Salam Isnin kawan-kawan,
Jumaat lepas anak-anak join aktiviti camping yang dianjurkan oleh badan beruniform peringkat kebangsaan. Aktiviti ni berlangsung selama 4 hari 3 malam di salah sebuah universiti di Selangor. Petang Jumaat tu aku hantar dieorang ke sekolah, masa ni muka adik happy lagi haha. Maklumlah first time join aktiviti camping yang sekolah buat. Esok paginya dia mengadu tak dapat tidur sebab sempit, panas dan tak selesa tidur bertiga dalam khemah yang kecik 😅. Adoi, sabar je la anak. Mesti dia ingat camping ni macam pergi camping dengan kiteorang - tidur dalam khemah besar, ada tilam angin dan kipas gantung atas khemah 😜. Nan hado ye anak! Takpelah, semoga lepas ni korang akan lebih menghargai bilik tidur masing-masing ye 🤭.
![]() |
| Selamat ber camping anak-anak! |
Ni pulak gambar yang anak sulung hantar malam tu. Sampai kat sana, tugas pertama dieorang ialah set up khemah untuk tidur.
![]() |
| Masing-masing kena bergotong-royong mendirikan khemah untuk tidur malam tu |
Ada macam-macam aktiviti yang diadakan sepanjang perkhemahan tu tapi sekolah anak-anak cuma hantar wakil untuk pertandingan masakan rimba i.e. memasak atas unggun api. Seminggu sebelum tu, dieorang dah berlatih kat sekolah - panggang ayam, masak nasi dalam buluh dan buat roti lilit atas unggun api.
![]() |
| Alhamdulillah, dapat tempat ke-3! 👏🏻👏🏻 |
Awal-awalnya anak-anak tak minat nak ikut aktiviti perkhemahan ni. Lepas cikgu dieorang pujuk join sebab tak cukup orang, barulah dieorang daftar nama. Tapi aku rasa ni mungkin kali pertama dan terakhir dieorang join aktiviti perkhemahan 😬. Takpe, sekurang-kurangnya ada pengalaman dan yang paling penting dapat markah PAJSK peringkat kebangsaan 💪🏻.
Tahniah buat anak-anak sebab berani mencuba 👏🏻👏🏻. Mak dieorang dulu pun tak pernah nak ikut aktiviti perkhemahan yang sekolah buat 😜.



29 Comments
Ya, bagi diorg experience & exposure. Congrats adik kakak 👍🏻
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat la merasa sekali seumur hidup kan hihi. Balik dari camping dua2 mengadu sakit badan dan tak cukup tidur 😅
DeleteAiiiih lama juga tuh, 3 malam 😅😅. Saya pikir semalam saja.
ReplyDeleteBaguuus lah Karni, masih ada kegiatan macam ini di sana.
Sekolah anak saya mana ada... Yg masih ada acara perkemahan itu cuma ekstrakurikuler Pramuka . Tapi yg join sajalah.
Saya sekaliii saja ikut perkemahan, tp itupun 1 malam 🤣. Saat Pramuka lah. Cuma Krn di pantai, jadi kalau malam memang dingiiin . Cukup sekali, tak nak lagi hahahahah
Iya, cukup sekali aja buat mereka berdua hahaha! Soalnya khemahnya kecil dan sempit kerana dikongsi 3 orang. Mujur masing2 bawa kipas tangan guna bateri tu, baru bisa tidur 😜 Malam ketiga hujan, jadi mereka semua pindah tidur di dewan kerana khemah mereka basah, baru dapat tidur lena kerana ada kipas siling.
Deletesetiap kali sekolah anjurkan perkhemahan, saya memang suruh anak-anak pergi. Weekend akan datang ni, anak kembar saya pergi camping ikut sekolah
ReplyDeleteKalau dieorang suka tak apa MY. Anak2 saya klu paksa jugak lain kali mau tak nak dah ikut camping dgn family lepas tu hihi. Cukup la sekali pengalaman tu. Yang penting dapat masuk markah PAJSK 😅
DeleteAnak kedua Cie setiap tahun join perkhemahan sek tidur dalam kelas. Anak sulung baru tahun ni join kena tidur dalam khemah panas katanya tak boleh tidur 😅. Dah biasa tidur ada aircond.
ReplyDeleteEh lupa wish tahniah dapat tempat ke3 memasak waktu camping tu kira hebat dah tu.
DeleteTu la Cie, balik dari camping tu masing2 mengadu sakit badan la, panas la, sempit la hehe. Kesian pulak dengar tapi sekurang2nya dieorg dah merasa la pengalaman camping ala2 survival mode ni 😜 lain kali ajak camping dgn kiteorg mungkin takkan complain dah kena tidur atas tilam inflatable, ada kipas angin kat siling khemah dsb 🤭
DeleteSyok tu p camping time sekolah... Pengalaman utk ank2 explore .. Siap ada pertandingan memasak...
ReplyDeleteSyok dapat jumpa kawan2 baru, yg lain2 tu dieorg rasa lega bila dah balik ke rumah! 🤣
DeleteHahaha terus kena reality check beza camping keluarga dengan camping sekolah 😂 Tapi pengalaman 4 hari 3 malam macam ni mesti banyak ajar anak berdikari dan hargai keselesaan rumah!
ReplyDeleteItulah SR, hihi. Balik dari camping tu memasing la conquer kerusi urut kat rumah ni sbb sakit badan 😜
DeleteNasib ada juga pengalaman berkhemah. Dia org ingat gi tidur mcm kat glamping mewah siap ada aircond tu kot! ha ha ha
ReplyDeleteIgt macam pergi camping dgn kiteorg la, ada khemah besar luas, ada tilam angin, ada kipas siling hihi. Sekali nan hado! 😜
Deletebagus aktiviti camping gini..utk survival mode anak2...my razeen hari tu patutnya ada camping tp tangguh sbb jerebu
ReplyDeleteBalik camping tu muka masing2 kepenatan tapi lega sebab dah berakhir pengalaman tu hihi. Rasanya ni first & last la dieorg nak join aktiviti macam ni lagi hihi
DeleteKita dl zaman sekolah suka bab² camping ni haha tp tu la x berkesempatan join yg sek anjurkan... slalu join xtvt yg opis bapak kita anjurkan hahaha.. mmg campur dengan org luar, campur dengan bdk sek men sek rendah rasa nya kita sorg je kot nasa tu 😅😅 dah tua² ni maleh dah nak camping sakit pinggang😅😅
ReplyDeleteDia seronok sbb macam pergi vacation dgn kawan2 kan, tapi vacation pakej tidur tak selesa, sempit dan panas hihi
DeleteAnak-anak memang tunggu sangat program camping\aktiviti luar macam ni.
ReplyDeleteRasanya ni kali pertama dan terakhir anak2 saya nak join aktiviti camping sekolah buat hehe
Deletebagus lepaskan anak-anak join xtvt luar gini.
ReplyDeletedaktiga join sekali seumur hidup kekdahnya, langsung tak minat.
1st time join, feedback nya takbestlah. loh~
Sama la anak2 saya pun memanjang je mengadu tak dapat tidur, panas, sempit, tak selesa, tak cukup tidur sbb aktiviti habis tengah malam tapi pukul 3 dah kena bangun solat tahajud, lepas tu tunggu smp pukul 5 pagi pulak nak solat subuh. Bila tak cukup rehat, badan penat dan dieorg pun tak dpt nak enjoy pengalaman tu hehe
DeleteAgak agak lepas ni mereka nak pergi ;lagi tak camping macamtu?
ReplyDeleteMemang idok lerrrr hehe
DeletePengalaman camping masa sekolah tak sama dengan glamping. hihihi..bertabahlah ye kena tidur begitu. Tapi pengalaman tu mengajar kita untuk lebih bersyukur dan menghargai nikmat yang ada.
ReplyDeleteDalam duka pasti ada rasa seronoknya. Tahniah dapat tempat ketiga.
Bak kata orang, First and last lah kan.
Hahaha..kann...dulu kalau boleh nak elak. Sekali pergi, pastu takmo dah.
Memang first & last la bagi dieorang hehe. Tapi berbaloi la sbb dapat pingat gangsa menang pertandingan masakan rimba tu 🤭
Deleteahahha...1st and last gitu ye. anak ammi so far hanya Alip je pernah join camping dengan kawan sekolah under pengakap. Kakak & abang masa sekolah rendah dulu tak sempat rasa sebab dorang habiskan sisa sekolah rendah masa zaman covid. semua benda dibatalkan. Kyra sampai takdelah graduasi darjah 6 sebab dialah batch pertama tanpa UPSR
ReplyDeleteAah ni pun anak2 join aktiviti camping under badan beruniform jugak. OK la ada la jugak merasa pengalaman camping yg sekolah buat kan hehe.
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .