Disebabkan flight Firefly kiteorang tiba-tiba ditukarkan ke awal pagi (9 pagi dari pukul 11 pagi), jadi kiteorang terpaksa bermalam di hotel untuk mengelak traffic jam yang teruk di Samarahan.
Harga semalam untuk bilik Superior Twin ialah RM231.14. Sebab utama kiteorang pilih hotel ni ialah lokasinya yang betul-betul berdepan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Selain dari tu, hotel ni ada shuttle service untuk penumpang yang hendak ke lapangan terbang (mengikut jumlah tetamu yang berdaftar dengan hotel). Jadi tak perlu la kiteorang book Grab esok paginya.
![]() |
| Lobi hotel |
Selepas check-in dan ambik kunci, kiteorang terus naik ke bilik. Bilik kami ada 2 buah katil single, tapi cukup untuk menampung kiteorang 4 beranak dengan selesa. Biliknya cantik, bersih dan selesa. Cuma masa kiteorang masuk ke bilik tu, ada bau yang kurang menyenangkan dari bilik air. Tapi lepas aku sembur minyak wangi dan flush toilet, bau tu pun hilang.
Bilik hotel ni takde bathtub tapi ruang mandinya cukup besar dan selesa.
![]() |
| Ruang mandi |
![]() |
| Kelengkapan mandi |
![]() |
| Tandas |
![]() |
| Kemudahan membancuh minuman |
Bagi aku, bilik hotel ni memuaskan dan cukup selesa untuk transit passengers. Yang penting dekat dengan lapangan terbang, harga berpatutan dan ada shuttle service untuk ke lapangan terbang. Tapi kalau nak stay sini dan melancong ke Kuching, bagi aku lebih baik cari hotel dalam bandaraya Kuching tu sendiri.






Selesa nampaknya Raia ni Carneyz. Nama lama TH Hotel rasanya.....pernah menginap kat Raia Alor Setar je.
ReplyDeleteevent kt swk bln 10 aritu dkt raia hotel juga tp time tu akak tk pegi....pernah stay hotel raia dkt alor setar
ReplyDeletecantik hotel. suka akak. akak suka twin beds. senang dah luas la.
ReplyDelete