Sambut Tetamu dari Jakarta

Khamis lepas, seperti yang dijanjikan aku ke KLIA menjemput Fanny yang datang bercuti-cuti ke Malaysia. Kali ni dia pergi seorang diri tanpa ditemani Raka. Aku naik MRT ke Putrajaya Sentral sebelum beli tiket KLIA transit untuk ke KLIA. Flight Fanny sepatutnya tiba pukul 2.20 petang tapi terlewat sikit dan beratur di kaunter imigresen pun agak panjang. Sudahnya pukul 2.50 petang baru keluar dan pukul 3 petang baru naik ERL ke KL Sentral.

 

KLIA
Sementara tunggu Fanny, aku duduk di kafe Snacks berhampiran Ketibaan Antarabangsa sambil menikmati segelas teh tarik dan seketul karipap kentang

Aku ingatkan sikit je barang-barang dia bawak sekali tengok... tudiaaaaaa! Satu luggage besar saiz 28' kot, backpack besar yang selalu mat salleh bawak tu dan jugak satu tote bag berisi bika dan barang-barang lain. Nasib baik la tak jadi naik MRT (plan asal nak ajar dia route ke KL menggunakan MRT) dan dah siap-siap beli tiket ERL 😅.

ERL
Luggage besar tu penuh dengan oleh-oleh je tau! 😂

Sampai di KL Sentral sepatutnya Fanny jumpa blogger Suria Amanda (SA) dulu tapi sebab barang-barang dia banyaaakkkkk sangat lepas tu mengenangkan nanti mesti SA akan pass barang-barang lagi jadi sudahnya kiteorang decide check-in dulu di hotel sebelum berpatah balik ke KL Sentral.


Moxy KL
Aku rekemenkan Fanny menetap di Moxy KL sebab senang nak ke tempat-tempat menarik

Setel check-in kiteorang berkejar semula ke KL Sentral sebab SA kata dia ada meeting pukul 5.30 petang. Nasib baik la 2 stop je dari stesen LRT Masjid Jamek. Pukul 5.05 petang, kiteorang tunggu SA depan Burger King. Dan akhirnya berjumpa semula dengan SA 😍. Kali pertama dan terakhir jumpa SA masa dapat jemputan kenduri kahwin SA di Seremban dulu. Masa tu tak sempat berborak dengan SA sebab ye la, dia kan pengantin dan ramai lagi tetamu lain yang nak bergambar dengan SA. Kali ni jumpa SA pun tak sempat berborak lama tapi still happy dapat jumpa SA selepas sekian lama. SA ni peramah orangnya. Gemini memang camtu kot 🤭.


KL Sentral
Kami bertiga Gemini babies!

Terkejut jugak masa jumpa SA tu tiba-tiba dia keluarkan paperbag kecik, katanya hadiah dari Puan Hazel. Bila PH tau SA nak jumpa Fanny dan Fanny ditemani oleh aku, dia belikan hadiah birthday untuk aku jugak. Ya Allah, baiknya kawan-kawan blogger aku 🥰. Semoga Allah murahkan rezeki kawan-kawan blogger yang bersusah-payah bagi hadiah birthday (Puan Hazel, Mama Zharfan, Kak Retna, Sislin dan Fanny - terima kasih ye korang! 🫶🏻) 

Lepas jumpa SA, kiteorang nak balik ke Masjid Jamek semula tapi entah camane aku tersalah laluan pulak! Turun dekat stesen Bangsar ingatkan nak tunggu LRT ke Masjid Jamek tapi 3 kali lalu, 3 kali tu jugak tak dapat naik sebab penuh yakmat. Sudahnya kiteorang naik Grab je ke LRT Masjid Jamek.

Turun kat situ, aku bawak Fanny ke Bangunan Sultan Abdul Samad untuk makan tengahari merangkap makan malam 😅. Sebenarnya aku plan nak makan tengahari kat situ lepas ambik Fanny sebab masa tu aku tak tau Fanny dah janji nak jumpa SA. Masa kiteorang sampai kat Bangunan Sultan Abdul Samad tu aku dah kelaparan giler hahaha! Sempat mesej Kak Retna ajak dia join sekali sebab ofis dia dekat-dekat situ je.

Disebabkan kiteorang lapar giler + bateri h/p pun tinggal nyawa-nyawa ikan, sudahnya lupa nak ambik gambar bertiga makan di Malaya Kaw Kaw 😜. Lepas makan, kiteorang tergesa-gesa ke Masjid Jamek sebab tak solat Asar lagi masa tu. Alhamdulillah sempat solat Asar sebelum masuk waktu Maghrib.


Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
Alhamdulillah, berpeluang bawak Fanny solat di salah satu masjid tertua di KL

Kesian Fanny, hari pertama di KL lagi dah aku bawak marathon ke sana-sini 🤣. Fanny pulak first time naik LRT di KL. Aku ajar dia guna aplikasi Moovit supaya senang lain kali dia nak healing sendirian di KL, ada rujukan laluan LRT, monorel, MRT dan bas RapidKL untuk memudahkan dia bergerak ke mana-mana. Esoknya dia naik LRT seorang diri menuju ke stesen Bandaraya sebab Kak Retna ambik dia kat situ sebelum kiteorang bergerak ke JB. Yang tu aku cerita dalam entry lain ye.

Post a Comment

30 Comments

  1. Samalah kita, pertama dan last jumpanya masa di majlis kawin SA laaa..
    Pergi bag penuh, balik pun kompom penuh juga tuhh bagnya kann hahahaha adeiii..
    Sama-sama Karni, moga ko suka semua hadiah tu yaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgh fikir nak pakai baju apa dgn tudung purple tu Sislin hihi.

      Delete
  2. byk btul brg2 fanny tu...mmg kena check in otel dlu la simpan brg2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, kalau tak mmg penuh tangan kak hihi. Nasib baik lrt masjid jamek tu 5 minit je dari KL Sentral.

      Delete
  3. Hahahhaa si fanny, kita ghisau blk esok bag nya terlebih muatan ni 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngam2 je dia check-in luggage tu 🤭 mujur tak terlebih kilo!

      Delete
  4. sampai KL pun barang dah banyak. time balik nanti mesti beranak lagi barang2 nya.
    panjang journey hari pertama kak fanny kat KL. tak sempat rehat xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lerr... pening kepala dia nak packing katanya hahaha!

      Delete
  5. Lega dapat jumpa dan legaaaa dapat bagi ole-ole untuk Fanny..cuma x berapa best dapat jumpa kejap aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Lain kali kena ambik cuti agaknya ye SA 😅 SA, Fanny suka betul daging salai masak lomak cili api. Mana tau dia turun lagi boleh la SA masakkan daging salai masak lomak cili api utk dia 🤭 nnt saya tumpang makan sekali hihi

      Delete
  6. tadi pun i hantar dia kat LRT gombak, risau i takut dia tak reti naik or tak tau nak turun kat stesen mana tapi dia kata, u dh ajar dia cara2 naik LRT heheheh td i dating dgn fanny kat TGSK, dh buat entry dahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ye saya sempat ajar dia masa first day dia sampai. Nasib baik Gombak ke Masjid Jamek tu takyah nak tukar2 LRT 🤭 sampai MJ saya ajar dia guna laluan underground baru exit LRT takut dia sesat pulak nak ke hotel.

      Delete
  7. Ya Allah saya ni kan sangat nak ziarah majid Jamek di KL ni..harap dapat pergi dengan izinnya..Wah persahabatan bagaikan adik beradik dah dengan Fanny ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ada rezeki cikgu dapat ziarah Masjid Jamek 🤲🏻 Alhamdulillah, Fanny ni mmg mudah mesra dengan orang 😄

      Delete
  8. Semua orang berebut-rebut nak uruskan Fanny ni....
    Orang baik macam tu lah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujuuuuu! Masa kiteorang kat Jakarta dia dgn Raka mmg menyantuni tetamu dgn layanan first class! Jadi bila dia sampai sini, giliran kita la pulak menyantuni dia 😃

      Delete
  9. Sama² kasih 🫶🏻
    Dah bgtau Fanny, jangan susah². Sekali sebesar² alam beg dia bawak. Gigih betul adik sorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia mmg macam tu sis. Pemurah orangnya 😄 sebab tu dia balik pun tangan tak kosong sbb kiteorg dah masak dgn perangai dia yg suka beri hadiah tu jadi kita pun akan balas balik jugak 🤣

      Delete
  10. Adoilah.. Meriah betul tengok bag Fanny tu..
    Rezeki disenangi ramai orang.. Semua ingin berjumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kali dia datang ke Malaysia dah macam retis pulak, ramai yg nak jumpa dengan Fanny 😄

      Delete
  11. Fanny fit badannya jadi berlari ke sana sini gapapa. Padatnya aktiviti dia ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pancit jugak dia hari tu Sis Ezna 😅 sbb barang banyak dan kena tolak beg berat. Malam tu dia tidur awal katanya hehe

      Delete
  12. Banyaknya barang Fanny bawak sorang2 je. Best la dapat jumpa ramai kawan2 blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Cie. Nasib baik sampai KLIA ada orang tolong bawak sekali 😜

      Delete
  13. bukan Fannylah kalau datang tak bawak ole-ole

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah...seronok bila baca... moga ada rezeki juga linda jumpa Fanny dan lain2 blogger....malu nak jumpa blogger otai2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala tak yah segan la Linda. Kita lagi seronok jumpa kawan2 blogger baru. Rasa macam dah kenal lama sbb hari2 follow cerita kehidupan masing2 dekat blog kan 🤭

      Delete
  15. Saya betul2 terimakasih lah, diajarin cara naik train nih kaan 😄😄😄. Memang tak akan sampai ke hotel kalau bukan dengan Karni 🤣🤣🤣🤣. Mungkin saya dah give up, dan pesan grab langsung hahahahahah

    JD next ke KL, memang dah tahu cara naik train saja. Jimat. Nak cari 1 kartu tng lagi buat anak saya nanti. Dah ada 3 sebelumnya.

    Kalau ada raka barulah saya tak panic dengan bagasi 🤣. Bisa sharing berat kg hahahah .
    Mesjid Jamek selama ini saya cuma lewat saja, baru kali ini merasa sholat di dalam ❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Jadi lepas ni kamu tau dari KLIA paling senang ke KL naik ERL. Sampai di KL Sentral, tukar ke laluan LRT pulak. Tapi saya belum sempat bawa kamu naik MRT kan 😅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .