First Time Masuk Hammam di Isfahan Hammam & Spa @ MyTown

Throwback sebelum adik bongsu aku kahwin. Adik aku dan tunangnya belanja kiteorang pergi ke Isfahan Hammam & Spa ni as advance thank you sebab dah tolong dengan persiapan wedding dieorang. Aku dan kakak aku bergurau, "Lain macam 'bride shower' ni. Ni lebih kepada 'shower with the bride'" 🤪. 

Ni first time aku mencuba ritual hammam. Rasa excited pun ye, segan pun ada jugak hahaha! Tapi bila difikirkan balik, halah halah dulu masa kecik pun berkubang sesama, apa salahnya bila dah besar pun berkubang dalam hammam sesama jugak 🤣. 


Isfahan Hammam & Spa
Isfahan Hammam & Spa di MyTown

Buat korang yang tak familiar apa itu hammam, hammam atau mandian Turki ialah ritual mandi tradisional dari Timur Tengah dan Afrika Utara. Di sana, bakal pengantin biasanya akan melalui ritual hammam sebelum majlis perkahwinan sebagai salah satu persiapan perkahwinan (lebih kurang macam amalan tradisi masyarakat di Asia Tenggara iaitu mandi bunga, tapi kat sana dieorang mandi hammam).

Sebelum masuk ke kamar mandi, kiteorang diberikan pakaian basahan untuk dipakai semasa mandi. Selepas menyalin pakaian, kiteorang duduk di ruang menunggu sementara staff di situ menyiapkan kamar mandi.


Isfahan Hammam & Spa
Bilik salin pakaian

Isfahan Hammam & Spa
Ruang menunggu


Isfahan Hammam & Spa
Dekorasi dalam ni macam di Timur Tengah


Isfahan Hammam & Spa


Bila kamar mandi dah siap, kiteorang pun dipanggil masuk ke kamar mandi. Masa ni memang penuh dengan wap, rasa lega sikit sebab nampak samar-samar je dalam kamar mandi! 🤣 Tambahan lagi, masing-masing rabun jadi rasa confident sikit nak masuk kamar mandi sama-sama ni hihi.


Isfahan Hammam & Spa
Suasana dalam kamar mandi

Ritual hammam ni bukan setakat mandian je, tapi sekali dengan masker badan (guna madu asli), mandian buih yang banyak (bubble wash) dan membuang sel kulit mati dan daki menggunakan sarung tangan khas dipanggil 'kise'. Selepas mandi, kiteorang dibawa ke bilik spa pulak untuk aromatic massage (urutan aromatik).

Selesai sesi urutan badan, kiteorang tukar pakaian dan dibawa ke ruang menunggu. Di situ, kiteorang dihidangkan dengan teh panas dan baklava yang sedap.


Isfahan Hammam & Spa
The perfect way to end a spa experience...

My verdict pengalaman pertama masuk ke hammam ni - best! Kulit aku terasa halus dan lembut macam kulit baby sampai sekarang sebab dia dah sental berapa lapisan daki pun aku tak tau 🤣! Tapi memang banyak la sel kulit mati yang tanggal masa kena sental tu 🤭. Tak tau la ada jual ke tak sarung tangan tu kat Shopee, terasa nak beli pulak sebab kalau nak pergi hammam selalu memang idok ler. Selain rasa segan, harga treatment tu pun 'keras' hihi. Terima kasih adik ipar dan adik sebab belanja kakak-kakak masuk hammam & spa! 🥰


Isfahan Hammam & Spa
Muka masing-masing 'glowing' lepas ritual hammam & spa

Post a Comment

20 Comments

  1. waaa menariknya dpt pengalaman gini ;) hrp2 ada rezeki nak try later2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, kena try ni MZ! Kulit rasa lembut macam kulit baby je lepas tu hehe

      Delete
  2. Selalu dengar belah² Arab sana la hammam ni.. baru tahu dekat sini pun dah ada hammam. Nice experience la sis kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat KL ni dah ada a few branches cuma ni first time kiteorg try hammam hihi

      Delete
  3. wahhhh best nyaaaa
    part lagi best dah tentu laa sbb orang belanja kannnn...
    ada rasa mengantuk tak lepas keluar dari sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul! Paling best sbb org belanja 😜 tak rasa mengantuk sebab dah tidur masa sesi urut hehe

      Delete
  4. Bestnyaaa.. kalau nak healing sorang2 ni memang layan. Boleh tahu range harga keras treatment di situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best! Rasa nak cuba lagi kalau ada rezeki hehe. Range dari RM218 untuk mandi hammam. Yang adik bermurah hati belanja ni ialah shahdokht hammam (RM348) sekali dengan sesi urutan sejam 👍🏻

      Delete
  5. wah.. seronoknya...dapat buang2 daki ni.. hahaha...takpelah, adik beradik sendiri je pun.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal, lagipun masing2 rabun jadi nampak bayang2 je 🤣 tu pun dalam kamar mandi tu penuh wap so tak nampak apa2 hehe

      Delete
  6. Boleh imagine bestnya kena scrub satu badan tu. Alhamdulillah rezeki Carneyz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best betul kak Mulan, banyak betul daki bila dia sental satu badan tu 😅 Alhamdulillah semoga murah rezeki adik ipar 🤲🏻

      Delete
  7. Baru tau ada tempat gini di negara kita. Nampak mewah tempatnya, memang kerasss sangat la harganya tu kan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak Ujie, dekor dalam spa ni ala2 di Turkiye / Morocco. Harganya agak keras bagi saya 😅

      Delete
  8. menarik jugak spa macam ni. bersih la kulit kena sental.

    ReplyDelete
  9. Best juak, br pernah dgr tok.. ofkos la di kch xda... brp ndak ka per head ya? sekali sekala memanjakan diri best juak bah... bonding time juak dgn adik-beradik

    ReplyDelete
  10. Kalau ramai2 mandi tu macam segan pulak ya.

    ReplyDelete
  11. Aiiiiih terbayang lah pasti nyaaaaamaaan sangat selesai treatment 😍😍😍. Saya sukaaa tempatnya.

    Mandian ala Turkiye ini pernah baca memang. Tapi tuhlaah, sayapun segan kalau harus 1 bath 🤣. Walau adik sendiri kan. Tp kalau di dalam penuh uap, okelaah. Pas dipijat pun boleh pakai kain pelapis kan 😅

    ReplyDelete
  12. Okla dah tahu macam mana nak amik hati wife .. boleh la belanja wife ke sini... :D

    ReplyDelete
  13. biasa tgk juga org pegi hammam & spa...cantik tmptnya....harga pn cantik juga...yg tau kt bangsar oh kt mytown pn ada

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .