

      Delete
  4. Pernah naik Menara KL, Merdeka 118 ni x pernah lagi...dengarnya mother companya nak sewa kat merdeka 118, x tau la jadi ke tak..x dengar2 dah..kalau jadi jenuh laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo... ya lah kan sini dieorg nak letak company A-list katanya. Jenuh tu kalau ada fire drill nak turun dari tingkat 118 😅😅

      Delete
  5. tak pernah lagi naik menara merdeka118 ni...MZ suka jer nak try wpun rasa takut jugak sbb tinggi bebenor menara tu..KL tower MZ dh byk kali pergi (for hi tea)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, gayat kan naik menara KL tu. Tak pernah lagi hi tea dekat KL Tower. Selalu datang bawak family dari Sarawak je hehe

      Delete
  6. Replies
    1. Rezeki dapat view 3 menara ikonik ni sekaligus 😄

      Delete
  7. Kalau macam ni punya view... uncle pun jeles!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu jeles Uncle, saya belanja view ni dekat gambar ni 😆

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .