Disebabkan flight Firefly kiteorang tiba-tiba ditukarkan ke awal pagi (9 pagi dari pukul 11 pagi), jadi kiteorang terpaksa bermalam di hotel untuk mengelak traffic jam yang teruk di Samarahan.
Harga semalam untuk bilik Superior Twin ialah RM231.14. Sebab utama kiteorang pilih hotel ni ialah lokasinya yang betul-betul berdepan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Selain dari tu, hotel ni ada shuttle service untuk penumpang yang hendak ke lapangan terbang (mengikut jumlah tetamu yang berdaftar dengan hotel). Jadi tak perlu la kiteorang book Grab esok paginya.
![]() |
| Lobi hotel |
Selepas check-in dan ambik kunci, kiteorang terus naik ke bilik. Bilik kami ada 2 buah katil single, tapi cukup untuk menampung kiteorang 4 beranak dengan selesa. Biliknya cantik, bersih dan selesa. Cuma masa kiteorang masuk ke bilik tu, ada bau yang kurang menyenangkan dari bilik air. Tapi lepas aku sembur minyak wangi dan flush toilet, bau tu pun hilang.
Bilik hotel ni takde bathtub tapi ruang mandinya cukup besar dan selesa.
![]() |
| Ruang mandi |
![]() |
| Kelengkapan mandi |
![]() |
| Tandas |
![]() |
| Kemudahan membancuh minuman |
Bagi aku, bilik hotel ni memuaskan dan cukup selesa untuk transit passengers. Yang penting dekat dengan lapangan terbang, harga berpatutan dan ada shuttle service untuk ke lapangan terbang. Tapi kalau nak stay sini dan melancong ke Kuching, bagi aku lebih baik cari hotel dalam bandaraya Kuching tu sendiri.






14 Comments
Selesa nampaknya Raia ni Carneyz. Nama lama TH Hotel rasanya.....pernah menginap kat Raia Alor Setar je.
ReplyDeleteOh baru tau Raia Hotel ni nama lama TH hotel. Saya tau hotel Movenpick dekat Sepang tu je hehe.
Deleteevent kt swk bln 10 aritu dkt raia hotel juga tp time tu akak tk pegi....pernah stay hotel raia dkt alor setar
ReplyDeleteRupa2nya Raia ni ada cawangan lain jugak ye. Baru tau.
Deletecantik hotel. suka akak. akak suka twin beds. senang dah luas la.
ReplyDeleteYa, puas hati utk stay semalam. Harga pun berpatutan.
DeleteDari fotonya, kliatan nyaman dan luas. Sebanding lah dengan harga yg dibayar. Apalagi ada shuttle kan.
ReplyDeleteKalau memang tujuan transit, memang worth it stay di sini. Tapi sayapun kalau tujuan nak liburan di Kuching, dah pasti ambil hotel di tengah kotanya. Kecuali dekat hotel transit ada connect dengan stasiun MRT, barulah nak stay di sana.
Ya Fanny, lebih baik booking hotel di tengah Kuching kalau nak jalan2. Tapi kalau nak transit hotel Raia ni memang sangat recommended 👍🏻
Deletekatil tu nampak besar wpun single..super single lah tu kan...bolehlah share2 tidur berdua for each bed
ReplyDeleteAah, boleh muat 2 orang atas tu MZ.
DeleteAgaknya Raia Hotel mmg lokasinyq berdekatan dgn airport kot. Raia Hotel Alor Star pun dekat airport.
ReplyDeleteOo.. strategi dieorg kot, mmg utk penumpang yg nak fly awal pagi.
Deletecantik bilik dan bilik mandinya. saya ni ada masalah pasal bilik mandi hotel. kalau lampu oren saya seram nak guna. hahahahaha. saya nak lampu putih biar nampak dan jelas
ReplyDeleteOh bilik air hotel ni ada dua2 lampu kuning dgn lampu putih haha. Cahaya lampu dia terang dan tak 'romantik' 🤭
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .