Salam Rabu kawan-kawan,

Dari kawasan rumah aku ni boleh nampak 3 mercu Kuala Lumpur ni dari jauh. Masa mula-mula pindah balik ke KL, rasa tak percaya boleh tengok view ni setiap hari. Di rumah sewa sebelum kiteorang pindah ke rumah sekarang ni, kena naik ke rooftop garden untuk menikmati pemandangan ni. Tapi lepas pindah ke rumah sekarang ni, bukak pintu depan je dah boleh tengok. Memang cantik!

Ni pemandangan malam sebelum hari Deepavali. Menara berkembar PETRONAS nampak cantik dengan lampu berwarna-warni sempena perayaan Deepavali. Menara KL pun terang-benderang dan mercu terbaru iaitu Merdeka 118, bangunan yang mengatasi ketinggian Menara Berkembar PETRONAS, nampak gah dengan cahaya lampu.


Kuala Lumpur
Bangunan pencakar langit di KL pada sebelah malam

Ni video yang aku ambik malam tu:



Antara ketiga-tiga bangunan ni, aku belum pernah lagi masuk ke dalam bangunan Merdeka 118. Menara KL dah pernah beberapa kali dan ofis aku pulak memang di KLCC sebelum aku resign. Korang ada tak yang pernah naik Merdeka 118 ni? Cuba cerita pengalaman korang 😃.