Beli Power Bank Comel

Masa pergi camping bulan lepas, tetiba power bank aku mengembang dan walaupun masih boleh dipakai, tapi aku taknak la ambik risiko power bank tu meletup atau terbakar kalau bawak bendalah ni naik flight. Sudahnya aku pun kena la cari power bank yang baru.


power bank
Beli masa nak pergi umrah awal tahun ni, tak sampai setahun pakai dah mengembang huhu...

Kali ni aku cari power bank yang boleh gantung dekat tali beg senang nak capai bila nak guna. Scroll punya scroll kat Shopee, terjumpa la power bank yang comel ni:


3C certified power bank
Fast charge power bank 10,000mAh sama macam power bank yang lama

Apa yang buat aku suka power bank ni ialah saiznya yang compact dan design nya yang estetik. Warna hijau tu matchy-matchy la dengan dompet aku hihi.


3C certified power bank
Perbandingan saiz power bank baru dengan power bank lama dan Airpod casing


Selain tu, ada display tahap bateri senang nak tau bila nak kena cas semula.


3C certified power bank
Display tahap bateri

Yang ni aku tak perlu nak angkut wayar kabel pengecas sebab dah ada sekali dengan power bank ni. Power bank lama pun sebenarnya tak perlu pakai wayar kabel jugak sebab ada wireless Qi charger tapi masalahnya benda tu cepat panas jadi aku selalunya prefer guna kabel bila nak mengecas h/p.


3C certified power bank
Wayar kabel pengecas dari material tahan lasak

3C certified power bank
Nak buat lanyard pun boleh...


Tapi ciri yang paling aku suka ialah boleh gantung dekat handbag jadi takde la kena selongkar beg nak cari power bank 😅.


3C certified power bank
Gantung macam ni senang nak capai bila perlu

Power bank ni jugak 3C certified, jadi selamat nak bawak naik flight. Ada dua pilihan warna iaitu putih dan hijau.

3C certified power bank
Semua ciri ni aku suka


Kalau korang berminat dengan ciri-ciri power bank ni, korang boleh klik LINK NI atau taip kod: BKN-EFD-WHV dekat bahagian carian di aplikasi Shopee.

Post a Comment

18 Comments

  1. cute nyaaa..nanti i usha2...kat rumah tu dh ada 2 powerbank tp boleh jer usha2 tambah koleksi hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde warna pink pulak haha. Kalau ada sure MZ dah beli kan? 😄

      Delete
  2. Replies
    1. Aok, boleh gantung rah handbag ya function paling utama bagi kamek hehe

      Delete
  3. Comelnya kecik. Cie punya powerbank dulu pernah jugak kembung selepas jatuh. Terus buang je tak berani pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, baik jangan pakai tak pasal2 meletup masuk dalam icu pulak huhu

      Delete
  4. Replies
    1. Memang comel dan terpaling function ni Uncle hehe

      Delete
  5. Aiiih sampai mengembang begitu yaa 😅😅. Seram juga memang. Dah lah, langsung pensiunkan saja. Raka yg biasanya suka beli powerbank. Saya pinjam saja kalau memang pergi dengan dia. Tapi kalau traveling tanpa Raka, memang saya tak bawa 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, padahal tak sampai setahun beli dan kembang 😒 Saya kena bawak power bank kemana2 sebab iPhone kuat makan bateri lagi-lagi bila ambik gambar dan video

      Delete
  6. Memang comel..beli di luar negara..happy dapat beli..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Itulah terus masuk cart dan check out kak 😆

      Delete
  8. kalau boleh bawa naik flight tu mmg best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang paling penting. Kalau pergi China power bank takde logo 3C kena rampas kat airport.

      Delete
  9. cute nya. tak la berat nak bawa. saya ni takda power bank. tak pernah beli , pastu masa 2017 nak lahirkan dak aish lama duk wad dekat sebulan tak boleh cas hp. masa tu kalut la nak power bank. hahahah. rasanya tu pertama kali guna lepas tu takda dah pakai power bank, jap nak tengok link tu ada warna apa lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Saya kena ada kalau travel sebab sejenis suka ambik gambar bila kemana2 jadi bateri hp cepat habis.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .