Bila Dah Semakin Berusia...

Hari ni dah masuk bulan November. Dua bulan lagi kita akan bertemu dengan tahun baru dan umur yang baru. Semakin hari semakin meningkat umur. Rasa sekejap je kan 2025 ni.

Ehem. Bercakap pasal umur. Macam ni la bila dah umur 40-an; selain kena makan ubat, kena rajin ambik vitamin jugak huhu 😮‍💨. Bila dah start kena makan ubat ni, kesannya vitamin dan mineral dalam badan pun berkurangan. Jadi untuk menampung kekurangan tu, aku kena ambik suplemen multivitamin dan mineral.

Pagi-pagi lepas breakfast (selalunya kalau tak keluar sarapan dengan Suami Terchenta, aku sarapan telur separuh masak 2 biji di rumah) aku akan ambik suplemen multivitamin, Omega-3 (untuk kesihatan jantung / mengawal paras kolesterol jahat), tablet kalsium dan vitamin D3. Tablet kalsium tu aku ambik sebab kuku aku cepat patah / 'terkoyak'. Lagipun bila dah makin berusia, tulang makin rapuh dan perlukan kalsium untuk menguatkan tulang.

Vitamin D3 pulak sebab doktor aku yang nasihatkan aku ambik untuk penyerapan kalsium dan masalah insulin resistant. Menurut doktor, perempuan especially yang berpakaian menutup aurat ni jarang-jarang terdedah dengan vitamin D dari sinar matahari. Kalau keluar rumah pun, selalunya aku pakai sunscreen jadi kulit tak menyerap vitamin D. Sebab tu la doktor syorkan ambik suplemen vitamin D3 tambahan.


multivitamin supplement
Multivitamin, Omega-3, tablet kalsium dan vitamin D3

Multivitamin suplemen ni susah nak cari dalam bentuk softgel. Selalunya aku jumpa yang dalam bentuk tablet. Aku tak berapa suka ambik versi tablet sebab baunya agak tak best. Bila dalam bentuk softgel ni, baru boleh telan. Aku beli di Caring Pharmacy sebab tak semua farmasi ada jual.

Satu lagi suplemen yang aku rasa aku kena mula ambik ialah evening primrose oil (EPO). Walaupun aku takde masalah period tak lancar, tapi dah masuk umur 40-an ni kena bersedia untuk masuk ke fasa pre-menopause

Korang pulak, apa suplemen yang korang amalkan sekarang ni? Cuba share dekat komen.

42 comments:

  1. Linda ambil lecithin, bio c, cal mag, salmon.. tu pun lompat² makan .sebab asyik lah lupa..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kadang2 lupa jugak tapi setiap 2 hari sekali Insha Allah ingat nak makan haha

      Delete
  2. saya selalu lupa bab suplemen,makan tak ada disiplin huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kena ambik secara konsisten sebab dah start makan macam2 ubat, jadi badan perlukan semua suplemen ni

      Delete
  3. Semoga sentiasa sihat dan bertenaga.

    ReplyDelete
  4. Setakat tok belum gik ambik apa-apa supplement. In Shaa Allah ada perancangan nak ambik tapi mok nanyak Doktor lok supplement apa yang sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, better la ambik atas nasihat doktor. Tapi multivitamin tok nang bagus sebab semakin kita tua semakin badan kita kehilangan banyak vitamin mun kita sik jaga pemakanan seharian

      Delete
  5. Kalau kamu rasa tua... lepas baca post ni uncle terus rasa tua bangka....

    ReplyDelete
  6. Walaupun belum masuk 40an tp lg 5 tahun mesti masuk juga kalau umur panjang, skrg pun dh jaga makan, kalau salah mkn mesti auto badan meragam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus macam tu Nina. Beringat dari awal, jangan tunggu macam saya dah masuk 40an dan ada macam2 penyakit baru nak sibuk ambik suplemen itu ini huhu

      Delete
  7. Replies
    1. Macam tu la lumrah hidup kan Wak. Cuma kalau boleh bila dah tua nnt tak menyusahkan anak2 asyik keluar masuk hospital je huhu

      Delete
  8. Saya jg dah berusia, ada ambil epa omega tu, vitamin juga produk imun pun ambil..alhamdulillah jaga bab makan..ambi sayur minum air putih banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sama2 kita jaga kesihatan masing2 sebab badan kita pun amanah dari Allah

      Delete
  9. Cie ni dah 41 🤣. Cie makan produk Shaklee. Dulu konsisten juga. Sekarang ni macam on off dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk Shaklee org kata bagus. Kenapa dah stop Cie?

      Delete
  10. Sama² kita menua dgn sihat ye sis... So far PH takde amik apa² supplement secara consistent.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, jaga kesihatan baik2 ye sis. Bila dah jadi macam saya ni ubat pun kena makan, supplement pun kena ambik jugak huhu. Baru sedar kesihatan tu 'mahal' harganya.

      Delete
  11. smoga kita diberikan kesihatan yg baik..akak mmg tk mkn apa2 supplement..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semoga akak sentiasa sihat dan tak perlu bergantung dgn ubat2an dan supplement ni 😊

      Delete
  12. akk pula suka yg tablet sbb susah nak jumpa softgel yg halal..selalu cari veg softgel...sekrg ni ambil multi-vit Blackmores, astaxantin, glutathione,...utk mineral, minum air mineral spritzer, bubbles...first time pergi Caring Pharmacy yg kt the putra mall, best.. byk barang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya ambik ni kapsul gelatin tapi ada pengiktirafan sijil halal (https://solaray.com.my/faq.html). Sebelum beli mmg tanya siap2 dekat farmasi. Jenis kapsul ni senang nak telan dan takde bau ubat. Saya memang tak boleh ambik multivitamin tablet tu sbb baunya kuat sangat.

      Delete
  13. kita akan semakin tua dari hari ke sehari...nang gia hidup kita dalam dunia hidup ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakin tua, semakin kenak jaga kesihatan supaya sik menyusahkan anak2 kelak huhu

      Delete
  14. saya masih 20-an. so far tak pernah makan supplement apa2 lagi. tapi haritu pernah makan supplement vitaminD blackmores tu. tapi tak tau la ada perubahan apa2 ke tak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia takkan nampak perubahan skrg tapi bila badan dah makin berusia baru nampak kesan ambik supplement2 ni dik hehe.

      Delete
  15. Sekarang amalkan ambil kunyit hitam sebab gerd,gastrik.
    Tukar-tukar sebenatnya. Rasa sakit cari penyelesaian untuk itu.
    Ada niat nak makan Omega 3 nanti. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya pun ada problem gerd tapi bila doktor nasihatkan berhenti minum kopi, lama2 saya perhati gerd tu pun hilang. Skrg dah start minum kopi tapi tak sekerap dulu.
      Omega 3 bagus utk kawal paras kolesterol dan kesihatan jantung pada jangka masa panjang. Tapi kalau kita sejenis suka makan telur dan ikan hari2, dalam makanan tu pun dah ada Omega 3 jugak.

      Delete
  16. i sgt malas amik apa2 supplement..pernah lah try mkn some (sbb nak reduce cholesterol jahat tu) tp so far mcm it does not work for me so i pun mls dah nak mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena konsisten makan dan mungkin ambik masa baru nampak efek tu kot MZ. Omega 3 tu bagus diamalkan utk reduce bad cholesterol. Sekarang tgh amalkan Omega 3 on top of my cholesterol meds jugak, hujung bulan ni medical checkup nak tengok my cholesterol improve ke tak

      Delete
  17. Saya makan vitamin C ngn Prebiotik je buat masa ni... Nanti nak try lain lain jugak... air masak kena banyak minum... Smg sihat sellalu kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vitamin C bagus utk org yg selalu kena infection / selsema. Prebiotik Nona ambik jenama apa?

      Delete
  18. Replies
    1. Macam ni la bila dah start makan ubat, kena ambik jugak supplement utk tampung efek makan ubat tu sis huhu

      Delete
  19. Ambil extra virgin olive oil saja sebab selalu lupa minum air banyak. Kadang kalau ingat ambil vitamin C jugak. Kawan pharmacist kata nak makan supplement kena minum banyak air. Tu lah, malas betul minum air kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu kena minum banyak air kosong kalau taknak bebankan kidneys

      Delete
  20. SA amik EPO, Magnesium Glycinate, Vit C dan Vit E....SA dah masuk fasa Pre-menopause..dah bulan ke 4 xde period...ntah bila nak datang period semula..kawan cakap minum Alpukat seminggu 3 kali untuk produce semula telur tu..SA tengah usahakan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la bila baca pengalaman SA saya pun rasa dah kena start ambik EPO. Bulan depan kot start ambik, bulan ni dah terlebih bajet pulak hehe

      Delete
  21. sejujurnya sy tak makan / ambil apa-apa supplement ;-)
    sejenis yg payah nk konsisten (mkn & beli supplement)

    ReplyDelete
  22. Saya dari dulu rutin minum suplemen . Tp pastinya diimbangi dengan banyak minum air putih juga yaa.

    Yg skr ini selalu saya minum, tiap pagi saat perut kosong saya selalu minum collagen .

    Trus 20 menit sebelum makan, saya minum cuka apel yg dicampur 300 ml air , gunanya utk menjaga gula darah stabil, mencegah batu ginjal, kolesterol juga.

    Kalau malam saya minum magnesium sebab saya rutin minum Vit D dan K2. Magnesium menjaga agar vit D benar2 terserap sempurna.

    Jenis magnesium yg saya minum yg glycinate. Ini juga bagus utk rileks pada otot. Apalagi Krn saya rutin gym, jadi supaya otot tak sering sakit.

    Sesekali minum juga multi vitamin yg 1 tablet ada kandungan Vit C, zinc, vit B , utk menaikan imun tubuh.

    Saya kalau masalah obat dan suplemen memang rutin lah, dan tak pernah skip. Mungkin sebab dari kecil pun saya sering sakit, jadi dibiasakan utk disiplin ambil obat

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .