Salam kawan-kawan,
Throwback lagi - kali ni cerita pasal breakfast date dengan kawan-kawan sama ofis masa bekerja di Bintulu beberapa tahun lepas. Kali ni kiteorang mencuba kafe baru di The Curve, Mutiara Damansara.
![]() |
| Flint (sumber foto: Flint.my) |
Dekat The Curve sebenarnya banyak kedai makan yang menarik dan berkonsepkan al fresco dining. Cuma tempat ni agak jauh dari rumah aku dan kena lalu 2 tol jadi aku jarang-jarang ke sini. Lagi satu, sebab kawasan Mutiara Damansara ni memang terkenal tempat T20 jadi boleh expect jugak harga makanan kat sini pun T20 jugak la 😅. Takpe sekali-sekala kan, bukan hari-hari hihi...
Disebabkan dah lama tak ke sini, dalam perjalanan tu boleh pulak aku tersesat dan tersalah simpang. Sudahnya aku sampai agak lewat jadi tak sempat nak snap gambar makanan yang kawan-kawan lain pesan.
Dekat kafe ni ada pilihan menu Western dan jugak lokal macam nasi lemak, laksa Johor dan keropok lekor Ganu. Tempted sebenarnya nak cuba laksa Johor tu tapi pagi-pagi perut rasa tak berapa lapar sangat jadi aku pesan Eggs Avo on Toast dan iced latte.
![]() |
| Eggs Avo on Toast (RM23) |
Bagi aku makanan kat sini ok la, sedap jugak standard kafe hipster. Dari segi servis pulak, agak lambat. Aku kena tunggu hampir 30 minit kot sebelum makanan sampai. Tu pun kena panggil waiter tanya bila makanan nak sampai 😅. Kalau dibandingkan dengan The Red Beanbag Cafe yang aku dan Zura pernah pergi sebelum ni yang jauh lebih sibuk dari Flint, servis di TRBC sangat la cepat walaupun pelanggan sangat ramai. So mungkin dekat sini Flint Cafe boleh improve lagi kot.
Kali terakhir jumpa Shasha dalam bulan Ogos tahun lepas. Dia sama macam aku jugak, dah resigned dari syarikat lama. Dulu masa kat Bintulu kiteorang berdua single working mom di sana sebab suami sama-sama kerja di KL. Jadi banyak la pengalaman pahit manis kiteorang sebagai mak-mak bekerja yang kena mengurus anak-anak kecik sorang-sorang, bezanya anak dia 5 orang masa tu jadi lebih mencabar.
![]() |
| Topik perbualan banyak berkisar tentang kisah tempat kerja lama |
![]() |
| All the best to Shasha, semoga lepas habis study nanti dapat kerja dalam bidang yang diminati |




1 Comments
Kacak id cafe tok... yg diorder ktk ya pun menarik juak rupanya... mmg agak hipster juak la rupanya
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .