Salam Khamis Dari Louis...

Pet cat
Port lepak terbaru Louis The Chonky Cat


Gara-gara dia ni suka bercakaran dengan adiknya Kiera berebutkan scratcher bed, sudahnya Suami Terchenta letak dia atas peti sejuk sebagai hukuman 😂. Ingatkan insaf tapi nan hadoooo... Suruh turun tak mau turun pulak! Bila nak ambik dia bawak turun, dia mengundur sampai ke belakang peti sejuk tu lepas tu lepak la dia kat situ sampai waktu makanan dia keluar. Pastu baru la mengiau-ngiau mintak turun. Elok la duduk kat atas tu, boleh libas-libas ekor kembang buang debu atas peti sejuk tu ye Louis.

Gitulah perangai anak bulus kat rumah ni. Kita sebagai bibik ni layankan aje laaa...

20 comments:

  1. good morning dear..salam khamis
    amboi..seronok Louis dok atas peti ais tu yer

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Seronok takde orang kacau dia kat atas tu hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Tempat baru kan, memang dia je conquer atas peti sejuk tu hihi

      Delete
  4. Merajuk sebab dihukum terus tak nak turun ya.. Bagus juga tu.. tolong buang habuk.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan merajuk, dia tersuka pulak atas peti sejuk tu Sha hehe.

      Delete
  5. Yeayy dah jumpa port lepak baru! - Louis

    Geli hati kan melayan gelagat anak bulu ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, anak bulus ni kadang2 buat kita geram tapi kadang2 menghiburkan hati jugak Kak Ujie hehe

      Delete
  6. 🤣🤣🤣🤣🤣louiiiiiiiiis , ih rinduuuuuu laaah. Dah lama tak lihat dan baca cerita ttg Louis. Pandai merajuk sekarang yaaa. Tak nak turun dari kulkas. Hangat di atas 🤭.

    Kalau tak ada mereka nih, sepi rumaaah kan. Saya di rumah , sering sendiri, asisten kalau dah selesai kerja, kan balik ke rumah dia. Anak2 pulang sekolah siang, Raka pun malam. Dahlaaah, cuma anak bulus yg JD teman 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia behave sikit akhir2 ni Fanny, sebab tu takde keluar cerita Louis Buat Apa Hari Ni 🤣 Ye, kalau takde anak2 bulus ni takde geng ajak borak2 kat rumah bila anak2 ke sekolah hehe

      Delete
  7. Kemain dia ya.....dialah boss ya...merajuk agaknya tu ya Carneyz?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde maknanya dia merajuk tu sis Ezna, dia tersuka lepak atas peti sejuk sampai tak nak turun 🤭

      Delete
  8. alang2 dah dok atas peti ais tu tolong laa sapu2 sikit habuk kat situ...ada ekor kannnn boleh kasi bersih sikit kan louissss hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Function betul ekor kembang dia tu, habis berterbangan debu atas peti sejuk tu hihi

      Delete
  9. Lepas turun, Louis ada minta balik duduk atas peti sejuk tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, dia dah lupa kewujudan tempat tu 😂

      Delete
  10. best kot duduk atas situ...hehe..kena denda merangkap kena buat kerja...hihi..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .