Insha Allah esok kiteorang akan balik kampung seminggu menghabiskan cuti tahunan Suami Terchenta 🤭. Walaupun sekolah dah tak buat aktiviti pembelajaran lagi, aku tetap buat surat tak hadir ke sekolah memaklumkan guru kelas yang kiteorang bercuti balik kampung untuk direkodkan dalam rekod kehadiran pelajar. Kadang-kadang kesian dengan cikgu kelas kena tagih alasan tak hadir dalam group whatsapp sebab segelintir mak ayah senyap je tak maklumkan ketidakhadiran anak-anak ke sekolah. Sepatutnya mak ayah kena cakna dengan peraturan sekolah iaitu kalau anak-anak tak dapat hadir ke sekolah, kena buat surat atau serahkan MC kalau anak tak sihat. Bukannya senyap gitu je.
Eh, terbebel pulak kat sini 😝.
Sambung cerita balik kampung. Sebelum balik ke rumah mertua di kampung, kiteorang nak staycation semalam di Kuching sebab Khayla dah lama teringin nak melawat Borneo Cultures Museum. Masa kiteorang pergi ke muzium ni tahun 2023, kiteorang tak sempat melawat pameran di tingkat 4 dan 5 gara-gara kesuntukan masa. Jadi kalau korang ada kesempatan ke muzium ni, aku sarankan korang rancang masa sehari suntuk di muzium ni.
Dan tentulah kalau di Kuching wajib la singgah JJCM (jalan-jalan cari makan)! Dah berangan-angan nak breakfast mi sapi Haji Salleh di Sepinang Sari, malamnya pulak makan seafood di Topspot dan esok pagi sebelum gerak ke kampung, singgah makan laksa Sarawak di Mom's Laksa!
![]() |
| Itinerari staycation di Kuching dalam aplikasi TripIt |
Kakmim, kat mana lagi tempat makan yang boleh selitkan dalam itinerari ni? Cer share sekejap 😄. Kalau sempat dan ada kelapangan, boleh la berjumpa jugak (tapi kalau tak dapat pun, aku faham sebab hari bekerja kan).
Nota kaki: Harap-harap ofis Suami Terchenta tak buat meeting mengejut, menangis tak berlagu pulak nanti sebab tiket dan hotel semua dah dibayar 🥹.

36 Comments
waaa bestnya balik kg sambil bercuti! menarik la itinerary dlm apps gitu! enjoy and have fun yer carneyz!
ReplyDeleteAah, sebelum balik kampung cuti2 kat kuching dulu sbb once dah sampai kampung mmg susah nak kemana-mana sebab takde kereta kat kampung.
DeletePergh…balik kampung pun ada itinerari details gini.
ReplyDeleteKalau ada peluang, akak pun nak ke Kuching lagi. Masih banyak tempat menarik yang tak sempat pergi haritu.
Kena ada itinerari kak Ujie sbb husband byk benda nak fikir takut dia lupa 😜
DeleteSelamat bercuti
ReplyDeleteBlik kampung
Seronokkk kqn dpt cuti di kg ni
Terima kasih ciknor. Seronok jarang2 dpt balik kampung.
DeleteWah..... urm... kek lapis sarawak..
ReplyDeleteskrg org tak pandang kek lapis. Org cari kek mita 🤭
Deletesronok tu blk kampung + staycation + jjcm...selamat bercuti
ReplyDeleteSeronok sbb bukan selalu dapat balik ke kampung suami ni 🤭
Deleteselamat bercuti.. betul tu, sebab masih hari persekolahan, so buat la surat siap2..
ReplyDeleteYe, ikutkan nak tunggu cuti sekolah tapi suami kena cover ramai staff cuti hujung tahun + Krismas jadi dia ambik cuti awal bulan sebelum cuti sekolah. Lagi pun tiket flight pun tak berapa mahal kalau balik hari biasa. Masuk cuti sekolah je terus naik harga tiket flight huhu
DeleteBetul sangat tu ada je parents tak sekolahkan anak. Cie jenis buat surat jugak kalau ada urusan. Tak hadir pun mesti bersebab.
ReplyDeleteYe, tak boleh nak pontengkan anak sesuka hati. Dah la ponteng, tak bagi alasan pulak tu 😬
DeleteSelamat bercuti :)
ReplyDeleteTQ Eyma. Dah selamat sampai ke kampung suami 🤗
DeleteSeronoknya baik kampung. Have fun dan enjoy semuanya di sana.
ReplyDeleteSeronok kak. Peluang yang jarang2 dpt sebab suami sibuk bekerja dan jarang2 dapat ambik cuti hihi.
DeleteOkeh..x sabar menanti cerita Sepinang Sari...
ReplyDeleteRingkas je ceritanya nanti SA hehe. Insha Allah akan update dalam masa terdekat. Ni update guna iPad susah sikit nak edit gambar.
DeleteSelamat balik kampung sis ...
ReplyDeleteSeronoknya!
Siap dgn itinerary tu 👍🏻
TQ sis 🤗 Alhamdulillah dapat jugak convince suami ambik cuti balik kampung hihi
DeleteImpian saya bisa keliling Malaysia, datang ke semua states nya 😂. Sebab keliling Indonesia memang tak mungkin , saking besarnya dan mahal. 🤣
ReplyDeleteTapi di antara states di Malaysia, memang Sabah Sarawak jadi top list saya nomor 1 👍👍👍. Betul2 nak fokus kesana lah. Tp memang harus ambil durasi lama, sebab jauh2 kan lokasinya. Belum lagi Labuhan itu masuk dalam state juga? Atau dia under Sabah atau Sarawak?
Ya, tapi saya sarankan pergi ke bandar2 besar je sebab tempat2 lain tu tarikannya mungkin 1-2 je. Kalau di Sarawak, boleh singgah di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Di tempat lain tu mungkin boleh singgah jalan2 sehari contohnya kalau nak ke Mukah boleh menginap di Bintulu dan sewa kereta jalan2 di kawasan Mukah/Matu/Daro/Dalat.
DeleteBila tek ktk balit? boleh try mee kolok laila inn juak... tp cabaran menunggu dh mcm hj salleh juak laaa... mom laksa di jalan hj taha ya boleh tahan juak, mcm² ada... mun cun timing kita jumpa k... salar mee tarik best juak... hehehe
ReplyDeleteKmk org dah smp di kampung Jun tok 😅 mun dah di kampung susah sikit mok ke Kuching nun sbb Jun gik gago masuk meeting walaupun tengah bercuti 🥲.
DeleteTerus rindu kakak ofismate Linda yang orang Sarawak. Rajin layan adik² nak kan laksa Sarawak... Balik kampung, mesti bawa balik kek lapis banyak²..dulu² takde lagi kot kek Mita tu.
DeleteKek Mita dah lama ada, tapi lepas Covid je start famous di kalangan pelancong sampai kalau orang luar Sarawak datang ke Kuching, memang dieorg angkut berkotak2 kek Mita bawak balik ke sana 😄
DeleteItu dia, itinerary pasal tempat makan aje, hihi. Bestnya balik kampung naik belon.
ReplyDeleteBalik kampung tu je la aktiviti yg menarik hehe.
Deletewaahhhhh bestnyaaa siap ada itinerary camtu!
ReplyDeleteKena plan itinerari sebab nak maksimakan masa di Kuching sebelum balik ke kampung suami hehe
Deleteselamat bercuti
ReplyDeleteselamat pergi dan selamat kembali...
amboiiii penuh dgn JJCM je ya ;-)
Yeahhh part yang paling best balik Sarawak ialah makan 🤭
DeleteBestnya balik kampung..
ReplyDeleteDah selamat pulang ke KL dah Kak Sue hihi
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .