Jom Derma Baju Raya

Salam Jumaat kawan-kawan 🫶🏻,

Semalam ternampak post ni dekat Instagram:




Mesti ramai yang dah beli baju raya baru tahun ni kan? Baju raya lama yang masih elok tu, kalau tak tau nak buat apa atau dah tak muat ke, boleh la korang kumpulkan dan hantar ke program amal baju raya ni.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

الحمدلله
Program Amal Baju Raya Project akan berlangsung pada tahun ini pada tarikh & lokasi dibawah.

Tarikh: 28.2.2026 / 10 Ramadan 1447H
Tempat: RHB Centre, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur

Masa penghantaran sumbangan:
8:30 pagi - 11:00 pagi

Jenis dan cara menghantar sumbangan yang diperlukan:
1️⃣ Baju raya terpakai/baru (YANG ELOK SAHAJA).
2️⃣ Pastikan pakaian tersebut BERSIH.
3️⃣ Masukkan dalam plastik atau beg kitar semula mengikut jenis pakaian
4️⃣ Labelkan saiz & jenis pakaian dengan JELAS.
5️⃣ Hantar pada hari dan waktu yang ditetapkan SAHAJA.

Sasaran penerima: Rumah kebajikan, anak yatim, ibu tunggal atau sesiapa saja yang memerlukan.

Letak reminder siap-siap dalam kalendar korang tau. Baju raya anak-anak yang dah tak muat tu pun boleh dermakan jugak. Ni la masanya untuk clear almari pakaian sambil menderma 🥰. Jangan lepaskan peluang ni!

Post a Comment

15 Comments

  1. siapa yang berdekatan tu, boleh la..tudung2 pun sama.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Semoga projek seperti ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  3. Bagus projek ni sb ramai yg tentunya baju2 lama masih elok tak terpakai kan
    Bg pd yg memerlukan

    ReplyDelete
  4. Sitok pun ada juak esok... hantar di opis lembaga getah, harap sempatlah ngantar esok, baju miak dh lamak dh packing cuma x tauk nk berik ke sine jak

    ReplyDelete
  5. SA baru jer sedekah baju dan tudung sikit punya banyak kat staff suami yang susah 2-3 orang...ada lagi tu nak kena decluttering...

    ReplyDelete
  6. memang ada baju2 yang tak pakai lagi tapi masih elok. insya allah kalau berkesempatan nanti sy pergi hantar

    ReplyDelete
  7. sonok bila ada project cmni, kita pon blh declutter brg2 yg masih elok kan :)

    ReplyDelete
  8. Minggu lepas ada juga event gini dekat area berdekatan. Targetnya utk bagi sumbangan baju raya kpd yg memerlukan

    ReplyDelete
  9. Ini bagus.... Kosong sikit almari nanti

    ReplyDelete
  10. Sungguh menarik ni... boleh la clean up yg ada di rumah ni :D

    ReplyDelete
  11. Kemarin tuh sebelum puasa saya dah minta asisten saya utk bawa baju2 saya yg dah tak terpakai. Memang masih bagus, tp hanya bosan. Ada juga baju yg lengan pendek, sementara sejak pakai tudung, dah tak pernah pakai lagi.

    Dahlaah, mending KSH orang memang . . Lemari pun jadi bersih, tak banyak sangat pakaian

    ReplyDelete
  12. eh bagus ni. daripada baju tu duduk kat almari tk buat apa2, baikla bagi orang. kang dihisab pulak

    ReplyDelete
  13. bagus ni if dpt join cuma jauh la plak lokasinya

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .